Check This Out Babe!

Friday 30 August 2013

Blogger Kini Jadi MUA dan tukang jahit

As salam..

Aktiviti ni dah lama terpendam dan terenap dalam sanubari. Aku ni blogger yang agak-agak suam kuku ada hati nak share aktiviti yang agak lama.Maklumlah sejak ada twins ni aktiviti semua terpaksa diperlahankan.
Ok..anywhere dah lama belajar make up since 2007 yang setakat basic..then aku ada attend kelas lagi Basic to Advance..

At this moment aku make up untuk attend function saja.Soon bila masa dah stabil aku akan mula make up untuk bertunang,photoshoot dan wedding...Walau camnepun masih banyak lagi ilmu yang perlu digali.

Menjahit manik pada baju banyak pada baju sendiri saja ye..hahaha..baju orang lain setakat yang simple-simple aku boleh buat.Sebabnya..hehe twins akan kaco dan teraburkan manik..pastu aku akan suruh diorang kutip satu-satu.Aritu menjahit pun diorang dah sibuk nak menjahit juga..takpelaa..nak belajar kan..ppfftt

Disebabkan kekangan masa,aku jahit mana yang sempat saja. Inilah warna baju raya kami sekeluarga.



Comel tak Kak Ton


Double comel tak kak ton..hasil touch up muka sendiri dan birasku semasa raya.Both of us baju peplum hasil idea sendiri.



Tuesday 27 August 2013

Happy Birthday To My Twins Girl

As Salam

Today 27 August is their birthday.Happy Birthday to you girls.I am really proud having you in this world. Mama dan papa amat menyayangi Mairah dan Munirah.Mama doakan agar Mairah dan Munirah menjadi anak yang solehah, bijak pandai, cantik, berbudi bahasa, betanggungjawab,pemimpin yang baik, menghormati oranglain dan berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik dalam hidup mereka, anak-anak ada keistimewaannya tersendiri.Kita seharusnya menyayangi mereka dan memimpin mereka agar menjadi manusia yang kuat, yakin menghadapi liku-liku hidup di dunia. Apa yang penting sebagai ibu bapa kita perlu menjadi contoh yang terbaik dan cuba memahami pembesaran mereka. 

Kasut Clarks adik dan kakak.. 2 pasang jek..gulps


 Munirah dan Mairah

Munirah dan Mairah


P/s:Adik kata nak jadi Doktor Kanak-kanak..Kakak pun sama..

Monday 26 August 2013

Niat Membantu Namun Memakan Diri..Kerana Duit

As salam

Begitulah lumrah manusia, niat dihati untuk membantu kesusahan yang dihadapi tanpa mengira teman baik atau tidak.Namu akhirnya memakan diri sendiri dan menerima kerugian tak terperi.Mungkin ini adalah hikmahnya dan Allah mahu kita ingat.Jika ada duit jangan lupa diri atau riak. Apakan daya tiada niat untuk tidak ikhlas, setiap pekerjaan perlukan ganjaran dan balasan jika melibatkan kewangan.Namun kerana tidak mahu kerugian sama sekali, sikap manusia menjadi meroyan dan tiada pertimbangan.Apa yang aku bermadah helah ni.

Sebenarnya, niat aku nak membantu rakan menguruskan pembantu rumah, aku tolong je carikan sepertimana yang dia nak, bila dah dapat tak menepati kehendak dia.Inilah risiko kita sebagai majikan.Manusia ni bukan robot, kita perlu memainkan peranan dan emosi.Tahap kesabaran yang tinggi untuk memandu dan memimpin tu perlu.So in process mencari ganti tu, tahap kesabaran si suami tiada..mentang-mentang bapak polisi, mulai mengugut-ugut.Mentang-mentang kerja dengan pihak berkuasa mahu berlagak menggunakan kuasa.If betul-betul ikut procedure buat sendirilah.Nak murah dan berkualitilah kononnya. I guess sikap dia macamni yang menjadi maid diorang lari lebih 3 kali (3 orang).

