Check This Out Babe!

Friday 30 March 2012

Ada Air Laut Merah di Sabah


Tengok warna merah tu cukup menggerunkan. Apa yang pasti elakkan makan seafood.

Thursday 29 March 2012

Aaron Aziz Di SIAL Oleh Siti Aishah

Assalamualaikum

Sian Abang Aaron Aziz kita yang hensem ni disialkan oleh hamba bernama Siti Aishah.Aku tak dpat detect comment Siti Aishah tu, tapi nak mengata dan menegur biarlah cara berhemah


Ni komen Siti Aishah Credit:Suriani Osman

Status Aaron Aziz...cian Abang Aaron disialkan..(dosa tau)

Komen salah seorang peminat Credit: Ida Yan


Credit :Noor Mala Asmuni Mala

p/s:Sabar ye Aaron, biarlah dia nak kata apa..memang mulut longkang


Wednesday 28 March 2012

Boleh Buat Drama Gak Kisah Aku Ni

Assalamualaikum

Aku rasa boleh buat drama kisah hidup aku ni..kalah Nur Kasih dan kalah juga Nor Elena..tah apa lagi drama Ombak Kasih pun kalah..Nantiler aku share cerita sebab sekarang tak sempat taip...sigh

p/s:Baru berdrama dengan Lelaki 2...(life goes on fren)

Pregnant Pun Boleh Makan VCO

Credit: Testimoni From Sheila Amir House











nama : eazy insyira(eazycatalyst)
produk diambil:vco softgel & vco collagen
tempoh perubahan: sewaktu pregnant-vco softgel
: selepas bersalin-vco softgel& catalyst collagen

testimoni / kesan pengambilan :
eazy amalkan pengambilan vco softgel semasa pregnant.tu pun dah lambat.time 5 bulan baru ambil. time pregnant ni kan orang kate hormon kite akan berubah,kulit akan jadi kusam,kering & senang nk tumbuh pimples.omg.eazy sangat takut kalau ada pimples naik kat muka.takut ada parut nnti.yela,kite orang perempuan ni nak guna muka &badan lama :)

alhamdulillah,sepanjang pengambilan vco softgel ni.muka tak ada masalah langsung.tak berminyak,tak kering & jerawat pun malu nak tumbuh.legaaaa.yela.nak pegi keje malas nak mekap.kalau kulit tu cantik je.takde la kisah sgt kan.ha,bukan setakat kulit je.strechmark pun tak teruk :) tu yang penting.kalau tak jadi perut gajah.hohoho.tak cantik!*vco softgel tak ada effect untuk perempuan mengandung ye*

badan pun tak letih.rasa energy cukup je sentiasa.tambah2 pulak sekarang ni,baby eazy tak suke tido malam.so alamatnye.sampai ke 5 pagi la berjaga.tak tired pun.trust me!untuk collagen pulak.parut2 pecah(kat kaki& kat peha) sewaktu pregnant da semakin kurang.taklama lagi mesti hilang :) TAK BOLEH TINGGAL MAKAN COLLAGEN NI.

*baby eazy pun guna vco jugak*
eazy sapu kat rambut dia.bagi cepat sikit tumbuh :)

picture credit to eazycatalyst & ifna catalyst =))




Aku Perlu Pakai Purdah

Assalamualaikum

Bukan aku nak kata diri aku ni bagus dan baik. Aku bukanlah bidadari dan tuan puteri Kerajaan Bertendang.Aku manusia biasa saja yang masih banyak kekurangan. Aku bersyukur kerana ramai menyayangiku.Keluargaku dan anak-anak dan ibuku terchenta.

Sebenarnya aku rasa stress kerana dibayangi dengan seorang lelaki eh sorang ke..bukan sorang tapi dua orang.Eh..bukan 3 orang ke?Ke 4 orang..Gila ramai lelaki kejar kau Ros..Ko jangan perasan bagus sangat.Aku tau...aku tak bagus banyak kelemahan dan banyak dosa..huhuhu

Lelaki 1
Kenal di train, dia sampai boleh katakan kat aku.Setiap hari saya tunggu awak naik train pergi dan balik.Minggu ni baru sekali je bertemu. Adoii..aku kenal mamat ni masa tunggu train.Orang kan ramai..aku ni peramah, kira borak tak kira tua muda, kakak adik.Tak expect lak mamat ni terlajak camtu.Bila sampai steyen n berjalan ke opis, dia pun jalan sama ke opis dia (pastu dia ke arah lain ler naik LRT), sanggup jalan slow nak tunggu aku.Kerap ajak ngedate...Pasni aku kena naik train lain masa n coach.

