Check This Out Babe!

Thursday 29 September 2011

Wordless Wednesday with Cherita Pictures (The Studium)





Tuesday 27 September 2011

Sakitnya Hati Hingga Ke Ulu Hati

Assalamualaikum



Pastinya kamu pernah merasai kepedihan atau sakit hati seperti ditusuk sembilu.Maaflah, aku tak pernah ditusuk sembilu.Tercucuk jarum pernahlah.Memang sakit dan bila nampak darah lagilah aku nangis, sebab aku ni jarang luka dan berdarah.hati berdarah aku tak tau.

Apa yang pasti, bila hati kita tersentuh kerana sedih, pasti rasa perit sangat nak hadapinya.Aku pernah merasainya dan bagaikan kepedihan itu hingga ke jantung.Aku rasa kalau aku tiada kesabaran pasti aku dah sakit jantung dan pendek umur.

Ada tak sakit hati kerana gembira sangat?Aku rasa tu kategori sakit juga sebab happy gila.Kalau sakit hati kerana dianiaya lagi hebat.

Baru-baru ini, hati aku sakit sebab dari kata-kata seorang lelaki.Ada juga sakit hati kerana perbuatannya.Memang menyakitkan dan sampai bila-bila aku kenang.Aku sakit hati juga kerana termakan dengan kata-kataku sendiri.Lain kali cakap siang pandang-pandang..

Walaupun hati aku disakiti, aku tetap ada sahabat yang menenangkan aku.Ya..susah senang kami bersama, sharing our tears together.Sahabatku kini sedang berduka,tapi aku yakin dia tetap strong dan tabah.Aku dan dia pernah merasai sakit hati.Hati ini hanya bersandarkan kepada sabar,tapi kerana kesabaran itu juga memang perit untuk ditelan.

Apa yang aku mahu katakan,hidup ini penuh warna warni dan roda impian (bukan dapat kereta RM1 juta atau pakej percutian).Kita perlu banyak bersabar, setiap nafas yang kita sedut hembus kempis kempus itu, adalah kuasa Allah.Dia yang menguji kita.Berkat kesabaran kita juga, terurai segala masalah dan muslihat.

p/s:Aku sakit hati kerana aku masih rindukan dan sayangkan dia..mencinya...

Gambar Kartun Patah Hati
Free Friendster Comments Code

Friday 23 September 2011

Kau atau Aku yang CURANG!

Assalamualaikum wbt


Adakah kau tidak menyayangi diriku lagi?Di mana kesetiaan dan janji-janji yang kau lafazkan padaku selama ini?Mengapa kau sanggup hancurkan hati dan perasaanku?Mengapa kau khianati cintaku?Mengapa kau lakukan ini semua kepadaku?Tidak cukup sempurnakah aku untukmu?

Ini baru sikit, aku memang dah banyak pengalaman jatuh cinta dan putus cinta (ye ke? atau aku yang tinggalkan si dia).
Baru-baru ini, dalam blog Abang Nara yang hensem cerita tentang Khairul Fahmi aka Apex.


http://beautifulnara.com/khairul-fahmi-che-mat-jiwang-di-twitter/.

Baca sendirilah,aku malas nak cerita panjang sebab aku meluat dengan orang yang mengada-ngada dan gatal ni.

Aku memang anti dengan orang curang, tapi aku tak boleh kata anti sebab nanti aku kena diri sendiri.Sebenarnya aku tak suka orang yang tidak jujur dengan pasangan.Jika memang kau dah tak suka, lebih baik kau terus terang.Jangan memberi harapan dan bermain kata manis pujangga.Especially kaum Adam, ada yang tak hensem perut boroi tapi duit banyak pun main perasaan perempuan.Lagilah kalau ada ketak 6 kat perut.Pantang nampak awek seksi dan cun, berdahi licin,engkau pun sama.Apa yang aku nampak Pakcik Apex ni memang tak jujur dalam perhubungan.Itu adalah lesson learnt bagi kaum hawa dan adam juga..Jika kamu permainkan perasaan orang, Allah akan balas balik pada kamu.Aku bukan nak kata padan muka si mangsa dicurang.Tetapi, ada hikmahnya dan kebaikkannya.Allah sayangkan kita sebenarnya.Dia nak uji kita.Kepada kawan-kawanku yang hadapi masalah begini, jika tak sehaluan, maka selesaikan segera.Jika dia untuk kita pasti ada jodohnya hingga akhir hayat.Jika dia bukan untuk kita, Insya Allah..ada cahaya kebahagiaan buat kita.