I was thinking, inilah manusia..bila dah dibantu tapi tak hargai dan toleransi. Seharusnya segala permbelanjaan ke rumah dia dari Indonesia dia perlu tanggung.Then siapa yang nak keluar duit buat pasport etc.Perbelanjaan bukan sedikit dan pekerja naik flight lagi..

Astagfirullah..dia bagi RM A nak balik RM A jugak walaupun maid dah pernah dihantar ke rumah dan bermalam.Tiada rasa sikit timbangrasa untuk menanggung kos kerja dan urusan imigrasi etc. Ni bukan jual barang tapi ni service urusan 'ayam'.

Inilah risiko..nak membantu tapi teraniaya.Ingat kita telefon ke Indonesia,tol dan minyak free2 ker?


Thursday 22 August 2013

Ya Allah..Sebaknya Hatiku

Bila aku lihat gambar-gambar ini semua aku terbayang anak-anak aku.Sangatlah sedih dan sebak.Aku dah meleleh air mata bila melihat kanak-kanak menjadi mangsa.Ya Allah..mereka semua tak bersalah dan aku tahu mereka pasti menjadi ahli syurga..Indahnya syurga apabila ada mereka semua.

Nak nangis...sedih sangat

Serangan Senjata Kimia di Ghouta, Syria

Yesterday ·  · Taken in Syria
Pinggir Bandar Damsyik: Ghoutoh

Lebih daripada 482 orang telah maut setelah mereka diserang dengan gas beracun pada pukul 3.00 pagi 21 Ogos 2013 di Ain Tarma dan Zamalka di timur Ghouta dan Mouadamieh di barat Ghouta.

150 kematian direkodkan di Pusat Rawatan Hamourieh

75 kematian direkodkan di Pusat Rawatan Erbeen

67 kematian direkodkan di Pusat Rawatan Saqba

140 kematian direkodkan di Hospital lapangan Kafrbatna

50 kematian direkodkan di Mouadamieh

Kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak dan dijangka angka ini akan terus meningkat!

Berikut adalah laporan yang kami dapat dari laman FB : World Organization for the Defense of Human Rights

http://www.facebook.com/Syrian.Organization4Human.Rights.Defence

“Symptoms of the patients include nausea, hallucinations, suffocation, hard coughing, high blood pressure, seizures, during affection and post-death gargle, etc. Still, no clue of the chemical weapon/toxic gas that was used by the regime's forces to target the innocent civilians.”

“Activists also report the lack of Atropine that is usually used to treat civilians during chemical attacks by the regime; oxygen tanks are not available too. Medics are only using vinegar to the mouth and nose and are washing the bodies of the victims by water.”

Kami sedang berusaha untuk berhubung dengan doktor lapangan kami di sana untuk sampaikan bantuan kecemasan untuk hospital di sana.

Mohon sokongan dari rakyat Malaysia, Brunei , Indonesia dan Singapura untuk menyampaikan sumbangan kilat kita untuk membantu hospital di sana.

MAYBANK : GABUNGAN SALAM SYRIA
NO AKAUN: 5622-1820-7666
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057

Kucing Gigit Kaki

Tolong!! Ada kucen nak gigit kaki saya...ehhehe.Gambar ni dah lama dah masa twins umur 8 bulan kot..tak ingatler aku.Tapi masa ni belum pandai tatih lagi..masih merangkak.Mairah and putings...Picture was captured during holiday at kampung Batu Pahat.

Kampung Bintang With Love


Wednesday 21 August 2013

Maafkan Mama

Think About It
Saya kongsikan mesej yang diterima melalui whatsapp ini.

Baca niUntuk renungan bersama:

Antara masa kerja mencari gaji dan masa demi anak2.

