Check This Out Babe!

Wednesday 29 June 2011

FRIENDS

F.R.I.E.N.D.S. F=Fight for you R=Respect you I=Involve you ...E=Encourage you ... N=Need you D=Deserve you S=Save you! (Syah Al Hussaini). Ini yang dimaksudkan dengan FRIENDS oleh sahabat FB aku. Aku terfikir, adakah aku mempunyai kawan baik (best friend) yang betul jujur dan ikhlas berkawan dengan aku. Aku memang memilih orang untuk berkawan.Tetapi bila disakiti, aku akan berfikir berulang kali untuk terus berkawan dengannya atau tidak.Kadangkala aku berasa menyesal meninggalkannya.Tapi kadang-kadang demi kebaikan bersama aku perlu berundur diri.
Orang kata, kawan baik itu kawan susah sama susah, senang sama senang,menangis bersama dan ketawa bersama. Tapi kadangkala kita tak mahu menyusahkan kawan baik kita, maka kita lebih rela mendiamkan diri.
Pada pendapat aku, kawan yang ikhlas berkawan dapat menerima diri kita seadanya.Meaning, buruk baik kita pun dia boleh terima. Aku pernah mempunyai kawan baik since sekolah menengah.Kami duduk semeja, pergi sekolah dan balik sekolah bersama, pergi kelas komputer bersama dan masuk universiti yang sama. Kami juga pernah bergaduh besar,puncanya..dia cemburu dengan aku kerana ada kawan baru masa aku masuk hostel.Tapi aku rilex jek.Hubungan aku menjadi hambar dengannya, mungkin kerana aku berkecil hati, dia tak hargai hadiah birthday yang dipilih oleh ibuku (termasuk aku).Ingat lagi..MUSIC BOX.Dia kata macam lagu MAYAT je.Siapa tak terasa hati beb! Since dari situ, aku kawan tanpa rasa apa-apa, tapi tetap berkawan. Namun, aku tetap hargai persahabatan dengannya.Even dia kahwin, aku jadi pengapit,walau last minit diberitahu.Aku tak kisah pun, dia tunang pun aku tahu thru facebook and dia nak kawin pun hanya beberapa minggu sahaja lagi. Aku tetap cuba fikir, tak perlu berkecil hati.After got married memang tiada khabar berita.Selama aku online facebook, dia pun online, tak pernah chatting pun.Akhirnya dia menegurku, tanya khabar berita..aku bertanya ada apa-apa berita baik?AKU PREGNANT.Oh!Itulah nilai persahabatan.Semoga dia berbahagia.

Bila aku masuk universiti aku mendapat kawan baru, memang seronok dapat kawan dari serata negeri. Kami berjiran dan ke mana sahaja bersama.Suka duka memang dikongsi bersama sehingga kami dewasa.Walau dua-dua ego or keras kepala, drama puting beliung berlaku kami tetap berkawan.Mungkin kerana kami memahami,walau tak semua dapat fahami tapi masing-masing respect each other.Aku memang menghargai dia sebagai sahabat sampai bila-bila.Walau dia sakit SLE yang kadang aku tak faham keadaannya,aku tetap nak dia bahagia kerana aku sayangkan PERSAHABATAN kami.

Seronoknya dia..

Menjelang subuh, si kecilku sudah mula merengek-rengek minta dibangunkan..then si kakak mula memekak dan meraung sebab aku tinggalkan dia.Mama nak pergi kerjalah!Si papa pula bukan memujuk tapi lagi menyakat, maka lagi kuatlah raungan si kakak.Si adik aku dah hantar pada Bibik..amik kau..jaga dia dan bagi susu.

Twinkle..twinkle little star...nyanyian papa pada kakak..Terus stop menangis dan gelak mendengar nyanyai papa yang tak seberapa merdu tu.Rupanya nak kita nyanyi..masaklah setiap kali bangun tidur kena nyanyikan lagu or layan dia. Maklumlah, as parents yang berkerjaya ni, semua kena pantas mengurus masa.Kalau tidak alamat, jalan jam then lambat ke pejabat.

Pagi tadi ibu mertuaku bagitau, adik dah pandai berjalan dah...Wah!!mama tak tahu pun perkembangan si kembar ni waktu siang.Jumpa time 7.00 malam till 7.00 pagi saja.Sebelum aku melangkah keluar, sikembarku sudah gelak-gelak gembira.Mama bukan nak bawak korang pergi jalanlah..nak pergi kerja.Nasib baik adik faham.si kakak tak pernah faham sebab nak melekat je macam siput sedut kat batang pokok bakau.

Mama nak tengok adik jalan,maka aku mula memimpin dia..tatih..tatih..yeay..adik dah mula melangkah laju dengan confidentnya.Si kakak ni bila lagi..adik selalu advance dari kakak.Seronoknya dia...