Lelaki 2
Dia dah kawin dan suami orang.Aku memang lama larikan diri dari dia.Tapi dia dapat cari aku, suddenly datang ke opis (bukan jumpa aku n berurusan dengan orang lain).Dia adalah ex-classmate aku.Meluahkan yang dia nyesal tak luahkan suka dan sayangkan aku.Sampai sekarang dia masih cintakan aku, dan kata nak hidup dengan aku (weng ke dia ni).Dia kata hidup ni tak adil untuk dia, sebab dia cintakan aku dan dia takde peluang nak jelaskan kat aku cinta kat aku.Cinta itu buta..Hakikatnya kita dah kawin dan tiada jodoh..redhaler.Aku taknak contact dia langsung, tapi wait n see dia boleh cari aku sampai lubang cacing.Dia pernah kata dia nak culik aku bawak aku kat tempat orang taktau.Kalau aku hilang, korang jadi saksi k.

Moral of the story, kena burukkan diri..ni ke kesan aku makan vco dan collagen.Eheh..takdelah..ngarut je, tu sampingan untuk kita gebu, flawless dan menarik.Untuk suami je ye bagi yang dah kawin, bagi yang belum kawin tu nak pasang body lantak korangler.Apapun..Perlu Ke Aku Pakai Purdah.


Credit:Google





Alhamdulillah Sambutan Menggalakkan;VCO and Collagen

Assalamualaikum

Syukur kerana mendapat sambutan dan order semakin bertambah.

Sesiapa yang nak mencuba dan order virgin coconut oil serta collagen, boleh order dengan saya.

+

RM 100 (free postage)

Tuesday 27 March 2012

Gambar Abby Abadi Melaksanakan Ibadah Umrah



Alhamdulillah Abby Abadi telah selamat tunaikan ibadah umrah baru-baru ini. Penghijrahan yang dibuat amat bermakna buat dirinya. Tahniah Sis Abby..moga berbahagia hidup dunia dan akhirat bersama anak-anak


Credit to Real Abby Abadi FB http://www.facebook.com/profile.php?id=1423695855

Abby Abadi Kini Bertudung


Alhamdulillah Kak Abby kerana sudah bertudung..

Bila Umur Dah Lanjut Terlambat Sudah

Assalamualaikum

Tadi aku borak-borak dengan bos aku pasal ada sorang akak tu sakit kaki kerana asid urik banyak hingga kaki bengkak dan tak boleh berjalan seperti biasa.Semakin berusia umur kita semakin banyak penyakit mulai timbul.
Aku akui aku yang agak-agak muda ni..walhal tua gak (30an) sudah mengalami sakit kaki.
Makanya, perlu kita ambil supplemen..sebab terasa dah terlambat dan khasiat dari makanan pun bukan 100% kita dapat nutirisinya.

Berbalik cerita tadi, akak tu sebenarnya stop makan supplemen. Dia kata harga mahal.  Sejak akak tu stop maka supplemen terus sakit mendadak.Aku faham tak semua orang mampu, tapi kita boleh makan supplemen natural dan murah seperti memasak makanan tidak terlalu lama, exercise dan buah-buahan.Actually makan supplemen pun kena ikut kemampuan gak.Ada yang murah tapi kualiti kurang, ada yang mahal tapi memang bagus. Hakikatnya ikut keserasian badan sebenarnya, oleh itu kalau nak makan supplemen biar berterusan dan jika mahu tahu supplemen itu serasi atau tidak, at least 3 months kita makan.

                                      Dapatkan VCO Catalyst dengan harga RM78.00 (2 kotak)

Monday 26 March 2012

Promosi VCO Catalyst!