... Kalau dulu, ayah je.. Tp skrg, kdg2 isteri pun blk lewat...
Anak2 redha di tempat org... Belajar, bermain... Riang... Kongsi makan dan kongsi penyakit... xpe, KLINIK ADA!!
Sepanjang di tempat kerja, anak2 di rumah pengasuh/taska rindu kat kita... Rindu ayah... Rindu mama..
Tp... Nak ckp rindu x reti... Nak tulis surat, xreti gak... Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 ptg, diulang, 6:00 ptg, saat anak nampak mama dan ayah dia, anak kita tekad... Dia nak mama tgk dia... Nak ayah dukung, peluk dia... Dia buat perangai... Nak makan sndri... Nak itu... Nak ini... Nak dukung... Tumpah air.. Kerna hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI shj yg anak2 tahu utk bgtau yg... "Mama saya rindu n sayang sgt kat mama..."
TAPI.....
Apa kita buat...
Bila anak2 bising... Kita marah...
Bila anak2 main... Kita herdik...
Dia nangis, kita jerit "DIAM!!!!"
Dia suruh ajar... Kita jawab "AYAH NAK TGK TV, FAHAM!!!!"
Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah2 dia sudah cukup matang...
Sedih hati seorg anak yg rindu mama... Yg rindu abah... Yg rindu pelukan ibu... Rindu dukungan abi...
Apakah duit boleh ganti kasih sayang?
Apakah mainan berlambak2 boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga?
Apakah masing2 makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama...
Fikir sahabat...
Fikir teman2...
Fikir ayah ibu yg mulia..
Ingatan bersama...😊

p/s:sedih pulak apa yang dah mama buat pada twins

Twins Anti Sosial


Inilah akibatnya kalau sorang satu Ipad dan Galaxy Tab.Ni semua salah kami...huhu salahkan diri sendiri.Aku pernah cakap dengan suami aku, see..anak kita dah leka dengan gadget ni semua especially Upin Ipin dan main game Pau. Pandai cakap aku2, betul betul betul dan haaaaaaa...tak puasa ye......Husband aku kata..dia beli untuk diri dia..Amboi..semua benda dia nak guna..Xbox360, PS3..maklumlah dia hantu game.

Namun ada juga manfaatnya, twins pandai baca doa berbuka puasa, doa makan, alif baa ta, menyanyi dan menari.Apapun kita perlu pantau anak-anak kita closely.Aku akan pastikan sehari beberapa jam sahaja main gadget ni semua.Aku risau kalau diorang ni rabun sebab asyik menatap gadget tu jek...

p/s:pernah si kakak tido kul 1 pagi sebab kusyuk tengok Upin Ipin




Wordless Wednesday:Jejaka Bertudung





Anak buah lelaki aku takde keje cilok tudung nenek.

Tuesday 20 August 2013

Pendapat KJ Tentang PTPTN


Apa pendapat korang tentang PTPTN?Sekarang ni perlu pastikan bayor pinjaman belajar secara konsisten dan sistematik.Kalau dah kene CCRIS maksudnya korang tak bayar secara konsisten, masalah untuk korang beli rumah, kereta, guna kredit kad etc. Kalau memang pemuda dan pemudi alami masalah ini apakah masalah jangka panjang pula.Kerajaan nak bagi diskaun harga rumah dan kereta ke?Sekarang ni harga barang mahal, gaji walau mahal macamana pun tapi komitmen tinggi.

1. Bila kawin kena cari rumah sewa..yang murah sewa bilik saja
2. Bila ada anak kena cari babysitter, kalau cari maid pun dekat RM10k
3.Nak pergi kerja tol dan minyak kereta..waduh..mau RM500-700 sebulan sebab jarak jauh
4. Harga barang mentah pun boleh tahan
5. Susu anak pun makin naik harga...
6. Semua naik..naik..

The Duke & Duchess Of Cambridge With Prince George: The First Official Family Picture


Beruntungnya tuan badan Kate Middleton, memang Cinderella sungguh dia.Ada hati tu aku nak jadi Cinderella.Takde anak raja yang nak pun..haaha
This is the first and official family potrait pasangan ini bersama baby baru Prince George Alexander Louis of Cambridge.



Anjing pun nak join sama ye..




