Check This Out Babe!

Friday 17 October 2014

Jangan Sekodeng Tau...




Teringin nak mandi dalam bathtab begini?Hehhe..seksi u... Memang cantik dengan landscape dan mandi sambil menikmati langit yang biru. Harap-harap takde orang panjat bumbung dan sekodengler..Euuww..

Wednesday 15 October 2014

Bibir Cantik dan Sihat Dengan Naturel Kiss

I'm having problem with my lips..tak jumpa lagi lipstick yang melembabkan bibir dan setiap kali pakai lipstick bibir akan terkupas.Kadang geram menyebabkan tangan gatal nak mengupas sampai bibir luka berdarah. Alhamdulillah I've found this extravaganza products made by local people in Malaysia.It's R&D from UTM by Dr Siti Hamidah.

Nature Kiss For Women and Kids merupakan produk bebas dari chemical, halal dan selamat digunakan. Nature Kiss mampu merawat bibir kering dan gelap. Bagi yang bermasalah bibir kering apabila memakai lipstick di pasaran sediada, ia mampu atasinya dengan menyapu terlebih dahulu sebagai lipbalm kemudian apply lipstick kesukaan anda.



Naturel Kiss For Women


Delicious Lip Scrub by Naturel Kiss! Tak perlu basuh, hanya jilat sahaja! Bibir anda akan lembab semulajadi.

Lip scrub bagi tujuan menanggalkan sel mati dan kulit bibir yang kering. Selepas scrub bersihkan bibir atau jilat sahaja dan sapukan lipgloss Nature Kiss. Pasti bibir anda comel dan menawan.

Anyway guys, produk ni memang selamat dan merupakan hasil penyelidikan dari anak tempatan dari Universiti Teknologi Malaysia iaitu Dr Siti Hamidah. Nak tahu lebih lanjut sila berjumpa dengan beliau untuk khidmat nasihat di IGEM 2014, KLCC.




Sempena IGEM 2014 yang akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada 16 Oktober hingga 19 Oktober 2014, Nature Kiss turut sama berada di sana dan membuat tawaran menarik untuk anda. Sila hadir di booth berdekatan UTM ya..


MEMPERKENALKAN PRODUK-PRODUK NATUREL KISS
******************************
●●●● NON-TOXIC COSMETICS●●●●
HALAL, NATURAL, ANTIOKSIDAN
******************************
New Branding!! Quality Packaging!! More Free Gifts!! BUT LIMITED STOCKS!!!

- NKiss lip moisturiser for Women (RM 39.00) ♡ Promotion! Buy 1 free 1 NKiss Lip Scrub

- Fruity Kids - Strawberry & Vanilla (RM 29 for 2 flavors)♡ Promotion! Buy 1 free 1 NKiss Lip Scrub
- NK Extra colorless mint lip moisturiser (RM 25)
- NKiss Lip Scrub Roselle Strawberry's flavor (RM 29)
- Exclusive Lip Moisturiser for Women with Rose Oil & Almond Oil (RM 49)
♡ Promotion! Buy 1 free 1 NKiss Lip Scrub
- Exclusive Lip Scrub with Vitamin E (RM 45)
Temui kami di KLCC pada 16-19 Oktober ini untuk free trial & banyak lagi promosi yang lain!!!
****** LIMITED STOCKS!!! ********

Stok amat terhad ye kawan-kawan. 



Twins menjadi model untuk Nature Kids, they love it so much. Almaklumlah, diorang suka sangat pakai lipgloss.Mama pun happy sebab ada produk yang selamat untuk anak-anak. Lipgloss/lipbalm di luar sana memang memberi kesan kurang baik for long term. Jangan dedahkan anak-anak dengan bahan merbahaya.


Ada flavours Strawbery, Vanilla, Orange dan Peach



 Kakak suka perasa vanilla

Adik suka perasa strawberi



 Extra Care For Crack Lips



TESTIMONI PENGGUNA NATURE KISS










APA KATA DR SITI HAMIDAH?


