Check This Out Babe!

Sunday 30 November 2014

Jom Masak Nasi Mandy Arab Saudi Al Bayt

Hari ini aku masak nasi arab mandy.. dah jual nasi arab tu kenalah masak juga untuk pelanggan tengok hasilnya. Apa yang penting air tangan isteri dan ibu untuk keluarga.


Kali ni aku masak nasi mandy ayam dan cara-cara memasaknya seperti berikut:

Ayam Panggang
Perapkan ayam seekor dengan 1 1/2 sudu besar rempah mandy, 5 ulas bawang putih diblend/tumbuk halus, garam, 2 sudu minyak masak dan 2 sudu besar tomato puree. Bakar selama 1 jam dengan suhu 180 darjah celcius. Balikkan ayam after 30 minit dan baki minyak hasil bakar ayam tu mix dengan nasi arab yang dah dimasak.

Nasi Mandy
Rendam beras selama 20 minit.Actually tips dari Chef Ammar, lalukan air je beras tu so takdela beras tu rosak or patah-patah masa cuci.
Tumis bahan-bahan seperti kayu manis,cengkih, pelaga seperti dalam kit.Then masukan 2 ulas bawang besar, 5 ulas bawang putih, 1 sudu rempah mandy dan 2 sudu besar tomato puree. Kemudian masukan 600ml air dan biarkan mendidih. Kemudian masukan beras yang ditos ke dalam rice cooker then tuangkan bahan tumisan tadi, letak garam dan 2 batang lada hijau (jangan hiris).Masa nasi nak tanak tu masukan minyak lebihan bakar ayam tadi, gaul skit supaya rata dan biarkan 100%  tanak.

Sos Harrah
2 biji tomato, 2 ulas bawang putih, satu sudu besar perahan lemon, garam, daun ketumbar dan cili padi.Semua bahan ni blend.Kalau nak pedas lagi tambahlah cili padi lebih.


Salad Arab
Potong dadu 2 biji tomato, sebiji timun, sebiji bawang besar. Campurkan semua bahan ni dan tambah garam serta serbuk lada hitam.

Inilah hasil masakan aku..taraaaa....

TESTIMONI PELANGGAN:

Salah seorang customer berjaya masak nasi mandy..memang sedap...

So sesiapa yang nak order bole emailkan kepada mawarbiruairlaut@gmail.com

Pilihan di tangan anda!! RM15 sekotak





Saturday 29 November 2014

Al Bayt: Citarasa Asli Arab


Nasi Arab sudah melanda di Malaysia. Sekarang ni banyak restoran Arab tumbuh bagai cendawan dan orang Malaysia memang suka makan nasi arab. Sebenarnya mahal harga sepinggan nasi Arab. Adalah lebih baik kita masak sendiri.Masak dengan hati yang girang..Ok..sekarang ni nak cerita skit je pasal Nasi Arab Al Bayt...





Terdapat 4 jenis iaitu:
Nasi Mandy Ayam Saudi
Nasi Mandy Kambing Yaman
Nasi Kabsah Ayam
Nasi Maqluba Ayam

Cara penyediaannya amat mudah, cepat dan siap untuk dimakan..Yummylicious, pasti berulang kali u all makan sebab memang sedap.Hot selling tau!!


Harga sekotak hanya RM15 dan boleh dimakan seramai 4 to 5 orang. Bayangkan kalau korang makan di SABA, Hadramawt dan restoran Arab yang melambak di Lembah Klang. Seorang je at least RM20-25. Jadi ibu-ibu dan bapak-bapak, tak rugi membeli dan masak sendiri di rumah.JIMAT!!!




Anda boleh dapatkan kit Nasi Arab ini dari saya Agen di kawasan USJ, Seksyen 21-27 Shah Alam, Putrajaya dan Cyberjaya.
email:mawarbiruairlaut@gmail.com 
Penghantaran melalui poslaju atau COD

Friday 7 November 2014

Sedapnya Tamar Cocoa!!




Baru-baru ini sahabatku memperkenalkan minuman koko yang benar-benar serasi dengan tekak yang mengada-ngada ni. Almaklumlah saya memang suka minum koko selain kopi. This drink is an option for u to subsitute Milo. Sesiapa yang sukakan rasa koko sebenar, tak rugi mencubanya. Harganya amat berpatutan sesuai dengan khasiatnya yang memang baik untuk kesihatan. Tamar atau kurma merupakan makanan sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Adalah lebih baik kita amalkan pemakanan yang menyihatkan dari inject-inject atau makan supplement yang belum pasti selamat.



Memang puashati minum secawan cocoa tamar keluaran Alhaddad Marketing ni.Sebelum tido, saya pastikan minum secawan dan menikmati tidur yang cukup enak. Maklumlah kita ni penat otak letih bekerja mencari sesuap nasi, so why not kita terapikan diri dan badan kita dengan makanan yang berkhasiat dan diberkati. Memang puashati minum cocoa ni sebab sedap dari Milo..heheh..marah orang Nestle.Anyway kebaikan cocoa tamar ni untuk kanak-kanak sangatlah bagus kerana sesuai untuk pembesaran dan minda yang cergas. Kita yang dewasa pun memerlukan sesuatu yang berkhasiat untuk sihat dan boleh bekerja bukan? Jom try!!! 


Harga biasa RM21 dan harga ahli RM18.
Khasiat Tamar Cocoa

Ada banyak produk yang superb sebenarnya. So you all boleh masuk web http://www.alhaddadmarketing.com/ untuk maklumat lanjut. Anyway jika mahu membeli produk boleh gunakan no.keahlian JNL 015142 saya atau hubungi saya.





Arabica Coffee Classic memang bagus untuk wanita..sedap dan auumm...hahahha


Jom minum cik abang semua!! 


Arabica Coffee Classic pasti puashati



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...