Check This Out Babe!

Wednesday, 7 March 2012

Kes Saman Fitnah ButikMama dengan Fareeda

Assalamualaikum
Kadang-kadang kita rasa tergugat kerana sikap keangkuhan dan ketamakan kita di dunia.Setiap perniagaan mesti ada saingan.Namun jangan tabur pasir dalam periuk nasi orang lain.Aku terfikir bagaimana orang Cina boleh berniaga walau barang yang sama atau pun bersatu dalam dunia perniagaan.Seharusnya masing-masing perlu lebih kreatif dan bersaing dengan lebih sihat.Barulah perniagaan maju dan sama-sama cari makan.Kan lebih baik berbincang secara baik dan tidak mengaibkan orang lain.Mungkin apa yang dimarahkan seperti di wall fb tersebut. Apapun sebelum membuat tuduhan perlu ada pembuktian dan kita perlu buat kelainan rekacipta kita sendiri.Namun begitu, sebagai pembeli dan pemakai tudung ada banyak pilihan nak cantik, murah, mahal itu kemampuan masing-masing.

http://www.facebook.com/pages/FAREEDANyata-Jelita/279846494413
p/s:Baru cadang nak bisnes tudung, takut pulak kena saman sebab ciplak design.Tapi nak ikutkan banyak kat JLn TAR tu semua sama jek pattern.
ButikMama Saman Fitnah RM 1 Juta Terhadap Fareeda (Nyata Jelita)


As-Salam.
Uhh .. alahai peniaga kita ..... saman-menyaman ... kes berpunca kerana design tudung je. Mushkil gak HH, bagaimana mereka tahu sesuatu corak dan design pada tudung itu hak yang ini ....hak yang itu ...

Bukan apa, di zaman serba canggih ini ... macam-macam leh diklonkan .... inikan pula design tudung yang hari-hari ramai muslimah pakai. HH terasa perkara seperti ini boleh diselesaikan cara baik .. dari bergaduh saman menyaman seperti ini, baiklah dibuat kerjasama .. itu lebih menguntungkan terutama buat pembeli serta peminat. Tak perlu gaduh macam ni ...

Apapun, bila dah jadi kes mahkamah ... kita yang pengguna ni kena diam je ler ... tak leh sebut, cakap banyak-banyak ... nanti kita lak kena saman ... aha .. ado duit ko?
Memetik Harian Metro:
SHAH ALAM: Seorang usahawan wanita memfailkan saman fitnah RM1 juta terhadap syarikat pesaingnya kerana didakwa memfitnahnya menerusi laman sosial facebook dengan tuduhan meniru tudung keluarannya.

Pengasas Butik Mama, Nor Ainna Ibrahim, 32, dan suaminya, Azman M Salleh selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi peguamnya, Adnan Seman@Abdullah di Mahkamah Tinggi di sini, jam 11 pagi semalam.

Berdasarkan writ saman, mereka menamakan pemilik perniagaan tudung Fareeda di Bandar Baru Bangi, dekat sini, Faridah Zakaria sebagai defendan.

Antara lain, plaintif mendakwa defendan menerusi fanpage facebook “Fareeda.. Nyata Jelita” yang memiliki 100,000 peminat, secara berniat jahat memaparkan status atau kenyataan berunsur tidak benar dan fitnah.

Terkilan dengan tindakan itu, plaintif menghantar e-mel kepada defendan memohon supaya semua status dan kenyataan itu dipadamkan, tetapi tidak mendapat maklum balas.

Plaintif juga mendakwa menerima laporan dan aduan daripada peniaga Butik Mama yang memberitahu mereka diugut defendan menerusi e-mel dan SMS daripada berniaga produk syarikatnya.

Pihaknya sekali lagi menghantar e-mel kepada defendan untuk membantah tindakan itu dengan menyatakan produk tudung miliknya tidak meniru produk Fareeda.

Selain itu, plaintif memohon defendan menghentikan semua dakwaan yang dikemukakan tanpa bukti dan ugutan terhadap peniaga, tetapi masih tidak mendapat maklum balas.

Plaintif seterusnya mendakwa perkataan fitnah di facebook itu bermaksud pihaknya tidak jujur meniru reka bentuk produk defendan dan melanggar haknya yang didaftarkan dengan Pendaftar Harta Intelek.

Dakwanya, ia juga bererti pihaknya mengamalkan cara tidak jujur dan menipu dalam menjalankan perniagaan untuk mendapatkan keuntungan mudah.

Menurutnya, ia juga bermaksud defendan mendorong dan menghasut orang ramai untuk memulau, menarik diri atau menjauhi perniagaannya.

Selain itu katanya, ia bererti plaintif adalah individu korup, tidak jujur, tidak bermoral dan tidak tahu malu.

Oleh itu, pihaknya memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi pengajaran dengan faedah empat peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh.



Sumber Asal: ButikMama Saman Fitnah RM 1 Juta Terhadap Fareeda (Nyata Jelita) | HASRULHASSAN.COM™

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...