p/s:Kepada Apex..diharapkan berubah akal dan fikiran, kamu ada keluarga perempuan..(Hakikatnya memang ramai pemain bola sepak kaki perempuan...akuinyalah)

Wednesday 21 September 2011

Wordless Wednesday..Nikmatnya kalau dapat..BARING

Disebabkan aku pening kepala kesan dari food poison semalam..ini yang aku mahu luahkan..nikmatnye baring..
p/s:picture was taken by me at Zoo Negara

Monday 19 September 2011

Syukur kepadaMu

Assalamualaikum

Aku bersyukur kerana semalam adalah hari lahirku..(18 September)
Aku bersyukur kerana masih ada yang menyayangiku
Aku bersyukur dengan rezeki yang KAU limpahkan buatku
Aku bersyukur dengan kesenangan dan kebahagiaanku
Aku bersyukur kerana aku masih disayangi olehMU
Aku bersyukur kerana masih menghirup udara di dunia fana ini

Aku redha dengan segala ketentuanMU
Aku redha jika masaku akan berkunjung entah bila
Aku redha dengan perancanganMU
Aku redha jika itu sahaja rezekiku
Aku redha jika itu sahaja sumbanganku pada masyarakat
Aku redha jika itu sahaja rezeki buat keluarga
Aku redha jika itu adalah kesusahan yang menimpaku
Aku redha dengan ujianMU yang amat teruji imanku
Aku redha SEGALANYA

Namun, aku akan cuba buat yang terbaik untukMU dan orang yang kusayang..

Alhamdulillah..

Sunday 18 September 2011

Akhir-akhir ni banyak kematian bayi

Assalamualaikum

Sejak bulan ramadhan yang lalu, aku asyik terima berita tidak baik tentang bayi yang meninggal.Memula sahabat coursemate aku, baby dia meninggal dunia semasa berumur lebih kurang 3 bulan.Punca kompilasi jantung.

Then, semasa hari raya baru-baru ni, cucu pakcik depan rumah aku pun meninggal dunia.Selalu aku nampak baby boy tu main.Agak lasak dan ceria.Aku dapat tahu, arwah demam dah 2 hari, then bila dah dibawa ke hospital..meninggal dunia.Before this dah pernah masuk wad kerana batuk selsema agak teruk.

And last sekali,pangkat cucu hubby aku.Baru lahir dalam 20 hari dah meninggal dunia.Dengar cerita muntah-muntah.Jangkaan aku maybe perut kembung,tak bedung.Baby newborn kene selalu bedung n pakai baju lengkap,bukan baju BEBEK.Tapi, itu semua kuasa Allah.Dia pinjamkan untuk sementara waktu.Aku tak dapat bayangkan perasaan mereka semua.Sedangkan arwah kakak aku meninggal dunia umur 3tahun pun mak aku dah sedih bangat..Ada hikmahnya dan Allah lebih menyayangi mereka. Al-Fatihah buat semua..

p/s:jaga persekitaran rumah sebab itu adalah faktor utama bayi kita sakit.,terfikir baby sekarang badan tak strong dah,maybe faktor pemakanan kita yang terlalu banyak MSG

Tuesday 13 September 2011

Alhamdulillah rezeki dikongsi bersama di Hari Raya

Assalamualaikum

Happy birthday to my babies..semoga menjadi anak-anak yang solehah, beriman, bertakwa dan menjadi manusia yang berguna di dunia dan akhirat.Mama and papa loves u.













Monday 12 September 2011

Selamat Hari Raya Rakan Bloggers

Assalamualaikum wbt

Agak lama aku tak update blog sebab sibuk dengan persiapan Hari Raya. Selamat Hari Raya kepada semua rakan bloggers.Soon i"ll update more for u.Mahu zzzzzzzzzzzzz...muahss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...