Check This Out Babe!

Monday 29 July 2013

Kemaruk Nak Main Buai


Buai laju-laju ...........
Sabar je lar yang aku boleh tengok gelagat si twins ni.Ada saja akal dia nak buat.Akibat kemaruk nak main buai..kerusi rainbow ni juga dia buat buai.Kadang-kadang basikal atau kuda-kuda diorang dibuat gelongsor.Aku memang jarang bawak ke playground sekarang ni.Maklumlah bulan puasa..tak larat weh nak melayan dan mengejar diorang main.Tapi sesekali ada juga bila perangai tantrum diorang keluar..Anak-anak kena bawak main diluar sebab kalau asyik main dalam rumah je mau tak bosan. Siapler bergusti dan tarik rambut.Korang juga yang stress sebab asyik nak marah-marah dan merotan.






p/s:Ada juga rotan si kecik ni,kalau tidak naik lemak perangai dia..'melentur buluh biar dari rebung' bukan..

Budak Comel Berhijab

Assalamualaikum

Munirah memang suka bergaya dengan tudung segala.Ada sekali tu dia taknak pakai baju skirt dan memilih baju pyjamas.Aku cakap ini baju tido tapi dia nak juga baju sopan dan ayu iaitu seluar panjang dan berlengan panjang. Pernah satu ketika bibik pakaikan tudung hanpir seharian dia pakai tanpa membuka tudungnya.Masa dia tido Bibik buka tudungnya sebab badan dia dah berpeluh.Sedar dari tido Munirah sound Bibik..'Kenapa buka tudung adik!'.
Alhamdulillah jika Munirah suka bertudung..Insya Allah anak mama jadi anak solehah..







Comel tak saya!!




Wednesday 24 July 2013

It's a Boy!! Kate Middleton and Royal Baby

Congratulation !!!








Kalau orang Melayu lepas bersalin jalan pun takut-takut, tapi Kate siap pakai high heel lagi.




Thursday 18 July 2013

Ashraf Bernikah:Tabahlah Noor Dayana

Assalamualaikum

Pagi ni nak bergossip pula tentang artis berpoligami secara tidak official. Asraf Muslim didapati telah bernikah dengan isteri barunya Sakinah di Thailand.Selamat pengantin baru semoga anda berdua bahagia dengan jalan dipilih itu.

Aku amat bersimpati dengan Dayana, sabar ye anggap ini adalah dugaan dari Allah.Allah menduga kamu kerana Dia sayangkan kamu, mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu.Namun kita ada hak untuk memilih kehidupan kita dan hak untuk pertahankan.Namun, kita wanita lemah yang seharusnya dijaga,dibimbing dan dibelai perlukan dorongan dan sokongan kuat. Ini adalah dugaan yang amat besar.Ada hikmahnya Dayana tiada zuriat dengan Ashraf, kalau tidak masalah lebih berat, hebat dan payah nak pikul.

Kebanyakkannya kerana wanita juga menyakiti wanita lain.Tapi, kalau tidak bertepuk sebelah tangan tak berbunyi.Senang cerita dua-dua ada salah silap.Sebagai suami seharusnya selesaikan masalah utama iaitu hubungan dengan isteri.Mungkin..kasih sayang semakin pudar dan lemah kerana itu dia perlukan yang lebih baik.Perlu ingat, tiada orang yang sempurna dalam dunia ini.Setiap pasangan itu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.Mengapa perlu tunding jari salah menyalahkan sesama sendiri.Tak perlu jadi Bangau oh Bangau..

Aku simpati dengan Dayana kerana ibarat teraniaya..perasaan dan hati.You must stay strong, mungkin itu bukan yang terbaik untuk dirimu dan fikirlah pasti ada cahaya yang lebih terang dan bahagia diluar sana.Semua itu bergantung pada diri Dayana samada take it or leave it.

