Check This Out Babe!

Wednesday 29 February 2012

Best Sangat Ke Erykah Badu

Assalamualaikum

Lately banyak isu pasal Ustaz Badrolamin kena tangkap khalwat. Kena faham khalwat tu adalah kategori 'pengenalan' kepada zina.Orang yang belajar Undang-undang Syariah pasti faham. By right and by law, 'BASIC INTENT' ke arah itu pasti ada.Terfikir lebih tinggi ilmu yang kita ada lebih kuat dugaan gangguan Pakcik SYAITAN.No Komen!!

Another news is all about Erykah Badu..isunya dia ada painting Allah pada badannya.Pada pandangan ikhlas aku, memanglah tak wajar nak cancelkan last minutes konsert dia dan painting tu dah takde lagi pada body dia.Namun, aku menyokong juga pembatalan konsertnya sebab dah ramai sangat manusia suka mempermainkan Islam. Kadang-kadang kita kena buat 'Lesson Learnt'.

Tepuk dada tanya IMAN

Tuesday 28 February 2012

Yuna Sebagai Calon Bagi Nickelodean Kids' Choice Awards!!Cepat Vote Untuk Yuna


Tahniah buat Yuna kerana dipilih untuk pencalonan dalam Nickelodean Kids' Choice Awards.Dulu Britney Spears pernah menang.Tapi kali ni kategori Local Asia..Supplort Yuna cepat!!




p/s:Diri sendiri pernah jadi calon isteri je

Monday 27 February 2012

Tips Wana Pakaian Ikut Hari:Selasa

Assalamualaikum

Berikut adalah tips warna pakaian untuk hari Selasa

Untuk hari selasa pulak kita sesuai pakai tona warna pink or purple.. Warna pink ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus (NW3). Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.
Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. So jom kita ber 'i love u' 'i miss u' arini ya.. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.
Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Kalau boleh, Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Nampaknya Anggota bomba kena tukar baju ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri la kan? hehehe
Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus (NW3).... Ok, esok kita pakai baju pink k.. ;)

Nantikan entri untuk Hari Rabu pula.

Tips Warna Pakaian Ikut Hari:Isnin

Assalamualaikum

Ini adalah tips kita memakai pakaian berwarna.Tips ni dari pakar ye..

Hari Isnin : elokla kita pakai warna putih... Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal (NW1) dan Kelenjar Pitutary (NW2). Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening.
Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.
Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.
Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.
Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal (NW1) dan Kelenjar Pitutary (NW2). Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah. Itula maklumat untuk hari isnin.... ;)

p/s:TQ my dear Fren Anie for sharing

Saturday 25 February 2012

Bicara Minda Bersama Tun Dr Mahathir

Assalamualaikum

Sempat lagi aku berkejar ke sana untuk mendengar 'advice' dari Tun Dr Mahathir.He's very smart and intelligent person.I'm really adored him. Right after sent my mak to Hospital Serdang, my husband sent me to PWTC.Pengerusi our Persatuan Belia Sahabat Putrajaya dah sampai dulu..tapi kira lewat juga.Maklumlah orang penting kan datang ikut masa VVIP jugak.Sebenarnya ERL lambat..

Let me share with you the picture







Memandangkan tempat memang tak cukup, maka orang Kuat ni kena berdiri.Sakit kaki aku sebab pakai kasut tumit (kalau tahu pakai selipar..:)).Inilah bahana orang datang lewat.
What I've learn from Tun Dr Mahathir, 'Sebagai pemimpin kita perlu lebih pandai dan memikir dari pengikut'.Apapun sebagai bakal pemimpin negara, jangan terlalu pentingkan diri untuk kesenangan diri dari pengikut kita.

Baru aku tahu kenapa Tun Mahathir suruh Pandang Ke Timur.Tujuannya untuk mengimbangi hidup dari segi pemikiran dan pentadbiran.Contohnya negara Barat membuat sistem mogok pada masa bekerja, negara Timur pula bukan waktu bekerja iaitu selepas bekerja.Kan tidak merugikan negara.

Sebagai anak muda remaja (aku ni dah tua) kita perlu sedar untuk menjadi pemimpin kita perlu bijak.Walau macam manapun dunia kita pantas dengan teknologi dan dunia tanpa sempadan.Ilmu dan maklumat yang kita perolehi itu perlu kita pastikan mana yang betul dan salah.Di samping itu, cara kita sebarkan ilmu biar lebih banyak manfaat dari memburukkan keadaan.Sebab itu kita perlu banyak membaca dan belajar.Bukan semberono..

Fikirkan..

p/s:Aku dapat tahu ramai blogger terkenal datang semalam..

Thursday 23 February 2012

Lisa Surihani Mandi Bunga Sebelum Nikah


Sejuknya rasa..ehehe.Lisa Surihani mandi bunga sebelum bernikah dengan Yusri..Hari ini dia akan diijabkabulkan.Selamat Pengantin Baru...

Syurga Pastinya Untukmu Faris Al-Fatihah

Syurga Untuk Adik Faris...Al-Fatihah

Faris Akan Dikebumikan Makluman Dari Bapanya

Assalamualaikum



Sesiapa yang sempat dan sudi hadir ke upacara pengebumian Adik Faris

Al-Fatihah Buat Adik Faris

Assalamualaikum

Susulan dari entri Mazidul dan entri aku tentang Adik Faris yang sedang kritikal di hospital dan memerlukan bantuan kewangan bagi bayaran bil yang hampir RM100k.

Kini Adik Faris Nur Daniel telah kembali ke rahmatullah..Al-Fatihah


Boleh rujuk entri http://mawarbiruairlaut-bicarakudanmu.blogspot.com/2012/02/mohon-bantuan-untuk-faris-selepas.html?showComment=1329964114160#c7735586436707745324

p/s:Yang pastinya syurga untuk arwah..