Cerita Pelembab Bibir - Terutama untuk suami yang benar-benar cintakan isteri
Beberapa tahun lepas saya menyedari kulit terutama muka dan bibir mudah kering dan kusam. Jika kulit muka, terdapat banyak produk yang boleh mengembalikan kecantikannya, tetapi amat berbeza dengan bibir. Produk-produk berjenama sekalipun lebih tertumpu untuk menutup masalah (lipstik), yang menyebabkan bibir semakin gelap dan kusam. Justeru, kita akan lebih kerap/banyak memakai lipstik/sintetik lipbalm, dan bibir akan semakin gelap dan kering. Semakin banyak produk sintetik ini digunakan, semakin gelap dan kering bibir kita. Begitulah seterusnya.
Wanita, apabila pulang ke rumah dari pejabat, akan mencuci make up dan 'hesitate' untuk terus bermake up kerana kita ingin biar kulit bernafas tanpa sebarang bahan kimia yang menjadi asas lipstik dan make up. HASILNYA, KITA BERADA DIRUMAH - BERSAMA ORANG TERSAYANG DALAM KEADAAN PUCAT DAN BERBIBIR KERING DAN KUSAM. Tidak adil bukan? Cantik dan segar di luar rumah, tapi pucat dan dan tidak bermaya di rumah. Bagaimana anda mencium orang tersayang dalam keadaan begitu? Pasti ada yang jawab "Takkan nak bermake up 24 jam lagipun tak elok cium bayi menggunakan lipstik".
Ya! Itulah dilema saya sehingga tercetus idea untuk menghasilkan PELEMBAB BIBIR DARIPADA BUNGA-BUNGA DAN BAHAN SEMULA JADI. Sewaktu itu Safya (kini 5 tahun) baru dilahirkan. Bagi saya, BIBIR ADALAH ANTARA BAHAGIAN TERPENTING YANG PERLU DIKEKALKAN KEREMAJAAN DAN KESEGARANNYA. Sebelum itu saya pernah tertipu dengan produk yang menggunakan jenama 'herb' tetapi sebenarnya tiada satu pun kandungannya melibatkan herba. 100% adalah bahan sintetik. Malah lip balm popular yang dikatakan 'ikut warna darah' adalah menggunakan bahan kimia methyl oxide.
Sejak hampir setahun, saya menggunakan pelembab bibir formulasi sendiri, alhamdulillah ia amat sesuai dengan bibir saya. Kini saya amat jarang menggunakan lipstik, jika perlu guna pun, saya pasti akan mengoles pelembab bibir formulasi sendiri ini terlebih dahulu. Ia boleh melindungi bibir dan menyerapkankan nutrien-nutrien daripada bunga roselle yang digunakan kepada bibir. Ia 100% natural dan saya tidak perlu risau jika termakan pelembab bibir ini. Bahan asas adalah lilin lebah (bee's wax) dan vitamin E.
Alhamdulillah, formulasi ini telah siap sepenuhnya dan digelar NATURE KISS. Terima kasih kerana anda sudi membaca kisah ini sehingga tamat dan saya harap anda tidak melepaskan peluang untuk mencuba produk NATURE KISS ini, yang 100% diperbuat dari bahan natural dan formulasi pertama seumpamanya di Malaysia. Ia juga telah melepasi ujian-ujian toksik dan logam berat. Juga telah menerima beberapa pingat dan penganugerahan peringkat nasional dan antarabangsa. Secara rasmi dengan ini saya menjemput anda untuk menjadi agen rasmi NATURE KISS. Insha Allah anda pasti berpuas hati dengan pulangannya. KEMPEN BIBIR CANTIK SECARA SEMULAJADI TELAH BERMULA! Semoga semuanya berbibir mungil-mungil belaka. PARA SUAMI SILA BELIKAN HADIAH NATURE KISS JIKA ANDA BENAR-BENAR SAYANGKAN SI ISTERI. Berikan yang terbaik untuk diri kita dan orang tersayang! ♡♡♡

Jika berminat boleh hubungi nombor tertera di atas 

KONSERT EH! ULANG TAHUN KE-15





Cepat!!! Dapatkan segera selagi peluang masih ada..tiket dijual dengan harga RM50 tetapi jika anda mahu harga tiket murah dari itu boleh dapatkan dengan cara berikut:

1)Beli mana-mana produk The Body Shop then dapatkan tiket dengan harga RM10 (sekitar Lembah Klang)

2) Dapatkan majalah Eh! Edisi Oktober + Beli tiket pada harga RM17 (Borders, Times, Popular terpilih)

So anda boleh membuat pilihan yang mana satu idaman kalbu...Chiowww




Sunday 12 October 2014

Syukran Rezeki Bulan Oktober!!

Alhamdulillah..

Bertuahnya bulan ni kerana aku mendapat rezeki yang walaupun simple tapi bermakna. Almaklumlah aku ni jarang sekali menghantar penyertaan atau join any giveaway yang dianjurkan oleh blogger lain. Ini yang bersemangat nak aktif dalam dunia blog..poyo je kan.Sebenarnya as mother of two (twins) dan berkerjaya, kekangan masa memang mencemburui aku.Apapun bersyukur kerana rezeki dengan izinNya.

Oklah..memula sekali aku nak announce tara!!!!!!!!

Contest BeautifulNara



Tengok wayang dengan Abang Nara cerita The Book of Life.Boleh jumpa Abang Nara yang famous amos tu..Thank you so much.

the book of life



Giveaway 2014 Mialiana.com


Aku nombor 178 anyway thank you ZafirahZarrae as sponsored giveaway. Terima kasih buat mialiana juga kerana menganjurkan aktiviti ni.

Friday 10 October 2014

Throwback: Selamat Hari Raya 2014!!




Raya Aidiladha dah berlalu baru nak upload gambar Raya Aidilfitri..hehehe. Sebenarnya lama dah aku save gambar ni, tapi tak berkesempatan nak menulis.Al-maklumlah aku kan ibu kembar yang busy.Bila nak buka laptop, twins dah sibuk tengok Frozenlah..ABC lah..Haiyaa...