Each VCO RM39.90 (Semenanjung) Buy 2 box RM78 (exclude postage)

Perasan Tak Kulit Kita Semakin Berkedut

Assalamualaikum

Aku tahu diri semakin berumur dan kaki mulai sakit-sakit. Maklumlah orang tak reti duduk 
diam dan paling utama sekali kaki aku ni setiap hari berjalan sebab nak kejar komuter.
 Baru-baru ini aku sakit lutut, terasa i dah tua sebab selalunya orang tua yang sakit kaki.
Memandangkan aku nak melewatkan dan menagguhkan sakit kaki (tak nak jadi macam mak bertongkat dan boss kena inject setiap bulan di lutut), aku tidak teragak-agak makan Collagen dari Catalyst.
Murah gak dan berkualiti.Selain itu, kedut dimuka pun kurang kerana collagen kan bantu meremajakan kulit.
Kesan amalkan collagen catalyst ni boleh kurangkan kulit berminyak, masalah parut dan jerawat, minda cergas dan licinkan tapak kaki korang yang merekah. Bagi ibu menyusu pun elok juga, susu akan bertambah.Anak yang menyusu tu pun awet muda serta sihat.


RM59.90(semenanjung)
RM65.90 (sabah/sarawak)

Harga yang amat berpatutan, even student pun mampu memilikinya.Ada 15sachet rasanya sedap juga macam buah-buahan gitu.Masuk je dalam mulut then minum air suam. 
By the way, kalau you all nak mencuba boleh hubungi saya ye..stok ada jek, maklumler alang-alang aku order banyak, bolehler jual pada sapa yang berkenan.

p/s:Kulit mukaku yang kering dan berjerawat pun semakin kurang..i like!


Seronok bila kulit muka nampak berseri

Assalamualaikum

Pagi-pagi lagi aku dah bangun, kalau nak ikutkan memang liat bangun pagi sebab badan terasa letih.Sejak amalkan VCO+Collagen badan terasa segar.Sebelum ini aku amalkan multivitamin juga, namun dengan penambahan VCO+Collagen buat kulit kita lebih moist.Aku alami masalah kulit kering.Korang tahu tak kulit kering ni buat muka cepat berkedut sebab tak cukup pelembap.

Aku dah banyak brand guna, memang produk yang aku guna ada membantu mengurangkan masalah kulit muka aku kering dan berjerawat, namun setelah amalkan pemakanan minyak kelapa dara ni, kulit muka lebih lembap, tegang, jerawat semakin menyusut dan parut pun pudar.

Jika korang nak mencuba dan mengetahui lebih lanjut Klik sini dan situ

Sunday 25 March 2012

Nak kulit gebu, licin dan badan sihat makan VCO Catalyst

Assalamualaikum

Malam buta ni aku nak berkongsi dengan korang semua tentang sau produk yang natural tanpa bahan pengawet iaitu minyak kelapa dara.Sebelum tu aku pernah share dengan korang tentang dara ni..Siapa nak kekal dara dan teruna sila order cepat.

Sebenarnya ada banyak kajian tentang kelebihan kelapa dara ni. Aku pasti korang mencari-cari suplement tambahan selain vitamin A-Z.Aku sekarang ni terasa dah ketuaannya sebab badan dah mulai sakit dan kulit pun semakin kedut,pimples dan tak sekata.

Promosi vco+collagen at only RM100 (free postage). Kalau rumah dekat boleh amik COD dengan aku.
                                    RM39.90 (Semenanjung) RM 49.90(Sabah/Sarawak)

Fungsi & Khasiat VIRGIN COCONUT OIL(VCO) keluaran Catalyst :

Untuk kegunaan luaran :
1 . Dapat membantu mengurangkan berat badan
2 . Menghasilkan tenaga segera&sentiasa segar
3 . Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit
4 . Sangat bagus untuk masalah jerawat&jeragat serta parut2 lama
5 . Mengatasi masalah kulit berminyak
6 . Mengatasi masalah sakit kulit pada kemaluan(masalah keputihan)
7. Menghilangkan panau/ strechmark sebelum/selepas bersalin
8. Mendapatkan berat badan ideal bagi org yang sangat kurus
9. Melebatkan dan Mempercepatkan pertumbuhan rambut.
10. Menghilangkan kelelmumur/ gatal2 dikepala/ rambur gugur.
11. Boleh sapu di di bekas-bekas jerawat / luka / melecur / ruam