Wednesday 22 February 2012

MOHON BANTUAN UNTUK FARIS SELEPAS KIMOTERAPI KE 4 (BIL HOSPITAL HAMPIR MENCECAH RM100,000)

 Assalamualaikum

Kasihan si kecil ini menanggung derita. Mohon hulurkan bantuan untuk pembiayaan perubatan adik ini.


'Untuk makluman, Faris kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen untuk bernafas dan keadaannya masih diklasifikasikan sebagai 'kritikal'.

Justeru, usaha untuk memindahkan Faris ke hospital kerajaan bertujuan mengurangkan kos rawatan tidak dapat dilaksanakan.

Kombinasi insuran Sham dan isteri, Zuraine Mohamad, dilaporkan RM40,000 sahaja sedangkan bil terkini hampir mencecah RM100,000.

Sham dan Zuraine, kakitangan Standard Chatered dan Celcom.

Jika ingin menyumbang untuk meringankan tanggunggan ibu dan ayah Faris, salurkan ke Maybank 1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738'
p/s:Mohon sebarkan maklumat ini, tq

Tuesday 21 February 2012

Leceh Betul Prosedur Hospital,Kadang Menyusahkan

Assalamualaikum


Baru je dapat call dari Hospital Putrajaya, aku dapat date untuk appointment Ct-Scan mak aku kat Hospital Serdang.Almaklumlah machine dah tua, umur 11 tahun kan.

Aku dimaklumkan Jumaat ni kena bawa mak aku Ct-Scan, masalahnya Doktor X-Ray tu cakap, kena tunggu call dari Doktor Surgical untuk berjumpa dengan mak aku untuk sign borang lain, barulah boleh Ct-Scan ke Hospital Serdang.Doktor tu bilang, maklumlah masuk rumah orangkan..jadi kenalah isi borang lain.

Almaklumlah jugak aku ni bekerja,begitu juga suami aku..kena arrange masa,bukan aku kisah dan berkira.Masalahnya this is hospital in Malaysia..kadang-kadang prosedur tu menyusahkan public or patient.Aku tahu..government procedures, tapi perlulah lebih patient friendly..borang-borang tu setakat standard borang dan dasar yang boleh flexiblekan.Aku pun kerja gomen jugak dah faham sangat.Setakat nak jumpa doktor sekali lagi pi sign borang then baru set tarikh lain untuk buat ct-scan kat hospital lain (makan masa,wang,tenaga pesakit). Aku fikir lain hospital lain borang ke?Tak boleh ke u all fax borang yang disign before ni ke hospital sana, korang punya masalahkan. Patient jadi mangsa keadaan dan melalui prosedur yang menyusahkan.

Memang hakikatnya nak FREE kenalah harung kesusahan semua, tapi pleaselah pentadbiran hospital dan pembuat dasar di Kementerian Kesihatan, perbaiki mutu perkhidmatan.Patient yang sakit lagilah sakit sebab stress dengan service diberikan (aku yang tak sakit pun jadi sakit).

Sebenarnya aku fikirkan kepayahan mak aku nak bergerak, maklumlah orang tua.Ingat patient ni macam bola ke tendang sana sini.

p/s:Lainkali pihak hospital perlu prihatin dan memastikan jangka hayat setiap equipment di hospital dan well maintained.Terima kasih kerajaan Malaysia.

Nak Hidupkan Anak Terpaksa Mencuri

Assalamualaikum

Aku rasa hiba bila membaca entri dari Lulu

'Saya terpaksa mencuri kerana tiada duit untuk menanggung dua anak yang masih bersekolah dan semua barang yang dicuri adalah untuk anak-anak saya.''

Demikian rayuan seorang suri rumah dalam linangan air mata ketika mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri pelbagai jenis barang keperluan harian di sebuah pasar raya, bulan lalu.

Dengan pengakuan bersalah itu, Majistret Mohd. Nazri Omran menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM350 terhadap Wong Yin Tinn, 36.

Tertuduh didakwa mencuri barang-barang seperti syampu, ubat gigi dan bahan-bahan mentah masakan di Pasar raya Jusco, Sunway Pyramid, Bandar Sunway di sini pada pukul 10.45 pagi, 3 Januari lalu dengan jumlah kerugian bernilai RM316.76.

Dakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aifaa Che Abdullah mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Mahkamah turut memerintahkan wanita itu dipenjara 14 hari lagi jika gagal membayar denda.

Mengapa keadaan ini terjadi?Aku sebenarnya bukan nak salahkan kerajaan atau politician walaupun hakikatnya memang ada (saja nak cover).Kehidupan rakyat sekarang makin 'menyesakkan' kerana semua perlu duit.Hidup di kota metropolitan ni kalau gaji isirumah tidak RM6000.00 (minima) memang tidak cukup.Nak bayar rumah (harga rumah dah mahal), kereta,bil api, air,telefon,Astro,Unifi..semua segalanya.Sebenarnya bergantung kepada diri sendiri nak pilih mana yang murah dan berkemampuan.Tapi sedar tak sedar yang aku perasan, gaji tak naik lagi harga barang dah naik.

Belanja barang dapur seminggu RM100 memang tak sah..rasanya if dalam rumah ada 6 orang mau-mau RM150.Ikan mahal,ayam mahal..sampai taktau nak makan dan beli apa.Ikan bilis pun mahal, apatah lagi telur yang Gred C pun dah RM3.20.

