Assalamualaikum
Maca-macam cara penipuan berlaku sekarang ini.Tapi aku dimaklumkan isu notis panggilan temuduga bagi lepasan SPM ni tidak benar sama sekali.
Kita tak mahu mak bapak keluarkan duit untuk segala perbelanjaan then tetiba tak wujud langsung program ini.Ada baiknya mak bapak aware dengan mendapatkan maklumat terkini dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
ISU NOTIS PANGGILAN TEMUDUGA
SESI KEMASUKAN AWAL, PROGRAM SIJIL, ASASI, DIPLOMA SERTA IJAZAH YANG
DIKELUARKAN OLEH JABATAN PENGURUSAN SISWAZAH
Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
telah menerima aduan dan pertanyaan berkenaan isu ‘NOTIS PANGGILAN SESI
TEMUDUGA KEMASUKAN AWAL’ yang dikeluarkan oleh JABATAN PENGURUSAN
SISWAZAH seperti mana yang dipaparkan di dalam imej berikut;
Sehubungan dengan itu, ditegaskan bahawa KPM tidak pernah mengeluarkan
atau mengedarkan sebarang bentuk notis panggilan temuduga kepada orang awam dan
tidak pernah menganjurkan sebarang program sesi kemasukan awal bagi
program-program pengajian yang ditawarkan seperti iklan berkenaan.
KPM juga tiada kaitan dengan iklan berkenaan dan menegaskan
supaya orang awam berhati-hati dan tidak terpedaya dengan iklan tersebut.
Sebarang pertanyaan berhubung isu kemasukan pelajar boleh dirujuk
kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi melalui
talian 03-8870 6767 / 6777 atau dengan melayari Laman Web Rasmi Kemasukan di http://upu.moe.gov.my
Sumber:KPM
No comments:
Post a Comment