Untuk kegunaan dalaman :
1 . Mencegah risiko penyakit jantung&kadar kolestrol yg tinggi
2 . Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
3 . Melegakan pernafasan
4 . Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
5 . Mengurangkan keadaan mudah lapar
6 . Melancarkan kitaran haid& menyeimbangkan hormon
7 . Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri
8 . Memperbaiki kandungan asid dalam rahim
9 . Mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin
10 . Amat baik bagi mengatasi masalah MONOPOS bagi kaum wanita(memperlambatkan proses)
11. Menghilangkan masalah sengugut
12. Sebagai Milk booster (membanyakkan susu ibu )
13. Kandungan Asid Laurik dalam VCO sangat baik untuk mencegah virus dan bakteria untuk menyerang ibu dan anak
14 .Memudahkan bersalin(pengambilan minyak kelapa merupakan antara petua untuk memudahkan proses kelahiran. Ia juga boleh mengelakkan jaundice kepada baby.
15. meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
16. melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetes
17. mengurangkan stress pada pankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh
18. meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat.
19. melindungi diri dari serangan osteoprosis (proses pereputan tulang)
20. mencegah risiko sakit jantung
21. mencegah atherosclerosis (penyempitan saluran darah akibat lemak terkumpul) dan strok
22. membantu menurunkan tekanan darah tinggi

Cara pengambilan VCO Softgel :
- 2 kali sehari (1x pagi & 1x malam)
- Juga boleh diambil 2 biji kapsul sekaligus
- Ia dalam bentuk kapsul lembut yg mudah ditelan
- Boleh disapu ke muka 2/3 kali seminggu sebelum tidur
(cucuk kapsul lembut guna jarum)
- Seelok2nya ambil bersama air suam/air kosong

.

Collagen Enriched with Vitamin C

15 Sachets / 3g each
Product Classified As Food Under Food Act


RM59.90 (SEMENANJUNG)
RM64.90 (SBH SRWK)
 

VCO SOFT GEL + COLLAGEN = RM 100 FREE POS LAJU (SEMENANJUNG)

Antara Testimoni dari rakan-rakan:




p/s:Aku makan dah dan mula terasa kulit lembut macam baby, senang nak membuang waktu pagi dan yang penting badan segar (maklumlah mama twins)

Saya agen Catalyst berdaftar di Shah Alam, Batu 3 dan Jalan Raja Laut (produk ni hanya dijual secara online) carikler kat kedai kalau ado..

Wednesday 21 March 2012

Aku Blacklist ASTRO!

Assalamualaikum

Aku harap cerita yang aku ingin kongsikan bersama ini menjadi pengajaran dan panduan buat bloggers semua.Aku ingatkan aku saja yang menjadi mangsa keadaan, rupanya akak ipar aku pun hadapinya juga.

Aku telah lama berhenti melanggan Astro kerana aku rasa membazir dan lebih berbaloi aku melanggan Unifi (pakej telefon+internet+channel tv).Oh ya..sebelum aku berhenti melanggan Astro aku telah selesaikan segala bil yang ada sebab takut dia akan kenakan lagi charge pada bil berikutnya.Korang sure boleh pantau melalui tarikh bil dikeluarkan. Aku telah telefon operator Astro maklumkan yang aku mahu berhenti melanggan dan pembayaran semua bil telah dibuat sepenuhnya.Aku fikir tiada lagi hutang dengan Astro. Operator berkenaan maklumkan puan perlu kembalikan kad Astro dalam tempoh 3 bulan ya..Oklah..i agree sebab mesti aku kena pi Customer Service Astro.Memandangkan belum sampai sebulan pun aku berhenti melanggan sebab aku dah pantau tarikh bil, rupanya sambung tarikh i.e bil keluar 1.2.2012 so sebulan before aku dah stop, tetiba muncul bil tu bertarikh 1.2.2012 dengan chargers RM82.60.

Memang cilakak dan siamang betul diorang ni cam haprak dan cetty.