Bila ada anak-anak kecil, kena beli susu anak..(nasib baik twins minum susu Dutch Lady, walaupun murah tapi tetap sihat dan bijak).Lampin pakai buang pun aku perasan makin lama makin naik harga, kalau pakai murah..merah sana sini.Nak beli cloth diapers pun mahal..sekeping..kena beli borong baru murah.

Itulah hakikatnya sekarang,semakin membesar anak semakin banyak belanja.Hantar pergi tuition pun duit juga..memang sekarang ni semua duit.

Oklaa aku bukan nak mengeluh, tapi itulah hakikat kehidupan sekarang semuanya perlu duit dan tak mustahil dalam bandar ni ramai orang fakir miskin.Aku harap kerajaan fikirkan untuk rakyat, walaupun bagi banyak bantuan macamana pun itu sementara jek..nak lalui kehidupan ni panjang lagi masanya.

p/s:Ramai orang gali lubang tutup lubang,pinjam hutang bayar hutang dan sepanjang hidup tak berhutang memang tak sah.

Monday 20 February 2012

Beto Kusyairi Menyerlah Kini:Pelangi Kasih dan Jujur Aku Dayus


Assalamualaikum

Aku mengenali pelakon ni melalui drama bersiri Geng Surau..memang lawak dan tidak kering gusi cerita ni. Lebih-lebih lagi Imam dia yang memang sporting. Sorryler, aku bukan kenal sangat pelakon-pelakon sekarang yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Since aku tengok drama bersiri Pelangi Kasih, aku baru kenal Beto Kusyairi.Minat lakonannya kerana pandai membawa watak..kadang-kadang naik benci dan meluat watak yang dibawanya.Itu petanda Beto menghayati watak yang diberi.

Kini cerekarana Jujus Aku Dayus...sakit kepala aku duk ikut cerita ini sebab banyak teka teki dan lakonan Beto yang memang 'berkesan' menjadi seorang suami yang menyimpan dan memendam.Mimik muka dan perlakuan dalam cerita tu buat aku sakit hati pun ada, sebab semua orang dok korek..'Apa masalah ko ni?'.Akhirnya dapat jawapan..kekantoian isterinya..tertido dengan ex-bf.Tapi yang best watak Beto ni jadi mamat selamba ngorat orang dan meminang anak Datuk..gentleman sekali..

Tahniah buat Beto Kusyairi..nasib baik dah kahwin, maybe dia akan glamour macam Aaron Aziz dan Rosyam Noor

p/s: Beto ex-student UiTM...

Project Fast Track Jadi Projek Landas Laju

Assalamualaikum

Inilah masalahnya kalau orang tak faham dalam bidang pembinaan atau dikatakan bukan dalam bidang teknikal.Aku dengar di radio, kerajaan mahu membuat pembinaan sekolah secara 'fast track' (projek fast  track) di Sabah dan Sarawak dengan kaedah IBS (adik-adik cari sendiri terms ini ye..).

Aku nak gelak besar gak,agak-agakler kalau nak translate pun..aku ingat Landas Laju tu projek LRT ke MRT ke..senang sikit aku nak pi kerja. Rupanya Projek Landas Laju tu translation dari Project Fast Track.

Cakapler Projek SEGERA!(Bukan meggie segera ye)



p/s:Aku dengar ada orang translate baju melayu 'cekak musang' jadi 'fox band'.Cintailah bahasa..:)

Friday 17 February 2012

The Cranberries Buat Konsert Di Malaysia!

Assalamualaikum


Aku memang peminat tegar The Cranberries tika remaja dulu.Hampir semua lagu aku layanz dan hafal. Selain dari Roxette, Cranberries ni paling top lagu 'Zombie' dan 'Ode to My Family'. Sorry to say, bila aku dengar nyanyian Yuna dan intonasinya memang ala-ala Cranberries. Teringin juga nak pi konsert tu, tapi aku dah terasa tua..eheh..


p/s:Teringat zaman dulu nyanyi dengan geng jamming...In ur head!!In ur head!!Zombie..eh eh eh..ek eh..:)


'Kehadiran The Cranberries sememangnya dinantikan peminat setianya kerana kemunculan mereka serentak dengan kehadiran album studio keenam dan terbaru berjudul Roses.

Fasa baru karier The Cranberries kembali memuncak selepas melihat sambutan menggalakkan yang diterima terhadap konsert reunion yang diadakan pada tahun 2010.

Bagi siri jelajah dunianya, The Cranberries akan menjelajah Australia terlebih dulu sebelum mengunjungi Asia Tenggara bermula di Singapura pada 2 April diikuti Kuala Lumpur sebelum ke Taipei pada 6 April dan Hong Kong (8 April).

Diuruskan bersama oleh The WonderLand dan Sevent Media, The Cranberries Live In Malaysia 2012 sememangnya sebuah konsert kemunculan semula salah satu daripada kumpulan terbesar dunia yang tidak harus dilepaskan peminat.

Menurut wakil penganjur dan promosi konsert itu, Goh Yoke Leng, untuk para peminat setia kumpulan yang dianggotai empat ahli ini, tiket untuk menyaksikan konsert itu dibahagikan mengikut beberapa kategori.

"Antaranya RM110 dan RM170 untuk tempat duduk bebas, tempat tiket bernombor pula dijual dengan harga RM230 dan RM280 (VIP), manakala harga RM220 dan RM300 pula masing-masing adalah untuk kategori Rock Zone dan juga The Pit.

"Sempena dengan kehadiran hari memperingati kekasih pada 14 Februari lalu, satu promosi khas untuk pembeli awal akan diadakan mulai 13 Februari hingga 19 Februari ini.