Wednesday 17 July 2013

Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman:Tak Sangka Calon BN Kuala Besut Ex Officemate

Assalamualaikum

Salam ramadhan semua, selamat berpuasa dan pastikan puasa anda cukup tahun ini.Bagi yang tak boleh cukupkan puasa tu faham-fahamler itu dah memang kejadian alam..(untuk perempuan je yer).
Semalam masa aku tonton Berita TV3 aku terdengar nama calon YB BN Kuala Besut iaitu Tengku Zaihan..Erk..macam biasa dengar je..So aku start searching di internet.Nampak sangat aku ni tak ikuti isu semasa sekarang.Maklumlah bulan puasa dan malas nak tengok berita. tepat jangkaan aku Tengku Zaihan adalah rakan sepejabat masa aku di JPS Selangor.Tapi dia jaga special projects.He's such a nice guy and tak sombong. Peramah dan rajin orangnya. Memang abang ni baik...huahuaa..masa kat JPS tu kira abangler...Masa tu dia just jurutera gred J41 then naik pangkat gred J44 menjadi Jurutera Daerah di JPS Kota Tinggi.Kemudian itu naik pangkat  gred J48 ditugaskan di JPS Malaysia.




Anyway tahniah Bro dan good luck!Semoga menjadi YB yang benar-benar berbakti kepada rakyat dengan penuh tulus dan ikhlas.


Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman (born 4th August 1976) is a former civil engineer with the Drainage and Irrigation Department. He is currently in the running for the Kuala Besut constituency by-election in Terengganu.[1] The by election was held after the demise of the seat holder Datuk Dr Rahman Mokhtar. The civil engineer will face PAS candidate Endot @ Azlan Yusof a Class A contractor also from Kuala Besut
Source:http://en.wikipedia.org/wiki/Tengku_Zaihan_Che_Ku_Abdul_Rahman

Monday 8 July 2013

Ladies Jom Shopping Di MySale

Morning Guys!!

Ramadhan akan tiba tak lama lagi.Sempat lagi aku shopping baju twins di MySale dengan harga yang berpatutan dan berkualiti.So far memang rambang mata jugalah.This is not the first time I shopping online at MySale. The price quite reasonable and many choices you can make.

There are so many brands you can choose with an affordable price.Oklah let's take a look at the website and if you inviting your frens you will get RM30 voucher when they make first purchase.




 Please click this picture:

Thursday 4 July 2013

Perlukah Rasa DIVA?

Assalamualaikum



Ramadhan semakin hampir dengan kita, siapa yang tak cukup hari ganti puasa tu kena bayar fidyah ler ye?Aku pun akui masih terhegeh-hegeh nak ganti puasa, berat benar iman ini dan hasutan syaitan laknat.Tipis benar iman.Maka dengan kehadiran Ramadhan kali ini, marilah kita bersama-sama memanfaatkan dengan amal ibadah.Amal ibadah bukan saja masa Ramadhan perlu dilakukan,mestilah sepanjang usia , masa dan zaman hingga ke liang lahat. Bila kata mati..pasti rasa seram.Aku pernah bayangkan macamana keadaan kita bila meninggalkan dunia fana.Pastinya rasa takut untuk menghadapinya terutama kesediaan mengadap Ilahi.

Ya Allah..betapa banyaknya dosa yang kulakukan.Akan kucuba untuk perbaiki dan menebus segalanya.Ya Allah ampunkan dosaku, dosa kedua ibu bapaku, ahli keluargaku..Lindungilah kami dari sesuatu yang menyukarkan.Tunjukkan kami jalan yang diredhai dan cahaya agar hidup kami tenang dan bahagia.Ya Allah benarkanlah diri kami menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya, kehidupan yang lebih tenang dan mendamaikan,persengketaan,kerunsingan dan kekeliruan peribadi. Tanamkan sifat kesederhanaan di dalam diri kami dan tubuh badan yang sihat untuk melaksanakan ibadah sepanjang hayat kami.

Aku terfikir, kita sebagai manusia dan hidup bermasyarakat sampai bila kita mahu rasa diri kita di atas.Mahukan penghormatan yang tinggi dan mendabik dada.Kadangkala kita rasa kita adalah yang terbaik dan terbagus dikalangan orang lain, walhal ada yang lebih bagus dari kita. Kita perlu sedari bahawa ada yang  lebih susah dan payah untuk mengharungi hidup.

Baru-baru ini seorang sahabat yang memang dikenali sering menonjolkan diri tersangatlah bagus dan gah. Apa yang orang buat dan kata semua tidak betul.Attitute begini membuatkan rakan-rakan terasa agak keterlaluan. Sikap sebegini menyebabkan ramai rakan-rakan menjauhkan diri.Bukan kerana tidak suka tetapi 'malas nak cari pasal'. Moralnya..bersederhanalah sayang kerana jika berterusan sikap perasan DIVA, kamu pasti keseorangan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...