My lovely twins

Tuesday 28 June 2011

One Extra Moment atau From This Moment

Pagi-pagi masa on da way ke pejabat lagu Anuar Zain telah berkumandang ke udara di Radio Era. Lagu Sedetik Lebih (one extra moment) untuk filem Hikayat Merong Mahawangsa. Filem ni agak hebat setanding dengan filem Mat Salleh, i really proud with KRU. KRU merupakan anak-anak muda..muda ke?) yang kreatif dan inovatif.Ini bukti anak Melayu sudah maju.

Berbalik dengan lagu Anuar tadi, Sedetik Lebih (one extra moment -From This Moment-Shania Twain(ni lagu favourite aku), i would ask Anuar Zain to sing for me..hehehe.



SeDetIK LebiH

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Terfeeling kejap dengar lagu ni dan lirik menusuk kalbu.Of course lagu ni untuk orang yang kita sayang especially parents,husband,wife or KEKASIH hati kamu.

Yang ni lagu favourite aku dari Shania Twain-From This Moment


FrOM THis MoMenT

(I do swear that I’ll always be there.
I’d give anything and everything and I will always care.
Through weakness and strength, happiness and sorrow,
for better for worse, I will love you with
every beat of my heart.)
From this moment life has begun
From this moment you are the one
Right beside you is where I belong
From this moment on
From this moment I have been blessed
I live only for your happiness
And for your love I’d give my last breath
From this moment on
I give my hand to you with all my heart
Can’t wait to live my life with you, can’t wait to start
You and I will never be apart
My dreams came true because of you
From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing I wouldn’t give
From this moment on
You’re the reason I believe in love
And you’re the answer to my prayers from up above
All we need is just the two of us
My dreams came true because of you
From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing I wouldn’t give
From this moment
I will love you as long as I live
From this moment on

I really love this songs.Dulu aku pernah terima lagu ni dari 'someone special'.Aku taktau ni lagu sebenarnya,bila aku dengar kat radio then teringat lirik dia..lar..lagu rupanya..Time tu memang feeling habis.Tapi bila tengok Shania Twain yang agak 'CUN' tu nyanyi, kalah Rozita Che Wan.Ni lagu pompuan bagi lelaki.Tapi takpe..yang penting orang yang kita sayang tau menghargai kita.Kadang-kadang aku fikir,tak semua lelaki boleh ucapkan kata-kata..I LOVE YOU.Mereka ni kategori manusia yang menunjukkan sayang dan cinta dengan cara perbuatan. Sebagai wanita, kita mahu kasih sayang tu diucapkan.Maybe sebab lelaki Melayu..malu-malu tapi mahu.Namun, ada juga wanita ego..sayang tapi tak tunjuk.Macam aku kot, sayang tapi tak reti nak tunjuk.Ye ker?Seingat aku dulu..time budak-budak hingusan bercinta,aku sayangkan dia..aku cintakan dia..sanggup redah lautan api dari selatan ke utara naik bas..hahhaha.Sanggup tunggu berjam-jam menanti dia.Itu dah kira tunjuk dengan perbuatan kan.Manusia memang tiada yang sempurna..tak semua yang kita hendak boleh dapat.Yang penting kita tahu hargai mereka yang menyayangi kita.From This Moment;jadilah sahabat,kekasih atau partner yang tahu menghargai dan berkorban untuk kita.

Bermulanya Episod Ini

Baru kali ni aku nak mulakan blogging guna blogspot.Zaman aku belajar kat universiti dulu, aku sibuk buat website sendiri, last-last tah mana website tu wujud lagi ke tak.Time tu aku pandai gak guna html, nasib baik ada member chatting ajar.Zaman dulu jugak aku dan kenkawan seUniversiti aktif chatting di Channel #1979.Waktu tu zaman kegemilangan kitorang, asal habis kelas pi lab then bertenet, kalau balik kampung pun bertenet.Sampai masing-masing dapat boyfriend and girlfriend. Dalam chatting tu, semua guna nama samaran pelik-pelik i.e Kusanagi, Silencer, Brad, Shot dan macam-macam lagi..Ada satu masa tu, siap buat gathering..masing-masing memang tak kenal..cuma tau nama samaran jek, tapi bila dah jumpa memang automatik semua mesra, sebab dah biasa bersembang dalam channel.Itu zaman muda remaja..tu je cara nak release stress after class dan dapat kawan baru.Zaman sekarang ni, berFACEBOOK pula,twitter etc.Makin lama teknologi kita makin canggih, itu pun kita masih ketinggalan.Negara lain dah jauh advancance dari kita.Harap-harap anak Malaysia kita lebih kreatif mencipta sesuatu yang luarbiasa dan dapat bersaing dengan teknologi luar.

Apatah lagi telefon..Iphone,Ipad..Blackberry...anak-anak muda sekarang pun dah advance..kalau tak pasti ketinggalan.Tapi aku masih ketinggalan sebab tak memiliki itu semua..kerana aku rasa kurang penting.Apa yang penting..kerjasama..hehe..apa yang penting boleh buat call out,boleh sms dan mms saja.Weeee ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...