Check This Out Babe!

Tuesday, 4 October 2011

Umur 19 Tahun Yang Kerap Lahirkan Anak Luar Nikah

Assalamualaikum

Aku geram sangat dengan kes pembuangan bayi especially anak luar nikah.Tau nak enjoy je, benda yang haram itulah yang nikmat.Siapa yang harus dipersalahkan.Mak bapak atau media atau kerajaan. Pada pendapat aku semua ada.Sebenarnya kes pembuangan bayi,menggugurkan bayi bukan cerita baru. Zaman atok nenek kita memang dah ada.Cuma ia digembar gemburkan sebab kita ada media elektronik.

Orang zaman dulu macamnana boleh ada anak luar nikah.Mak aku pernah cerita salah satunya kerana kurang didikan agama.Itu aku akui, zaman Jepon atau Pop Yeh Yeh, halal haram pun diorang tak faham.Arak atau bir pun tetap jadi minuman diorang.Tapi ada yang tak kacau hidup orang atau susahkan orang lain, sebab time itu kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Even zaman dulu nak gugurkan kandungan makan macam-macam, nanas,air tapai dan ada yang bagi racun.Ini sebab tak mahu tanggung malu.Azabnya mati dikubur..Moga rohnya diampunkan oleh Allah.

Dulu tahun 80 an ,aku pernah dengar ada student darjah 6 dah pregnant.Time tu aku masih sekolah rendah lagi.Aduh..umur begini sepatutnya enjoy bermain dan belajar.
Mengapa aku kata umur 19 tahun yang kerap lahirkan anak luar nikah?Kerana ini adalah kes kali ke 3 aku dengar.Ini maknanya umur lepasan SPM adalah zaman untuk explore dunia dewasa dan ingin mencuba serta mudah diperdaya.Baru-baru ini kes buang bayi dalam telaga then buang ke dalam longkang.Kesiannya nasib malang baby tu.Allah jadikan mereka cukup sempurna.Kelak mereka disyurga pula..ciannya sayang.Kalau taknak bagi kat aku jek.Biar aku jaga diorang.Sekurang-kurangnya mereka hidup dan nasib diorang terbela.Kat luar sana ramai orang nak anak dan ramai lambat dapat anak.Bagi saja mereka dan pasti mereka menyayangi bayi-bayi itu.Suddenly aku teringat twins di taska..cayang jangan nakal-nakal..sobs.

Ada seorang kenalan baru menerima anak angkat,si ibu yang melahirkannya berumur 19 tahun, begitu juga dengan kenalan aku yang lain, menerima anak angkat hasil dari si ibu berumur 19 tahun.Tahu tak betapa comelnya bayi-bayi tersebut.Mereka tidak berdosa dan tidak tahu apa-apa.Yang berdosa adalah mak bapak unofficial.Aku kategorikan unofficial sebab tak sah tarafnya.Aku berdoa agar bayi-bayi itu menjadi manusia beriman, soleh dan solehah erta menjadi manusia yang berguna.

U're my everything sayang..mama and papa loves both of you so much.Jadilah anak yang baik di dunia dan akhirat.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...