Aku buat bodoh je, tetiba collector call suruh bayar cam siamang dan penyamun.Siap maki-maki aku, dia kata kalau puan nak saman..samanlah..Aku bukan apa..ni dah kira penyangak dan penipuan sebab hidden chargers watsoeverlah.Cakap tu elok-elok sikit, beri penerangan dengan jelas.Nasib baik aku tak amik nama ko.(Sepatutnya kena tanya dengan siapa kita bercakap maka mudah buat komplen)

Bill yang aku terima tu mention unreturned card (memang BABY! sebab kenakan charge macam langgan padahal diorang dah stop dah..kalau dia charge tapi ada line takpela jugak.)

Aku rasa memang nak bakar jek kuali Astro tu termasuk decoder sekali, tapi sebab aku tak segila itu.

Aku buat bodo lagi then collector tu call.Aik..cam Ah Long ler kutip hutang, Astro ni dah keterlaluan.Kalau orang tak bayar bil beribu riban okler..ini takat RM82.60 pun nak gelabah.Ko dah kaya,sponsor sana sini pun macam haprak.Aku tengok ramai lagi stop langgan Astro tak pulangkan kad, takde plak ko nak kejar.

Aku bercakap dengan collector tu, if aku bayar charged penipuan korang tu, korang charged lagi ke if kad Astro aku tak pulang.Then dia kata..takde charged tapi puan kena pulangkan jugak..RASA NAK LEMPANG pun ada.Memang vavi ini AStro.

Aku dapat tahu bukan aku sorang jadi mangsa penipuan diorang ni.Akak ipar aku pun terpaksa bayar bil.Ooh ya..kad tu diorang suruh poslaju je ke alamat Astro.Aku memang tak hingin nak ngadap sana, lagiler aku berangin.

Oklaa ASTRO, kamu ambil ler duit penipuan tu.Aku memang tak boleh terima sebab cakap diorang ni AUTA lebih..suruh check perjanjian konon.Dah dekat 8 tahun aku langgan korang, camnih layanan korang ye..aku tak mati kalau tak langgan korang pun.

Moral of the story, jika korang nak stop langgan AStro..pi kaunter diorang bayar semua bil dan pulangkan kad (Kalau boleh depan mata diorang GUNTING KAD tu..)

p/s:Maaflah siapa yang kerja Astro ni, lain kali mesra pelanggan bukan jadi samseng!

Keputusan SPM keluar hari ini!

Assalamualaikum

Aku rasa bagaikan mimpi sebab sekejap je aku dah lama tinggalkan sekolah menengah.Dahulu masa sekolah aku memang tak sabar sangat nak belajar di universiti dan taknak sekolah menengah lagi, even naik Form 6.Aku sebenarnya bukan tak suka amik Form 6, tapi aku memang nak sesangat blah dari sekolah.Maklumlah sekolah kan disiplin ketat bebenor dan cikgu-cikgu suma garang-garang..eheh garang ker?
Nak berjaya dalam hidup kena merangkak dulu...

Sebenarnya aku nak kebebasan dan tak berminat pakai baju sekolah.Tapi apakan daya kena juga pakai baju sekolah bila aku kena hadiri kursus Biro Tata Negara.Mencarilah baju sekolah anak buah aku dan beli di Pusat Pakaian Hari-Hari.

Berbalik kepada SPM tadi...aku sebenarnya tak perasan sangat time amik result sebab aku dapat result dari cikgu terus blah..balik rumah..kecewa jugakler walaupun time tu kira ok lagi aku dapat Pangkat 1.Kalau idak..tak dapatlah aku masuk universiti.Pada pandangan aku, result aku memang tak hebat mana pun..tapi Alhamdulillah aku berjaya masuk universiti dari belajar diploma,ijazah seterusnya Master.

Bagi adik-adik yang berjaya mendapat keputusan yang baik dalam SPM tahniah...lepas ni belajar rajin-rajin dan bagi yang kurang memberangsangkan tu, jangan putus asa kerana ada banyak sebenarnya peluang untuk kamu berjaya, yang penting RAJIN.

Thursday 15 March 2012

Pesan Arwah Bapak Pada Emak 'Jangan Bagi Aku Main Parit'

Assalamualaikum

Mak aku pernah cerita, sebelum Arwah Bapak aku meninggal dunia di Mekah, arwah pernah berpesan kepadanya supaya jangan bagi aku main di tepi parit.
Inilah kesannya jika ibu bapa tidak pantau anak-anak atau leka.Sedih lihat baby lemas...
Kes sebelum ini baby baru berumur 15 bulan mati lemas di Sungai Besar...masa itu ibunya sedang mencuci pakaian...huhu...

