Check This Out Babe!

Wednesday 8 October 2014

Kek Gula Hangus/ Kek Sarang Semut Sempena Aidiladha

Projek Dapur sempena Hari Raya Aidiladha kitorang adalah membuat kek gula hangus atau kek sarang semut.Memula buat tak jadi sangat sebab kitorang tak peram seperti mana resepi mention.Perlu perap selama 4 jam.Waduh..lama benar nak tunggu, kitorang tak sabar nak makan, terus bakar jek.Kelakar abang aku dan anak buah makan sampai habis sebab sedap dimakan panas-panas.
Then kakak ipar aku yang sorang ni, memang terlebih rajin, suh aku ke kedai beli telur dan soda bikarbonat, memalam buta kami berdua dengan bibik (muka letih je dia..hahah) duk memukul telur buat kek gula hangus. Dapatlah buat 2 loyang.Loyang sebelum ni memang 4 biji telur, then loyang kedua aku buat 5 biji telur..taraaa...jadi sudah kek sarang semut.

Tangan gebu tu adalah tangan kakak iparku

Resepi Kek Gula Hangus ni aku rasa dah ramai tahu..tapi apapun ikut suka koranglah ye nak buat brapa banyak pun. Resepi ni memang sangat mudah dan simple. Anak aku yang kembar ni pun boleh buat..hahaha, diorang tolong kacau jek..sampai rambut diorang pun dah termasuk dalam bancuhan (halal je)

 KEK GULA HANGUS/ KEK SARANG SEMUT


125gm mentega
4 biji telur Gred A (5 biji untuk Gred B/C)
1 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 cawan gula
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila


Goreng gula hingga hancur dan masukkan 1 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Kemudian masukan mentega dan kacau. Biarkan sejuk.Telur dikacau sebiji demi sebiji dengan kasih sayang dan iman dan masukkan susu pekat manis. Kacau hingga sebati.Masukkan  tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) kemudian gula hangus (ditapis) ke dalam adunan telur.Kacau hingga sebati dan tapiskan.Tuang ke dalam loyang yang dah disapu dengan mentega dan alas dengan baking paper.
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang yg lebih banyak)
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...