Mama dan twins

Beraya bersama Mak Ngah without papa, lupa kenapa papa takde..Hmm kerja rasanya hehehe

Wefie anak beranak..

Paling seronok beraya bersama di KL..hahaha.Maklumlah jauh diperantauan, kami beraya umah saudara terdekat saja. Best raya ke rumah Mak Long Unggal sebab makan sambal goreng dengan asam pedas. Tekak orang Jawa Johor katakan. Anyway walaupun raya dah lama berlalu..aku nak minta maaf kepada sahabat dan bloggers yang agak-agak kenal diriku ini.Halalkan makan minum dan selamat hari raya aidiladha!!

Putrajaya Night Marathon 2014



Aku tak join pun sebab open registration dah lama rasanya. Aku tido je kat umah ye...hahaha

Ok orang Putrajaya!! Ni laluan alternatif yg korang kena tau..

Siapa lari memalam kat Putrajaya tu jangan lari ke hutan dan semak plak. (Tak pasal antu kopek sorok) Huhu..


Wednesday 8 October 2014

Gerhana Bulan Hari Ini


Orang tua kata kalau gerhana bulan jangan bersama dengan suami nanti anak bertanda dimuka atau badan. Erkk...perlu ke percaya semua tu..isk..isk syirik namanya tu. Tanda yang berlaku tu semua bukan sebab bulan gerhana daa..itu semua sains..sebab sistem darah dalam badan baby tu sendiri.Sila google untuk jawapan.Tapi jangan percaya nanti jadi syirik. Itu semua kuasa Allah. Twins pun ada tompok hitam nasib baik belakang leher, so bila besar pakai tudung tak nampak.
Pada waktu Maghrib,  Rabu 8 Oktober 2014, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh. Ini merupakan gerhana bulan kali ke-2 berlaku untuk tahun 2014.
Kali terakhir ia berlaku ialah pada 15 April 2014, tetapi ia tidak dapat dilihat dari langit Malaysia.
Untuk fenomena gerhana bulan Oktober ini nanti, terdapat 2 senario berbeza untuk masyarakat di Semenanjung, dan di Sabah & Sarawak. Namun secara umumnya kita di Malaysia akan dapat melihat Bulan terbit dalam keadaan sudah bermulanya fasa gerhana.

Semenanjung Malaysia

Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, anda akan terlepas fasa permulaan gerhana, dan hanya dapat melihatnya bermula dari fasa gerhana penuh hingga tamat sahaja.
Kiraan di bawah adalah untuk Kuala Lumpur pada tarikh 8 Oktober 2014.
  • 4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
  • 8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
  • 9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat
Jika anda berada di pantai timur Semenanjung, seperti di Kuantan, anda berpeluang melihat fasa gerhana ini lebih awal sikit, iaitu ketika ia sedang berada di Puncak Fasa Gerhana Penuh, iaitu jam 6:55 pm (sehinggalah tamat).

Sumber : falakonline.net

Kek Gula Hangus/ Kek Sarang Semut Sempena Aidiladha

Projek Dapur sempena Hari Raya Aidiladha kitorang adalah membuat kek gula hangus atau kek sarang semut.Memula buat tak jadi sangat sebab kitorang tak peram seperti mana resepi mention.Perlu perap selama 4 jam.Waduh..lama benar nak tunggu, kitorang tak sabar nak makan, terus bakar jek.Kelakar abang aku dan anak buah makan sampai habis sebab sedap dimakan panas-panas.
Then kakak ipar aku yang sorang ni, memang terlebih rajin, suh aku ke kedai beli telur dan soda bikarbonat, memalam buta kami berdua dengan bibik (muka letih je dia..hahah) duk memukul telur buat kek gula hangus. Dapatlah buat 2 loyang.Loyang sebelum ni memang 4 biji telur, then loyang kedua aku buat 5 biji telur..taraaa...jadi sudah kek sarang semut.

Tangan gebu tu adalah tangan kakak iparku

Resepi Kek Gula Hangus ni aku rasa dah ramai tahu..tapi apapun ikut suka koranglah ye nak buat brapa banyak pun. Resepi ni memang sangat mudah dan simple. Anak aku yang kembar ni pun boleh buat..hahaha, diorang tolong kacau jek..sampai rambut diorang pun dah termasuk dalam bancuhan (halal je)

 KEK GULA HANGUS/ KEK SARANG SEMUT


125gm mentega
4 biji telur Gred A (5 biji untuk Gred B/C)
1 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 cawan gula
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila


Goreng gula hingga hancur dan masukkan 1 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Kemudian masukan mentega dan kacau. Biarkan sejuk.Telur dikacau sebiji demi sebiji dengan kasih sayang dan iman dan masukkan susu pekat manis. Kacau hingga sebati.Masukkan  tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) kemudian gula hangus (ditapis) ke dalam adunan telur.Kacau hingga sebati dan tapiskan.Tuang ke dalam loyang yang dah disapu dengan mentega dan alas dengan baking paper.
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang yg lebih banyak)
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...