"Potongan sebanyak 15 peratus akan diberikan kepada pelanggan yang membeli secara eksklusif melalui internet di www.ticketcharge.com.my dan juga melalui tempahan telefon dengan menghubungi talian 03-92228811," katanya'

Read more:Lulu pages http://lulu-pages.blogspot.com/2012/02/cranberries-akan-ke-malaysia.html#ixzz1mbTaoJir

Belajar Jaga Bayi Elak Tersedak Susu

Assalamualaikum

Ajal dan maut adalah kuasa Allah.Namun sebagai manusia kita jangan cuai dan perlu terus belajar menanganinya.Terlalu banyak isu bayi meninggal tersedak susu di pusat penjagaan bayi.

Apa yang aku lihat, kejadian sebegini berlaku disebabkan terlalu ramai bayi dijaga oleh seorang pengasuh dan memang pastinya pengasuh tak boleh nak fokus pada seorang bayi.Sebagai ibu bapa perlu terima risiko yang akan terjadi.Tetapi dengan ilmu dan skill yang ada, pastinya risiko itu boleh dikurangkan.Pengasuh perlu bersikap fokus dan prihatin tentang tugas yang diberikan serta ibu bapa perlu ada ilmu tentang penjagaan bayi (sebab bukan punca pengasuh sahaja kadang-kadang mak bapak pun tak reti nak jaga anak main hentam keromo)

Melalui pengalaman menjaga twins..

1)Semasa menyusu jangan baring or badan flat, pastikan semasa baby minum baringkan atas bantal (ni untuk baby yang dah besar sikit)

2)Masa baby newborn menyusu jangan baring tapi kita kena gendong dan tinggikan kepala dari badan, selepas itu sendawakan dia.Jangan tidokan baby selagi baby tak sendawa..pandai2 ler nak buat camne,tepuk-tepuk sikit belakang baby or kita jalan-jalan sikit.Bila dah sendawa baru tido dan kalau baring jangan telentang (tido ngereng)

3)Lepas menyusu jangan terus masuk buai (macam no.2;tepuk-tepuk or gosok belakang dia).If baby dah tertido letak je kat atas tilam, tido ngereng.

4)Lepas menyusu tu ajak diorang main-main sekejap dalam 30 minit, lompat-lompat sikit then baru tido dalam buai.

5)Tido meniarap atau mengereng paling sesuai, untuk elak muntah susu masuk balik ke rongga peparu.

6)Dengan tido meniarap bukaan peparu lebih luas, maka kebarangkalian untuk muntah susu dapat dielakkan dan sesak nafas.Even if baby batuk selsema, tido meniarap ok.Cuma as parents kena aware jaga muka baby jangan tersembam.Tilam jangan terlalu puffy/tebal nanti baby tak boleh gerak kepala kiri or kanan.

7)Selimut tu guna time malam if korang guna aircond, tapi better elakkan guna aircond.Nak guna buka 26 degree and kipas siling no.2 (bergantung kepanasan bilik tido).Baby tak elok guna aircond kerana mudah selsema, kipas dibuka supaya ada air cirulation di bilik berkenaan.Ini juga elok dipraktiskan bagi elak baby selsema,asma or bronchitis.By the way, once baby kena selsema perlu segera bawa ke klinik ambil ubat, jangan tunggu lama-lama, if tak elok juga makan antibiotik.

8)Ini tips tambahan, jika baby korang demam menggigil, mandikan dengan air biasa bukan sejuk dalam peti ais then jangan biarkan bogel lama-lama sebab tak elok untuk peparu.Tujuan untuk keluarkan panas dalam,kalau tak buat boleh retarded.Walaupun kita rasa badan baby tu sejuk dan kita rasa perlu pakai baju tebal, itu tanggapan yang amat SALAH.Pastikan ada ubat sub 'VOREN'(selalu sumbat dalam bontot bila dapat detect temperature 38-40 degree for small baby
p/s:Pastikan ada termometer dalam rumah

Anak adalah anugerah dari Allah, kita perlu menjaga mereka dengan penuh kasih sayang

Thursday 16 February 2012

Hospital Putrajaya Belum Cukup Bagus

Assalamualaikum

Pagi tadi aku telah bawa mak aku ke Hospital Putrajaya untuk X-Ray, Ct-Scan dan ambil sample darah.Pagi dalam jam 8 aku telah sampai ke sana.Maklumlah aku dah terbiasa di hospital swasta yang mana mereka mementingkan keselesaan dan servis yang sempurna kerana bayaran mereka 'berbaloi', aku terasa kebengangan dengan servis gomen.
Pada pandangan aku, setiap organisasi mesti ada kelemahan dan kekuatan, tapi pada hemah aku tak boleh terima dengan kenyataan seorang jururawat di situ.

Jururawat:'Ct-Scan tak boleh buat hari ini ye dik sebab machine rosak, kalau nak buat kena tunggu kami call untuk appointment hari lain, tapi dekat Hospital Serdang'

Aku: (WTF dalam hati)Kenapa tak inform awal Ct-Scan tak boleh buat.So blood test ni takkan tak boleh buat juga?

Jururawat:Oo..blood test kena pi register kat depan ambil no baru datang kaunter sini.

Aku:(Nasib baik aku ambik no time nak pinjam wheelchair)Masalahnya kak nurse (aku saja tambah) bukan buat Ct-Scan jek, X-ray pun kena buat.(Nasib baik aku pernah jaga projek hospital, takdelah jahil pasal benda ni)

Jururawat:Ok, pi register dulu baru datang kaunter untuk buat X-ray dan Blood test.
Mak oii..no aku tadi 3172 masa ambil tu 30@# (tak ingat tapi memang ramai giler). Jadi aku terpaksa tunggu, geram gak sebab appointment jam 8 pagi (aku fikir boleh skip).Niler masalah proses kerja yang tak clear dan menyusahkan pelanggan. Sorry aku akui this is government process and working system but they should improve because this is Hospital Putrajaya yang boleh dikatakan gah dan equipment up to date kononnya..Indah khabar dari rupa.Aku geram sebab ingat kita suka suki ambil cuti ker,aku pun banyak kerja kat opis..nasib baik kerana mak aku korbankan masa.

