Orang tua kata kalau gerhana bulan jangan bersama dengan suami nanti anak bertanda dimuka atau badan. Erkk...perlu ke percaya semua tu..isk..isk syirik namanya tu. Tanda yang berlaku tu semua bukan sebab bulan gerhana daa..itu semua sains..sebab sistem darah dalam badan baby tu sendiri.Sila google untuk jawapan.Tapi jangan percaya nanti jadi syirik. Itu semua kuasa Allah. Twins pun ada tompok hitam nasib baik belakang leher, so bila besar pakai tudung tak nampak.
Pada waktu Maghrib, Rabu 8 Oktober 2014, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh. Ini merupakan gerhana bulan kali ke-2 berlaku untuk tahun 2014.
Kali terakhir ia berlaku ialah pada 15 April 2014, tetapi ia tidak dapat dilihat dari langit Malaysia.
Untuk fenomena gerhana bulan Oktober ini nanti, terdapat 2 senario berbeza untuk masyarakat di Semenanjung, dan di Sabah & Sarawak. Namun secara umumnya kita di Malaysia akan dapat melihat Bulan terbit dalam keadaan sudah bermulanya fasa gerhana.
Semenanjung Malaysia
Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, anda akan terlepas fasa permulaan gerhana, dan hanya dapat melihatnya bermula dari fasa gerhana penuh hingga tamat sahaja.
Kiraan di bawah adalah untuk Kuala Lumpur pada tarikh 8 Oktober 2014.
- 4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
- 5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
- 6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
- 6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
- 7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
- 8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
- 9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat
Jika anda berada di pantai timur Semenanjung, seperti di Kuantan, anda berpeluang melihat fasa gerhana ini lebih awal sikit, iaitu ketika ia sedang berada di Puncak Fasa Gerhana Penuh, iaitu jam 6:55 pm (sehinggalah tamat).
Sumber : falakonline.net
gerhana bulan merah... kalau berkesempatan nak tengok jugak...
ReplyDelete