Coffee Lover:Try Sao Paulo Coffee at Citta Mall

From Sao Paulo To Ara Damansara

At this moment I really need a coffee.Siapa hantu coffee tu boleh try minum di Sao Paulo Coffee. Ok taktau kat mana nak carik..korang boleh pergi ke Citta Mall di Ara Damansara. Kedai ni bersebelahan dengan Wondermilk.



Yang ni aku rasa Chocolate Cookies Machiato.Disebabkan dah lama aku pergi baru sekarang nak up date.


Mana datangnya coffee ni?Kalau korang nak merasai nikmat berada di Brazil, jom lepak di sini..memang cool place for lepaking.
Kalau korang nak order dan tak faham kena tanya diorang dulu sebab nanti order lain, lain plak expectation korang. Ada macam-macam contohnya Cafezinho Branco ler bagai..aku pun taktau nak sebut camne..ehhe..


Orang kata minum coffee tak boleh tido..tapi twins tetap tido jek..heehe (diorang tak minum coffee dowh)

Tiramisu By Me

Rasa nak gelak pun ada sebab aku bukan ada skill mem'baking' atau dengan kata lain membuat cake.Kalau masak-masak lauk tu aku tahulah.Takdelaa expert sangat aku nak memasak.Tapi disebabkan teringin benar nak belajar buat tiramisu, maka aku pun mula mencari resepi dan merujuk youtube.




Resepi Tiramisu

4 Biji telur ayam..(asingkan kuning telur dan putih telur)
500 gram mascaporne
1/2 cawan gula icing (anggaran aku)
Serbuk koko
1 sudu serbuk kopi atau nescafe
Secubit garam
1 pack biskut Ladyfingers (cari kat Cold Storage or Sogo)



Bonomi Ladyfingers



Mascarpone harga dalam RM25 each

Cara-caranya:

Memula pukul kuning telur bersama gula icing hingga hilang warna kuning telur dan pekat.Whick sekuat hati sampai tangan nak tercabut..hohoh.Lagi senang guna pemukul telur elektrik tu..Then mangkuk yang lain pulak pukul putih telur campur sedikit garam.Jangan banyak sangat nanti kemasinan.Pukul sampai jadi buih-buih cinta.Pastikan putih telur tu bila diterbalikkan tak jatuh..macam ala2 meringue.

Kemudian campurkan mascarpone dalam adunan kuning telur tadi, kacau secara lemah lembut dan rata.Kemudian masukan pula putih telur yang telah dipukul kesemuanya.Gaul dan kacau sekata.Then siap adunan semua tadi letak tepi.

Bancuhkan kopi atau nescafe dengan air panas sedikit kemudian air sejuk.Kalau tak tahan pahit korang boleh letak sedikit gula.Hasil bancuhan kopi tadi celupkan ladyfingers tapi jangan lama-lama sebab nanti dia benyek.Sesudah dicelup susun dalam loyang atau bekas yang korang rasa sesuai.First layer ladyfingers then letak campuran mascarpone atas ladyfingers dan ulang balik sampai siap.Kira macam kuih lapis ler.Then taburkan serbuk koko dan hias dengan buah strawberi kalau suka.Suka suka suka hati kamulah.

Jangan terus makan pula, masukkan dalam peti sejuk at least 4 jam..kalau nak keras lagi jadi 8 jam.Fuyooo..terangkat.

P/S:Ada tips kalau taknak kuning telur yang dipukul tu mentah-mentah, korang boleh kacau kuning telur tu atas air mendidih hanya beberapa saat.Macam kaedah cairkan coklat, tapi jangan terlalu lama nanti telur tu masak pula jadi telur kocak.

Selamat mencuba.

Hasil putih telur yang dipukul



Inilah hasilnya.Sedap juga tiramisu yang aku buat ni..walla...