Aku dapat tahu Ct-Scan machine tu usianya dah 11 tahun, aiiyoo..sepatutnya KKM perlu ada backup planning or pentadbiran hospital perlu tahu, all the equipment and facilities is the hospital's backbone.Sepatutnya bila dah tahu usia machine tu agak tuek..perlulah fikir kebarangkalian rosak.
Malas nak cakap banyak, tapi pihak pentadbiran hospital perlu aware tentang hal ini.Sebab itu pengurusan aset dan fasiliti penting dalam organisasi.

p/s:lesson learnt:Hospital perlu ada backup planning jika Ct-Scan rosak, call the patient earlier then set appointment to go other hospital or provide new machine not 2nd hand.Bila machine dah 11 tahun usianya,tak mustahil rosak.Ini menunjukkan kelemahan pengurusan fasiliti.

Wednesday 15 February 2012

Doakan Emak Saya Sihat

Assalamualaikum

Esok pagi aku perlu bawak mak aku ke Hospital Putrajaya untuk buat medical check up+CT Scan+darah etc.
Harapan aku penyakit yang dialami oleh mak tidak kronik.Mak aku didapati mendapat penyakit yang berkaitan dengan pembengkakan tiroid serta pembentukan kalsium di tekak.
Harapan agar aku lebih kuat dan tabah (mak aku relax je muka dia). Aku doakan agar penyakit mak terkawal dan cepat pulih.

p/s:Since mak aku amalkan makan minyak kelapa dara, kelihatan pembengkakan dilehernya semakin mengecut.

SBPA Sampai Bila Nak Selesai?

Assalamualaikum

Letih aku mendengar cerita-cerita SBPA ni..Maklumlah ada yang takat dapat RM8 je kenaikan, itu kira melampau.Pada hemah aku, penjawat awam bagi golongan bawah seperti aku ni, pihak Pak Menteri perlu ambil berat kerana gaji kami ni seciput je, tapi kerja untuk rakyat dan negara tak kira masa dan tempat. Kehidupan sekarang memaksa kami ambil 'rasuah' ..oopss..bukan aku ambil rasuah.Penjawat awam tak kira level mana pun tetap ambil rasuah.
Diharapkan Pak Menteri simpati dengan golongan perlaksana dengan meng'revised' gaji sepadan dengan kehidupan kini.Aku tahu, golongan JUSA/Top Manegement mendapat kenaikan beribu riban hingga berpuluh ribu.Namun adakah niat itu kerja kerana Allah atau untuk perutmu sendiri.

p/s:Aku dengar siapa yang dah sign dulu borang tu, gajinya tak akan dikaji semula..Mana boleh!!Unfair!!PTD sila buat kerja dengan adil dan saksama.

Tuesday 14 February 2012

Edisi 18SX:Promosi sabun dengan berbogel

Nak tengok jeling-jeling saja ye



Aiyooo...nak promote sabun kena bogel..eeeiiii...Maklumat lanjut:http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2012/02/18sx-gadis-berbogel-live-untuk-promosi.html

p/s:Badan wanita Melayu lagi comel...:)

Singapore's $5.94 billion casino; Marina Bay Sands is the 1st Casino in Singapore

Marina Bay Sands; The 1st Casino in Singapore 







p/s: Design building memang menarik, tapi kita dilarang pergi berJUDI ya..

Edisi Tips:Tampil Menggoda Di Mata Suami

Assalamualaikum


Tips yang amat berguna buat kaum wanita.Hopefully korang dapat praktikkan di rumah.:)

Bukan sedikit para isteri yang bimbang suami memandang wanita lain yang lebih cantik jelita, oleh kerana itulah, mereka sanggup berbuat apa saja untuk menarik perhatian suami kepada diri mereka. Ada yang menghabiskan wang beribu ringgit untuk rawatan kecantikan dan juga pelangsingan badan.

Tak kurang juga yang sanggup mengamalkan ilmu-ilmu tertentu termasuklah yang bertentangan dengan agama untuk memastikan dirinya kelihatan cantik dan menggoda di mata suami. Hakikat sebenarnya bagi memastikan diri tampil menarik dan berahi di pandangan suami, isteri hanya perlu bermodalkan apa yang ada pada tubuh badan mereka saja.

Berikut disenaraikan beberapa cara yang boleh anda lakukan...

❀ Rambut terurus

Bermulalah daripada bahagian paling atas tubuh. Rapikan rambut walaupun anda duduk di rumah. Jangan biarkan rambut yang panjang kusut dan menggerbang seperti 'Kak Limah', sebaliknya dandanlah rambut agar menawan.

Selain itu rawat rambut agar sihat, berkilat dan halus. Biarkan rambut yang panjang melurut ke bahu. Melihat rambut yang cantik halus dan berbau harum ada kalanya mampu mengundang nafsu suami.

❀ Bibir merah menggoda

Bibir mungil sememangnya tarikan mata lelaki. Namun jika anda tidak memiliki bentuk bibir sebegini, ada cara untuk menjadikan bahagian ini sebagai tarikan suami. Oles gincu merah ketika anda mendampinginya, lebih berkesan jika anda mengenakan gincu di hadapannya kerana ia dilihat seksi oleh lelaki.