Ramai baby masuk syurga..Al-Fatihah buat semua

Tuesday 13 March 2012

Pureen Stock Clearance Promotion!21-22 April 2012


Assalamualaikum

Almost every sales I go to Pureen Warehouse Sales, baju memang murah sesangat.Harga baju i.e RM12 jadi RM8.Ada tu yang sehelai RM3.Korang kalau nak pergi pepagi then sediakan kipas tangan sebab confirm panas dan crowded.Aku tak galakkan korang bawak anak-anak korang terutama sekali baby.Kesian kepanasan dan tidak selesa.Macam nak pergi berperang je sebab masing-masing akan berebut dan bertolak-tolak.Bawak RM300 pun dah cukup banyak barang korang shopping.Amat sesuai bagi mereka yang bercadang membeli baju baby dari 0-6months dan 12-18months.


Untuk maklumat lanjut sila layari http://pureen.com.my/News/Pureen-Stock-Clearance-Promotion-April-2012.html?page=0&pop=1

p/s:Memandangkan twins dah besar aku sekarang terjah sabun cuci baju dan mandi aja.Jualan murah ni selalunya 2 kali setahun, bulan November rasanya akan ada lagi.

Monday 12 March 2012

Alhamdulillah Datuk Malek Noor Sah Menjadi Suami

Assalamualaikum

Gambar diambil from FB Wawa my ex-clasmates.Wawa adalah pembaca berita di NTV7.Dia telah maklumkan pakcik saudaranya iaitu Datuk Malek Noor telah sah menjadi suami kepada Dr Asma dengan sekali lafaz sahaja.




Tahniah kepada Datuk Malek Noor..happy for you..

p/s:Wawa..aku share gambar ek kepada peminat kat sana..

Thursday 8 March 2012

Goodbye SBPA, Alhamdulillah 13%

Assalamualaikum

Sebentar tadi PM telah umumkan SBPA dibatalkan dan SSM remains dan ditambahbaikan.Penjawat awam akan mendapat 13%. Alhamdulillah sekurang-kurangnya dapat meringankan beban penjawat awam kumpulan sokongan.

Apa yang aku tak gemar, harga barang akan naik.Walaupun stok dikedai disimpan lama, tapi pasti harga barang akan dinaikkan.Mohon kerajaan lebih prihatin tentang masalah yang bakal melanda ini.



Wahai penjawat awam, suka tetap suka, namun kita harus belanjakan duit dengan lebih berhemah..

p/s:Dah fikir macam-macam nak beli apa :).Aku dengar ada orang dah plan nak ke Bandung...

Selamat Hari Wanita

Assalamualaikum

SELAMAT HARI WANITA


Terlalu banyak pengorbanan seorang wanita terhadap keluarga dan negara amnya. Wanita walaupun mempunyai banyak sifat emosi tapi wanita tetap kuat, tabah,sabar,bijak,mencintai,cekal....banyak betul aku tak tertulis di sini.

Apapun wanita yang amat aku kagumi adalah EMAK

Emak adalah ibu tunggal yang membesarkan kami 5 beradik, aku kehilangan Bapak dari umur 5 tahun.Bayangkan bagaimana dia sekolah dan besarkan aku sehingga aku berjaya.Emak seorang yang tabah dan kuat mengharungi hidup serta setia.Perkara yang aku respect..dia sangat taat dan setia dengan arwah Bapak (sebab tak kahwin lain).Emak memang superwoman!!

Emak sentiasa bersama dengan aku susah senang..aku nangis dia ada,aku gembira dia ada.Yang beruntung cucu-cucu dia..apa yang cucu nak pasti dapat..especially duit..hahah.Nenek mana yang tak sayang cucu.


Hjh. Sulimah Othman; 76 years.Love emak so much!!

p/s:Bolehkah aku mempunyai hati dan semangat yang kuat seperti emak ;)?Semoga mak sihat, panjang umur dan dirahmati Allah.

