Check This Out Babe!

Tuesday 6 December 2011

Sikap Kita Memang Begitu Agaknya

Assalamualaikum

Entri aku kali ni bukan nak mengutuk sesiapa atau bersifat perkauman.Boleh dikatakan muhasabah diri jugalah.Banyak peristiwa atau situasi yang aku dan kawan-kawan aku alami yang mungkin kita boleh dijadikan LESSON LEARNT.

Situasi 1
Semasa aku nak pergi makan ke sebuah restoran.Ada seorang pakcik Melayu masuk ke parking kereta.Ada 2 petak kosong di situ dan pakcik tu parking keretanya dengan mengambil dua petak.Aku fikir, selfish betul pakcik ni,kan orang lain boleh parking kereta kat petak tu,tak perlu nak cari jauh-jauh.Tiba-tiba ada sebuah kereta, pakcik Melayu nak masuk ke petak kereta tersebut.Kebetulan pakcik tadi masih berlegar di keretanya,maka pakcik itu minta tolong alihkan sikit dan masuk ke petak yang betul.Terkejut aku,boleh gaduh.Pakcik tu berkeras tak mahu alihkan kereta (kategori pemalas nak hidupkan enjin ler ni).Pakcik yang nak masuk petak tu pun berkeras,sebab dia tak nak cari kat parking kat tempat lain,sebab jauh kot nak menapak.

Situasi 2
Semasa memandu di kawasan Shah Alam. Seorang pemandu berbangsa Melayu sedang memandu keretanya (kereta A) ke persimpangan jalan dan hendak membuat U-Turn.Sebelum U-Turn, dia telah signal ke kanan, tetapi sebuah kereta (kereta B)seperti tidak puas hati terus memancung depan keretanya.Kereta tu sebenarnya nak jalan terus, tapi kan ada di lane kiri.Kemudian kereta Ayang memancung itu,buat muka tak puas hati dekat kereta B.Oh ya..kereta B tu berbangsa Melayu.

Situasi 3
Situasi ini berkenaan dengan kenaikan pangkat dan penerimaan anugerah pekerja cemerlang. Seorang lelaki Melayu mempunyai kelebihan yang boleh dikatakan extraordinary kerana mampu melaksanakan tugas dengan baik.Boleh dikatakan berkebolehan membuat kerja.Lelaki Melayu tersebut boleh dikatakan hebat dengan pencapaiannya dan mempunyai staf yang juga berkebolehan.Makanya, sama-sama hebat.Namun, memandangkan ada segelintir officemate Melayu yang tak kurang hebatnya, menarik staf beliau tanpa menghantar pengganti dan menghantar orang kanannya (mata-mata) supaya lelaki tersebut menjadi 'kurang hebat dan kurang kuasa'.

Situasi 4
Budak A (Melayu) membicarakan sesuatu topik tentang politik, boleh dikatakan topik hangat.Lantaran dari itu, mendapat respon dari Budak B (Melayu) yang hanya baru sekolah rendah tidak kurang hebatnya berbicara sehingga menyumpah'Tak Terpikatt Langsungg ! HARAM 7 keturunan :) .. PM selalu nak kutuk pembangkang ! explain ckit apa salah pembangkang !!.Adik  kicik nak hidup jauh lagi ye..masa depan kamu pun belum tentu lagi dan masih mentah mengerti hidup politik.

Sebenarnya, apa yang aku mahu simpulkan di sini..sikap orang kita yang memang hebat.Hebat kerana tidak suka melihat orang senang,bahagia dn berjaya.Kita suka dan gembira melihat orang kita jatuh dan menderita.Kita lebih suka mengapi-apikan suasana dan membuat situasi lebih huru-hara.Kadang-kadang bukan dalam organisasi yang besar, dalam keluarga kita sendiri terlalu banyak sikap pentingkan diri,rasa diri hebat dan terlalu berkuasa.Apa yang aku nampak, didikan ibu bapa sangat penting iaitu memberi kasih sayang dan perhatian kerana jika ada sikap kasih sayang, secara tak langsung semua orang dia akan kasih dan IHSAN serta BERADAB.Bukan BIADAB.

Aku bukan nak mengutuk bangsa aku sendiri, tapi aku sayangkan bangsa aku.Tidakkah kamu malu dan segan bahawasanya bangsa lain sedang gelakkan kita kerana kita sesama sendiri bertarik rambut kerana sikap dengki dan penting diri.Sebab itu orang kita kurang maju.

4 comments:

  1. manusia rambut sama hitam
    hati ermmmmm
    bermacam2...
    yang peting muhasabah diri...
    :)

    ReplyDelete
  2. kekadang orang melayu sendiri tak ley bertolak ansur..dan dengki sesame sendiri...yang kes 1 tu meamng sakit hati jer bace..

    ReplyDelete
  3. manusia ni mcm2 ragam..

    xdpt kt nak tau apa sikap sbnr..

    ReplyDelete
  4. Dulu tidak begini .. tetapi zaman telah berubah, kita terlalu terbuka dengan dunia luar shingga adab, sopan, budaya kita sendiri yang asal terhakis dengan budaya luar.

    Agak malang sekali bagi kita yang terperangkap dalam situasi sebegni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...