❀ Pamerkan kulit

Pamerkan kulit tubuh anda yang bersih dan putih pada suami. Jika anda tidak memilikinya maka belajarlah mengenakan losen. Dalam pada itu ambil kesempatan menyapu losen ini di hadapan suami. Gerakan anda membelai tangan, badan dan kaki sebenarnya cukup erotis buat suami malah lebih erotis dari menonton adegan cumbu-cumbuan dalam filem.

❀ Bayangan menggiurkan

Bangunkan suami di pagi hari dengan pandangan yang menggiurkan. Pakailah baju tidur yang jarang dari kain yang lembut halus seperti sutera. Biarkan rambut anda mengurai tapi bukannya menggerbang. Melihat tubuh anda sebegini akan membangkitkan nafsu suami.

❀ Tukar gaya

Jika selalu anda berbaju T dan berkain batik ketika di rumah, apa kata tukar gaya tersebut. Ketika di rumah bersama suami tak salah kalau anda mengenakan sesuatu yang lebih cantik dan seksi untuk tontonannya. Sekali sekala, kenakan skirt pendek atau baju tanpa lengan yang seksi untuk tatapan suami. Perubahan gaya selalunya akan menyemarakkan keinginan suami apatah lagi jika ia dikenakan di malam hari.

❀ Pelihara organ intim

Dalam banyak-banyak bahagian tubuh wanita yang dianggap seksi oleh lelaki, organ kewanitaan adalah bahagian yang paling seksi. Oleh itu para isteri disarankan menjaganya dengan baik. Pastikan vagina bersih, tidak berbau dan terhindar dari sebarang penyakit kelamin. Jangan biar suami mengadu apa-apa perkara tentang organ intim ini.


Bestnya kalau dapat body sexy macam ni :P

Sumber: Majalah Wanita

Aku Jadi Lempeng!

Assalamualaikum

Pagi-pagi lagi aku dah bangun bersiap ke office.Tapi hari ini aku kena naik komuter sebab hubby aku suruh (elleh..sebenarnya dia nak tido balik).Selama ni kami ke tempat kerja dari USJ ke KL then ke Putra Heights.Just imagine berapa banyak expenses kami untuk tol dan minyak.Hidup sekarang ni keluar rumah je duit bergerak.Setiap jalan mesti kena bayar tol (kalau taknak tol baik ko duduk kampung :P).Makanya, suami isteri perlu bekerja untuk mencari sesuap nasi dan menampung keperluan hidup.Kadang-kadang teringin nak duduk rumah, tapi pastinya aku busan sebab dah terbiasa bergerak aktif.

Ok berbalik part komuter, aku selalunya naik mix coach lelaki+pompuan (gatalnya boleh himpit2 dengan jantan). Sebenarnya aku prefer naik coach campur ni sebab kadang-kadang senang dapat tempat duduk, lelaki tak himpit kita sangat melainkan mamat Bangla or Niger  dan sewaktu dengannya.Aku selalu naik time balik jek sebab rasanya lagi cepat sampai rumah. Pagi ni gatal (gatal ke) nak naik 'coach ladies only'. Aku dah agak dah, mesti aku kena himpit dan aku kena ada stamina untuk taichi. Sampai saja komuter, terus aku naik dah pegang tiang..Subhanallah...dah crowded dan apabila sampai di stesyen berikutnya.Umang aiii!!seksa giler!!Semua orang masuk ke dalam coach dan menhimpit..himpit..sampai aku tak boleh bernafas.


Ini dah kira macam sardin, beratus-ratus ekor sardin masuk dalam tin yang amat kecil.Ada juga perempuan yang menjerit, 'Oiii dah penuhlar,jangan tolak2!'.Aku hanya merengus...sigh.Budak sebelah aku pun dah pegang tiang tu,aku risau tangan dia patah je sebab aku dah tertolak badan dia dan orang belakang aku sedap je landing, himpit badan aku..Aku dah terbayang..keluar dari komuter ni sure jadi lempeng kelapa.Pinggang dan badan aku terasa sakit sangat (siap fikir lepas ni kena call Kak Seri for massage).Nak tahu bila masa coach ni clear..pastinya KL Sentral.Time tu lega bangat dapat tempat duduk walau sekejap...waduh..lega bontot aku dapat duduk.

Wahai wanita-wanita sekalian, aku faham semua orang nak cepat pergi dan balik kerja, tapi bila naik komuter tu janganlah macam orang meroyan.Rancanglah perjalanan anda. Bagi KTM pula,silalah tambah coach wanita lagi, sebab kat dunia ni wanita paling ramai (maklumlah ramai wanita bekerja sekarang ni).Diharapkan pihak KTM dan Kementerian Pengangkutan Malaysia perbaiki mutu pengangkutan awam. Buat Polis Bantuan KTM, kamu suruh penumpang berhimpit-himpit dalam coach tu kamu ingat ada space lagi ke nak berdiri.Jangan paksa dan salahkan penumpang...

Lempeng Abg Mat Gebu ni lagi sedap dimakan selepas kepenatan dihimpit dalam komuter.Klik resepi disini

p/s:Kalau dapat dielakkan taknak naik komuter time pi kerja...nak naik pun kat coach lelaki...(feewiit)

Monday 13 February 2012

Valentine's Day Jadi Hari 'Nikmat'

Assalamualaikum

Sebagai seorang Islam, jangan sesekali kita menyambut Valentine's Day.Ia diharamkan kerana ia amat bercanggah dari ajaran Islam.For further info..please read  the statements below:

Saint Valentine's Day, commonly shortened to Valentine's Day,[1][2][3] is a holiday observed on February 14 honoring one or more early Christian martyrs named Saint Valentine. It was first established by Pope Gelasius I in 496 AD, and was later deleted from the General Roman Calendar of saints in 1969 by Pope Paul VI.
The day first became associated with romantic love in the circle of Geoffrey Chaucer in the High Middle Ages, when the tradition of courtly love flourished. By the 15th century, it had evolved into an occasion in which lovers expressed their love for each other by presenting flowers, offering confectionery, and sending greeting cards (known as "valentines").[1][3]
Modern Valentine's Day symbols include the heart-shaped outline, doves, and the figure of the winged Cupid. Since the 19th century, handwritten valentines have given way to mass-produced greeting cards

Source:Wikipedia 



Zaman dulu memang aku akui yang aku pernah sambut dengan boifrenku..tapi kami tukar2 cards dan lafazkan chinte...(cinta monkey).Itu zaman jahil aku..lagipun seingat aku kat Tv pun duk promote cerita or movie tentang cinta.