Wahai Sang Suami

Assalamualaikum

Sana sini bercerita tentang suami memukul isteri di hadapan anak-anak.Pada hemah aku macamana sekalipun sikap isteri yang dikatakan suka membebel dan sewaktu dengannya ada puncanya.Wahai lelaki, sememangnya isteri adalah tanggungjawabmu untuk mendidik mereka ke jalan yang diredhai dan menjadi isteri taat dan solehah. Namun, tak terdetikkah engkau suami,dirimu sendiri pun masih belum teguh,soleh,bertanggungjawab dan beradab dengan isteri.
Apa yang aku nampak,lalui,pengalaman rakan dan pengajaran dari sekeliling..ramai wanita yang lebih teraniaya.Kekuatan isteri dan semangat adalah keberkatan dan melalui kepimpinan dari seorang suami.Suami perlu ingat, dia adalah pemimpin yang harus memimpin. Ibu bapa adalah leader..contoh kepada anak-anak.Jika anak seorang yang berhemah dan beradab semua adalah hasil didikan ibu bapa.
Seharusnya kita tak perlu menunding jari di antara satu sama lain.Manusia tidak ada yang sempurna dan jangan buat hidup ini terlalu complicated.
We should be happy with our life dan penuhi hidup ini dengan kasih sayang..

Wahai suami,
Jika kau mahu isterimu beradab,maka beradablah kamu
Jika kau mahu isteri menjadi isteri yang taat dan solehah..solehlah kamu
Jika kau masih ada kekurangan terimalah kekurangan isterimu
Jika kau mahu mendidik isterimu didiklah dengan cara berhemah dan penuh kasih sayang
Jika kau mahu hidup hingga ke jannah bersama isterimu pimpinlah isterimu ke jalan yang benar dan diredhai

Wahai suami,
Bukan cara memukul,menghina dan memaki isteri untuk mengajarinya
Bukan cara membiarkan isteri tergantung tak bertali hingga terlungkup menyembah bumi
Bukan cara mengaibkan kelemahan yang ada pada isteri sebagai pemuas amarah,benci dan dendam
Bukan cara menghukum dan menabur duka dalam hati isteri tanda kepuasan


Ingatlah..ijab dan qabul, janji kamu dengan Allah..agar menjaga,memimpin isteri ke jalan yang diredhaiNya


p/s:Belasah hati diri sendiri kerana masih ada kekurangan

Wednesday 14 August 2013

Selamat Hari Raya Buat Rakan Semua

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya semua..dikesempatan ini aku ingin memohon maaf dari hujung kaki hingga hujung rambut.Halalkan makan minum dan andai ada tersilap kata,perbuatan yang menyakiti hati dan perasaan.Aku mohon maaf sesangat.Maklumlah aku ni insan yang lemah dan tidak sempurna.

Macamana hari raya korangs..pastinya seronok.Pasti sedih time bermaaf-maafan sebab dah sedar buat silap baik besar atau kecik.Sedih sebab kehilangan orang tersayang kerana tidak dapat menyambut hari raya bersama.Apapun kita kena redha Allah sayangkan si dia yang pergi.Oleh itu kita perlu meraikan kemenangan kerana berjaya berpuasa, walaupun tak lengkap sebulan bagi wanita dan ada wanita lengkap sebulan sebab mengandung.

Hari raya kali ini meriah sesangat apabila di kampung halaman sendiri.Especially main mercun dan bunga api..heheh.Seronok sebab dapat main bunga api berdas2 termasuk mercun.Oppss..stok tu semua dirahsiakan.

Sejak hari raya pertama hingga sekarang asyik makan ayam dan daging.Semua kategori rendang dan berlemak.Setiap rumah pasti dihidangkan rendang, lemang , ketupat dan sambal kacang.I'm suppose to upload some pictures during celebrating hari raya at kampung.Unfortunately I've left my NIKON at kampung, rasa macam nak nangis nasib baik my niece tolong ambilkan camera before balik ke KL.Bila amu jumpa itu budak agaknya.

Oklah..nanti sambung balik dengan gambar-gambar raya yang memang happening dan gempak!


Tak puas makan ketupat..hukhuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...