Check This Out Babe!

Sunday, 22 July 2012

Nahas helikoper di Sebuyau, mangsa seorang Jurukur Bahan

Assalamualaikum

Kehadiran Ramadhan kali ini mengejutkan diriku yang banyak dosa tentang kematian. Salah seorang ex-student rakanku dan juga juniorku di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai telah kembali ke rahmatullah akibat nahas helikopter.Dipercayai disebabkan cuaca yang tidak baik dan arwah sedang menjalankan tugas lawatan tapak.

Beginilah pekerjaan kami yang tidak mengira tempat dan waktu.Setiap pekerjaan yang dilakukan pasti ada risikonya.Aku berharap agar keluarga Arwah Siti Khuzaimah Annuar sabar dan tabah.
Al-fatihah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat keampunan dari Allah


Sumber:FB Kelapa Muda (Dr Zakaria, Lecturer Ukur Bahan, UTM)


 
 Sumber: http://www.facebook.com/sitikhuzaimah.annuar

KUCHING: Mayat mangsa terakhir nahas helikopter di Sebuyau, kira-kira 150 kilometer dari sini pada Jumaat lalu, ditemui hari ini pada jam 7.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superitendan Mat Jusoh Mohamad yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata mayat arkitek, Henry Lau Tee Yong, 42, ditemui sekumpulan nelayan berhampiran Pulau Tereso, dekat Sebuyau.
Katanya, mayat mendiang kemudian dibawa ke sebuah klinik berhampiran sebelum dipindah ke Hospital Umum Sarawak di sini.
Sementara itu, beberapa pemimpin negeri dilihat menziarahi jenazah juruukur Siti Khuzaimah Anuar, 27, di kediamannya di sini.

Antaranya Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman dan Datuk Sng Chee Hua iaitu Pengerusi Sebiro Holdings, pemilik pesawat Eurocopter EC 120 malang itu.

Jenazah Siti Khuzaimah yang merancang untuk berkahwin pada Disember ini akan dikebumi petang ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gita.

Turut terkorban dalam nahas itu ialah jurutera Peter Ato Mayo, 53. Ketiga-tiga mereka dalam penerbangan untuk meninjau projek di Nanga Merit, Kapit.
Juruterbang pesawat warga Jerman, Rico Steger, 35, berjaya diselamatkan oleh nelayan selepas berenang hampir empat jam dalam arus deras. 


p/s:tawakal saja kalau aku terpaksa ditugaskan menjaga projek di area sana...kalau kena buat site visit ke area Sabah Sarawak aku lebih rela tak pergi...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...