Kini, insaf bila sedar..this is not a good things kerana bercanggah dengan ajaran Islam..Astagfirullah..Lagipun apa yang aku takut..Valentine's Day ni akan disambut dan bakal lahirkan 'anak luar nikah'. Semoga dijauhkan perkara yang buruk..orang Jawo kata..amit-amit jambang bayik (sorry taktau spelling)

p/s:Kalau nak bercinta perlu ada batasannya...

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU


Assalamualaikum

Tak kira lambat or cepat aku nak join juga segmen Bro Ben 'Ben Ashaari Ajak Baca Blog Aku'
Insya Allah kalau korang baca blog aku pasti tidak kering ilmu dan idea.
Memanglah blog aku tak sehebat bloggers lain yang dah famous, tapi ada kemanisannya..eheh..tah pape je.
Sebenarnya, disebalik pengalaman yang aku dapat share dengan korang semua ada juga diselitkan pengajaran dan pedoman buat bloggers. 
Siapa yang baca akan mengerti sendiri, walaupun blog aku tak se HOT cerita ceriti artis atau gossip, kerana pada pendapat aku dah berlambak blogs ada gossip panas.
Apapun..up to u untuk menilainya, mana jantan mana betina dan mana emas mana permata.

Kisah Wanita Digantung Tak Bertali;Rita Rudaini

Assalamualaikum

Entri dari blog Abg Nara mengenai Rita Rudaini kini digantung tak bertali membuatkan aku ingin bicara tentang nasib wanita sebenarnya ramai teraniaya oleh lelaki. Mengapa ingin aku katakan ia berpunca dari lelaki?Kerana lelaki sebenarnya memainkan peranan yang besar sebagai ketua keluarga, imam dan pemimpin buat isteri dan anak-anak untuk menjadi soleh/solehah dan membawa ke syurga.Sebenarnya kalau tak bertepuk sebelah tangan tak berbunyi isu rumahtangga terjadi dan kalau kerana bukan angin maka pokok tak bergoyang.Macam lagu POKOK..'Tanya sama pokok..apa sebab goyang'.Takkan jin/hantu/kuntilanak yang goyang pokok tu..eheh.(Boleh jadi gak)

Cian tengok babies Rita...anak menjadi mangsa

Di bawah ialah nukilan Raja BiPop:-
Kasihan mengenangkan nasib aktres popular, Rita Rudaini Mokhtar. Beliau seolah-olah digantung tidak bertali suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak. Sehingga hari ini, masih belum ada kata putus berhubung rumah tangga mereka yang boleh diumpamakan retak menanti belah itu.
Sudah lebih sebulan Aidil meninggalkan Rita dan dua cahaya mata, Airit Rayyan, 3 dan Airit Qara Arjuna, 8 bulan. Lebih menyedihkan, Aidil langsung tidak pulang menjenguk anak-anaknya. Memberi nafkah jauh sekali.
Kalau Aidil ingatkan anak-anak, meskipun berdepan dengan gelora tsunami atau lautan api sekalipun, , beliau sanggup melakukan apa saja untuk melepaskan kerinduan pada anak-anak. Tidak begitu? Tapi, hingga saat dan detik ini, bayangan Aidil langsung tidak nampak, bukan Aidil tidak tahu anak-anak sentiasa berada di rumah.
Satu Malaysia sudah tahu, hubungan Aidil dan Rita sedia keruh atau mungkin tidak dapat diselamatkan lagi tetapi jangan sampai abaikan anak-anak. Kalau sekarang ketika belum bercerai, Aidil sudah pada Rayyan dan Qaqa, apatah lagi kalau ikatan sudah terlerai nanti.
Nasib baik Rayyan dan Qaqa tidak bertanya langsung pasal bapanya. Hmmm, nampak sangat Aidil tidak rapat dengan anak-anaknya. Mungkin kalau sudah berbulan tidak balik rumah, anak-anak pun sudah tidak kenal. Dan Raja nak tanya Aidil, dia tahu ke apa hukumnya jika meninggalkan isteri lebih tiga bulan?
Raja pelik, sebelum ini, Aidil beriya-iya nak buat tuntutan berhubung anak-anak, tapi nasib Rayyan dan Qaqa tidak terbela pun. Sakit pening, susu, makan dan minum pun tidak ambil tahu, macam mana tu? Pening kepala Raja memikirkannya.
Ada beberapa teman Raja sering ternampak Aidil melepak bersama kembarnya, Zaquan Adha dan isterinya Ayu Raudhah di USJ, Subang Jaya sampai awal pagi. Amboi seronoknya… Itu yang Aidil mahukan agaknya, menjadi orang bujang dan tidak memikirkan tanggungjawab, jauh sekali memikirkan anak-anak. Raja dengar Aidil juga tinggal bersama Zaquan dan Ayu di USJ.
Ayu pun bukan main lagi, selalu saja kemas kini statusnya menerusi perkhidmatan mesej Blackberry(BBM), makan malam, keluar sana sini bersama Aidil. Tak payahlah membuatkan orang lain makin membenci, sudah-sudahlah menyakitkan hati Rita. Janganlah memporak-perandakah rumah tangga Rita dan Aidil lagi. Nak makan atau tergolek sekalipun, perlu ke beritahu satu dunia?
Yang kasihan adalah Rita, selepas penat mencari rezeki dan bekerja siang dan malam di lokasi penggambaran, beliau terpaksa pula bersengkang mata menjaga anak-anak sendirian. Bukan tak tahu ragam anak-anak yang masih kecil, memang penat dan tidak cukup rehat.
Tapi, hairan juga Aidil dan keluarganya beriya-iya membuat tuntutan terhadap anak-anak. Kalau hari ini pun tak pernah ambil tahu dan tak tahu nak jaga, bagaimana nak jaga anak-anak pada masa depan? Ibu bapa mentua Rita pun tidak pernah bertanya soal cucu, tak pernah hubungi Rita bertanya pasal Rayaan dan Qaqa tapi sibuk rebut cucu!
Raja bukanlah nak salahkan Aidil, tapi Raja rasa tindakan Aidil tidak betul. Walaupun berdepan dengan konflik dalaman dengan Rita, tapi beliau tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Nafkah anak-anak tidak seharusnya diabaikan. Aidil kena ingat, anak-anak adalah saham untuk akhirat.
Soal siapa yang menjadi dalang keretakan dan kehancuran rumah tangga Rita, Raja tidak mahu mengulas. Dulu, ibu bapa Aidil dipersalah, kini kembar Aidil, Zaquan dan isterinya, Ayu pula dituduh menjadi puncanya. Nampaknya semua sengketa bermula daripada keluarga Aidil. Susah nak cakap jika membiarkan orang lain membaut keputusan dalam hidup. Inilah jadinya.
Nasihat Raja kepada Aidil, kalau sudah benci dan tidak boleh memandang muka Rita lagi, lepaskan saja… Rita boleh hidup bahagia bersama dua cahaya mata yang menjadi pelengkap hidupnya. Aidil pula carilah kebahagiaan baru, kalau itu yang Aidil inginkan.