Wednesday 7 March 2012

Kes Saman Fitnah ButikMama dengan Fareeda

Assalamualaikum
Kadang-kadang kita rasa tergugat kerana sikap keangkuhan dan ketamakan kita di dunia.Setiap perniagaan mesti ada saingan.Namun jangan tabur pasir dalam periuk nasi orang lain.Aku terfikir bagaimana orang Cina boleh berniaga walau barang yang sama atau pun bersatu dalam dunia perniagaan.Seharusnya masing-masing perlu lebih kreatif dan bersaing dengan lebih sihat.Barulah perniagaan maju dan sama-sama cari makan.Kan lebih baik berbincang secara baik dan tidak mengaibkan orang lain.Mungkin apa yang dimarahkan seperti di wall fb tersebut. Apapun sebelum membuat tuduhan perlu ada pembuktian dan kita perlu buat kelainan rekacipta kita sendiri.Namun begitu, sebagai pembeli dan pemakai tudung ada banyak pilihan nak cantik, murah, mahal itu kemampuan masing-masing.

http://www.facebook.com/pages/FAREEDANyata-Jelita/279846494413
p/s:Baru cadang nak bisnes tudung, takut pulak kena saman sebab ciplak design.Tapi nak ikutkan banyak kat JLn TAR tu semua sama jek pattern.
ButikMama Saman Fitnah RM 1 Juta Terhadap Fareeda (Nyata Jelita)


As-Salam.
Uhh .. alahai peniaga kita ..... saman-menyaman ... kes berpunca kerana design tudung je. Mushkil gak HH, bagaimana mereka tahu sesuatu corak dan design pada tudung itu hak yang ini ....hak yang itu ...

Bukan apa, di zaman serba canggih ini ... macam-macam leh diklonkan .... inikan pula design tudung yang hari-hari ramai muslimah pakai. HH terasa perkara seperti ini boleh diselesaikan cara baik .. dari bergaduh saman menyaman seperti ini, baiklah dibuat kerjasama .. itu lebih menguntungkan terutama buat pembeli serta peminat. Tak perlu gaduh macam ni ...

Apapun, bila dah jadi kes mahkamah ... kita yang pengguna ni kena diam je ler ... tak leh sebut, cakap banyak-banyak ... nanti kita lak kena saman ... aha .. ado duit ko?
Memetik Harian Metro:
SHAH ALAM: Seorang usahawan wanita memfailkan saman fitnah RM1 juta terhadap syarikat pesaingnya kerana didakwa memfitnahnya menerusi laman sosial facebook dengan tuduhan meniru tudung keluarannya.

Pengasas Butik Mama, Nor Ainna Ibrahim, 32, dan suaminya, Azman M Salleh selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi peguamnya, Adnan Seman@Abdullah di Mahkamah Tinggi di sini, jam 11 pagi semalam.

Berdasarkan writ saman, mereka menamakan pemilik perniagaan tudung Fareeda di Bandar Baru Bangi, dekat sini, Faridah Zakaria sebagai defendan.

Antara lain, plaintif mendakwa defendan menerusi fanpage facebook “Fareeda.. Nyata Jelita” yang memiliki 100,000 peminat, secara berniat jahat memaparkan status atau kenyataan berunsur tidak benar dan fitnah.

Terkilan dengan tindakan itu, plaintif menghantar e-mel kepada defendan memohon supaya semua status dan kenyataan itu dipadamkan, tetapi tidak mendapat maklum balas.

Plaintif juga mendakwa menerima laporan dan aduan daripada peniaga Butik Mama yang memberitahu mereka diugut defendan menerusi e-mel dan SMS daripada berniaga produk syarikatnya.

Pihaknya sekali lagi menghantar e-mel kepada defendan untuk membantah tindakan itu dengan menyatakan produk tudung miliknya tidak meniru produk Fareeda.

Selain itu, plaintif memohon defendan menghentikan semua dakwaan yang dikemukakan tanpa bukti dan ugutan terhadap peniaga, tetapi masih tidak mendapat maklum balas.

Plaintif seterusnya mendakwa perkataan fitnah di facebook itu bermaksud pihaknya tidak jujur meniru reka bentuk produk defendan dan melanggar haknya yang didaftarkan dengan Pendaftar Harta Intelek.

Dakwanya, ia juga bererti pihaknya mengamalkan cara tidak jujur dan menipu dalam menjalankan perniagaan untuk mendapatkan keuntungan mudah.

