Check This Out Babe!

Wednesday 18 December 2013

PESAN IBU PADA YANG DAH BERRUMAH-TANGGA

PESAN IBU PADA YANG DAH BERRUMAH-TANGGA...lain sikit bunyi Ibu petang ni...namun tetap kasihkan kamu  

Bila kerjaya dah meningkat dan wang dah banyak disaku, sedarilah itu juga adalah mehna (cabaran). Kuatkan iman dengn Allah dan pertalian dengan pasangan anda. Jangan mengintai orang lain yang di luar mahligai anda. Jangan bermain api, nanti yang terbakar bukan diri sendiri saja, habis satu keluarga, sehinggalah ke akhir hayat mereka jika anda tidak membetulkan keadaan.

Suami orang jangan nak dipikat atau ditumpang, kerana melihat dia baik melayan isterinya dan anak-anaknya. Jangan cuba nak tackle suami orang dan bertanding dengan isterinya, siapa lebih hebat. Tahulah hidup kamu takkan berkat dan selamat. Minta doa diberi jodoh yang baik dan sediakan diri untuk mendapat jodoh yang baik. Dan bina keluarga bahagia.

Isteri orang jangan nak dipandang-pandang. Itu bukan hak kamu. Biar dia bahagia dengan suaminya dan anak-anaknya.Tambahkan sayang kami kepada isteri dan anak-anak kamu.

Anak teruna yang masih mentah atau ang menggoda, jangan mudah kamu jatuh kerana pujuk rayunya. Sayanglah suamimu, walaupun lidahnya belmu pandai bermadah kasih. Sayanglah anak-anak yang sering memeningkan kerana mereka perlukan teladan yang baik.

Anak dara di luar yang bukan milik kamu, jangan nak dikerling. Islam memang mengizinkan poligami dan Nabi s.a.w itu juga berpoligami. Tapi caranya betul. Baginda tidak mengajar kamu berdating dan berjumpa senyap-senyap di ofis bila orang semua dah balik dan memadu kasih di situ atau di tempat-tempat gelap. Jangan mempersendakan agama.

Jagalah keluarga kamu wahai suami dan isteri. SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU AKAN SENATIASA MENYUCUK KAMU DENGAN JARUMNYA YANG PALING HEBAT -iaitu PERCERAIAN...musnahlah keluarga akibatnya, musnahlah umat disebabkannya.

ELAKKAN BERMAIN API ...ANDA LAYAK HIDUP BAHAGIA!

p/s:Siapalah kita hendak menghalang dan dihalang, yang penting diri kita samada mahu kebahagiaan atau kemusnahan.Yang pasti sayangi diri dan keluarga.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...