Ajal dan maut adalah kuasa Allah.Namun sebagai manusia kita jangan cuai dan perlu terus belajar menanganinya.Terlalu banyak isu bayi meninggal tersedak susu di pusat penjagaan bayi.
Apa yang aku lihat, kejadian sebegini berlaku disebabkan terlalu ramai bayi dijaga oleh seorang pengasuh dan memang pastinya pengasuh tak boleh nak fokus pada seorang bayi.Sebagai ibu bapa perlu terima risiko yang akan terjadi.Tetapi dengan ilmu dan skill yang ada, pastinya risiko itu boleh dikurangkan.Pengasuh perlu bersikap fokus dan prihatin tentang tugas yang diberikan serta ibu bapa perlu ada ilmu tentang penjagaan bayi (sebab bukan punca pengasuh sahaja kadang-kadang mak bapak pun tak reti nak jaga anak main hentam keromo)
Melalui pengalaman menjaga twins..
1)Semasa menyusu jangan baring or badan flat, pastikan semasa baby minum baringkan atas bantal (ni untuk baby yang dah besar sikit)
2)Masa baby newborn menyusu jangan baring tapi kita kena gendong dan tinggikan kepala dari badan, selepas itu sendawakan dia.Jangan tidokan baby selagi baby tak sendawa..pandai2 ler nak buat camne,tepuk-tepuk sikit belakang baby or kita jalan-jalan sikit.Bila dah sendawa baru tido dan kalau baring jangan telentang (tido ngereng)
3)Lepas menyusu jangan terus masuk buai (macam no.2;tepuk-tepuk or gosok belakang dia).If baby dah tertido letak je kat atas tilam, tido ngereng.
4)Lepas menyusu tu ajak diorang main-main sekejap dalam 30 minit, lompat-lompat sikit then baru tido dalam buai.
5)Tido meniarap atau mengereng paling sesuai, untuk elak muntah susu masuk balik ke rongga peparu.
6)Dengan tido meniarap bukaan peparu lebih luas, maka kebarangkalian untuk muntah susu dapat dielakkan dan sesak nafas.Even if baby batuk selsema, tido meniarap ok.Cuma as parents kena aware jaga muka baby jangan tersembam.Tilam jangan terlalu puffy/tebal nanti baby tak boleh gerak kepala kiri or kanan.
7)Selimut tu guna time malam if korang guna aircond, tapi better elakkan guna aircond.Nak guna buka 26 degree and kipas siling no.2 (bergantung kepanasan bilik tido).Baby tak elok guna aircond kerana mudah selsema, kipas dibuka supaya ada air cirulation di bilik berkenaan.Ini juga elok dipraktiskan bagi elak baby selsema,asma or bronchitis.By the way, once baby kena selsema perlu segera bawa ke klinik ambil ubat, jangan tunggu lama-lama, if tak elok juga makan antibiotik.
8)Ini tips tambahan, jika baby korang demam menggigil, mandikan dengan air biasa bukan sejuk dalam peti ais then jangan biarkan bogel lama-lama sebab tak elok untuk peparu.Tujuan untuk keluarkan panas dalam,kalau tak buat boleh retarded.Walaupun kita rasa badan baby tu sejuk dan kita rasa perlu pakai baju tebal, itu tanggapan yang amat SALAH.Pastikan ada ubat sub 'VOREN'(selalu sumbat dalam bontot bila dapat detect temperature 38-40 degree for small baby
p/s:Pastikan ada termometer dalam rumah
Anak adalah anugerah dari Allah, kita perlu menjaga mereka dengan penuh kasih sayang
tips yg berguna :)
ReplyDelete