Menurutnya, ia juga bermaksud defendan mendorong dan menghasut orang ramai untuk memulau, menarik diri atau menjauhi perniagaannya.

Selain itu katanya, ia bererti plaintif adalah individu korup, tidak jujur, tidak bermoral dan tidak tahu malu.

Oleh itu, pihaknya memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi pengajaran dengan faedah empat peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh.



Sumber Asal: ButikMama Saman Fitnah RM 1 Juta Terhadap Fareeda (Nyata Jelita) | HASRULHASSAN.COM™

Kahwin dan Cerai Hidup Artis

Assalamualaikum

Jodoh ditentukan oleh Allah. Manusia hanya merancang dan Allah menentukan segala takdir.Sekarang ni tengah hangat Fasha Sandha nak kawin dengan Jejai. Yusry KRU pula telah selamat bernikah dengan Lisa Surihani dan sedang berbulan madu di Zurich. Manakala sedihnya dapat tahu Sharifah Aleya yang memiliki anak kembar telah bercerai dengan suaminya baru-baru ini.


Berita Lanjut Klik Sini



Fasha Sandha




Apapun redha dengan ketentuan Allah dan yang penting dalam setiap perkahwinan ilmu agama, sifat sabar yang tinggi dan toleransi itu penting.

p/s:Ada orang cepat dapat anak pun rumahtangga bermasalah, lambat dapat anak pula?..Itulah takdir

Thursday 1 March 2012

Mee Siput Muar Imbau Kenangan

Assalamualaikum

Lama giler aku tak makan mee siput ni.Aku pekena mee siput ni time sekolah rendah dulu.Makcik kantin tu jual satu 10 sen. Kalau dekat sekolah menengah aku dulu, kat tepi sekolah ada makcik jual mee siput dengan ABC...walaaaaaaaaaaa..sedapnya.

Bila kawan aku mentioned ada mee siput muar dijual secara online..fuh..tak teragak-agak aku mengorder.Aku tak order online, kebetulan kawan aku balik Batu Pahat, dia suh bapak dia pi beli kat Sg.Abong Muar.

Rasanya boleh tahan sedapler..oo anyway, mee siput ni tempat tertentu je ada..Aku tak rasa kat KL ni ada.Cuma kat Johor..itu pun homemade.Homemade lagi sedap dari beli yang kering then kena goreng.Bukan senang nak jumpa mee siput ni.Kalau pandai cari jumpalah kat kedai-kedai barang kering.

Makan mee siput ni, bolehler gantikan Mamee..kan banyak MSG.Pastu cicah dengan cili atau sambal kicap.Memang camtu cara makan mee siput, if nak makan tanpa cili ok gak tapi kurang kick.


Korang boleh lawati http://meesiput.com/

Aku nak sambung mengunyah mee siput.Baru je dapat dari kawan aku..nyum nyum..krup krap

p/s: packing dia macam time aku jual kerepek kat sekolah..satu 20sen

Sedap Tak Suara I Bang...

Nak tergelak terguling-guling pun ada bila tengok gambar ni.Terima kasihler Nyah...hilang kejap kemarahan aku..kau memang penghibur hebat..Vokal kau mantap sungguh..

Geram Dan Nak Nangis!!Vision Aku Pecah..

Assalamualaikum

Just dapat call my maid.Dia sudah kasi pecah periuk Vision aku...Dah bertahun aku pakai periuk tu, bila orang lain pakai pecah..Ni kira akak dia pecah..aritu adiknya pecah..maid gak yang buat.

Hancur sungguh hati aku..ni ler orang yang tak reti nak hargai..Aku rasa nak tampaq laju-laju pun ada.Tapi apa boleh buat..takde rezeki.Lepas ni aku beli periuk stainless steel jek..


Terubat rindu tengok pic redmummy.com

Marah ni!!!!Aku xde mood dah...Korang tengok harga baru tau betapa valuenya periuk ni dengan aku.

p/s:Aku memang tak suka orang lain rosakkan barang..aku buat tak apa

Surat Che Det Kepada 3 Orang Pemimpin ISRAEL

Assalamualaikum




Berikut adalah surat dari Tun Dr Mahathir kepada 3 PM Israel.Fikirkanlah sendiri...




WORLD PEACE!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...