Check This Out Babe!

Friday 22 July 2011

Cabaran Sebagai Manusia Di Dunia


Morning everybody dan salam pagi Jumaat,

Sejurus sampai di pejabat, aku terus mencari-cari sahabat untuk breakfast. Lapar bangat pagi ini, maybe sebab malam tadi aku makan sikit je kot.Makin lama makin takde selera nak makan (lauk malam tadi tak memenuhi kehendak perut kot..;)) Aku terus call kawanku, nasib baik dia dah sampai.Makan roti telur bawang lagi..kalau setiap hari makan pasti berat naik..oh..tidak.

Berbalik kepada tajuk entri cabaran sebagai manusia di dunia..aku cerita dunia je dulu..yang pasti kita akan menghadapi akhirat juga. Sebagai orang Islam kita harus redha dengan segala ketentuanNYa. Ada orang sepanjang hidup dia sering menghadapi musibah atau pun kehidupannya dibelenggu oleh masalah. Ada orang kehidupannya turun naik, sekejap bahagia, ceria, sekejap merudum 'mandom'.

Hakikat sebenar, itulah kehidupan.Pokok pangkalnya, kehidupan didunia ini hanyalah sementara.Ada orang semuanya bertuah, kaya, cantik, handsome dan semua cukup sempurna. Itu adalah rezeki dia di dunia, bila di akhirat kita tak tahu.Kerana itu hubungan dia dengan Allah dan Allah yang adili semua.

Sebagai manusia, kita tak boleh nak caci maki atau merendahkan hak manusia.Setiap manusia ada kelebihan masing-masing.Jadi kita harus bangga dengan diri kita, AKU LUAR BIASA.Aku ada kelebihan diri sendiri yang orang tak ada.Perdulikan orang-orang BIAWAK ni, yang suka berkata-kata itu ini atau hasad dengki. Kenapa aku kata BIAWAK (bak kata Dr. Azizan)? Korang tengok sendiri mulut mulut dan lidah dia..:).

Memang kadang-kadang kita tak mampu nak menghadapi cabaran hidup ini, tapi hidup perlu diteruskan dan kita perlu kuat. Dahulu aku pernah lemah dan jatuh bergolek-golek, tapi aku kuatkan hati dan semangat untuk teruskan perjuangan. Aku fikir, aku ada keluarga yang menyayangiku dan aku perlu terus hidup.Segala cabaran dan dugaan untuk mengecapi kejayaan dan kebahagiaan perlu ditangkis perlahan demi perlahan.Yang penting kita kene kuat dan berfikiran secara POSITIF. Kalau fikir negatif sahaja, pecah aura kita.

Menangis itu cara terbaik untuk melepaskan perasaan, dahulu aku suka menangis bila stress.Tapi bila aku fikir, penatnya menangis, membazir airmata aku dan pasti mata bengkak muka pun dah tak cun.Heheh.Itu cara perempuan melepaskan tekanan selain membebel.

Apapun, kalau kita stress kita memang perlukan sahabat yang anda boleh percayai dan tenangkan anda untuk mendengar atau lebih baik jumpa kaunselor.Kenapa aku cadangkan kaunselor?Kerana mereka selalu berfikiran positif dan akan beri kata semangat dan perangsang.Selain itu, dengan solat ,baca Al-Quran dan mengadu padaNYA. Sampaikan kata-kata hati yang gundah gulana tu kepadaNYA,pasti kita akan tenang dan lega. 
 
Wan Zulkifli Wan Yusof dunia ini hanyalah buat sementara saja....."Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.."

4 comments:

  1. kita hanya menumpang ...
    kita hanyalah seorang hamba!

    ReplyDelete
  2. apa yang kita miliki hanyalah pinjaman dariNYA..
    jangan terlampau taksub dengan apa yang dimiliki.. sebab kita tak tau apa akan terjadi pada kita..

    bersyukur dengan apa yang ada..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...


    teruskan blogging...

    happy blogging :-)


    regards,
    BLADE EDGE

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...