 Sumber: http://beautifulnara.com/rita-rudaini-digantung-tak-bertali/

Sebenarnya aku tidak berpihak kepada sesiapa kerana tidak mengetahui perkara sebenar dalam keluarga mereka. Pada pandangan aku masing-masing mempunyai peranan dan perlu pergi dapatkan khidmat nasihat pakar kaunseling atau yang arif seperti ustaz/ustazah.

Pada pandangan aku dan dari pengalaman rakan taulan mahupun diri sendiri yang serba tak sempurna adalah seperti berikut:

1.Sikap Ego
Semua orang ada sikap ego dan tidak mahu mengalah.Suka sangat tunding jari orang itu salah dan tak betul.Kadang kala kita kena kurangkan sikap ego.Nak ego kena bertempat, especially lelaki memang egonya tinggi dan tidak mahu mengalah, walaupun isteri rasa dirinya betul sangat.Perkara sebegini memang mencetus kemarahan.Sifat ini perlu dikawal bagi suami isteri.

2.Kepercayaan
Jika sifat trust each other dah tak ada memang payah.Kadang-kadang suami lebih suka mendengar dan percaya kata-kata orang ketiga (kawan-kawan/ahli keluarga) dari isteri.Apa yang isteri buat nampak tak betul saja.Sama juga bagi isteri jugalah.Namun peranan suami kena bijak dan matang, jangan cepat melatah dan perlu pandai handle masalah.Kan suami pemimpin bukan kena dipimpin oleh isteri.Karang kalau isteri yang ajar itu ini dikatanya 'Queen Control'.Makanya,mertua jadi benci dan tak suka kerana anak lelakinya ibarat dicucuk idung macam Mooo...(Lembu).

3.Matang dan waras
Lelaki especially perlu matang handle masalah,perlu bersifat lebih kedewasaan.Tak semestinya umur lanjut tu matang, umur muda tu tak matang.Tapi hakikatnya lelaki ni memang lambat matang..Terimalah hakikatnya..isteri banyak korban perasaan dan nak fikir itu ini,makan pakai anak cukup tak,belanja sekolah,bayar bil..banyak yang perlu isteri fikirkan.Lelaki ni kadang-kadang tau nak enjoy and huha huha dengan kenkawan.Dah kawin buat cara dah kawin, bukan kerana wanita ni 'Machine'.

4.Berilmu
Suami isteri kena ada ilmu, semua ilmu kena ada untuk menjalani hidup berumahtangga.Ilmu bukan takat disekolah tapi sampai mati pun kena ada ilmu.Yang penting perlu belajar dan belajar.Hadiri kelas agama atau beli buku.Kalau ada ilmu pasti kita tidak terkapai-kapai.

5.Nasihat dari pakar
Ingin aku katakan rujuk kepada pakar amat penting..pakar rumahtangga such as kaunselor or alim ulama.Jika ada masalah bukan rujuk kepada ahli keluarga kerana mereka ni boleh manipulasi perasaan dan fikiran serta keputusan.Memangler apa-apa masalah cerita pada kelaur seperti mak bapak or adik-beradik.Kita boleh mendengar apa mereka kata dan kita boleh membuat keputusan secara'rasional' bukan 'emosional'.Keluarga ni kerap melibatkan perasaan.Kalau dapat keluarga yang rasional, rumahtangga will kekal, tapi kalau dapat keluarga pun cam (&%^#$,bukan makin ok..tapi lagi porak peranda.

6.Fikir kebaikan pasangan
Dia buat taik camnepun perlu fikir apa kebaikan yang dia telah buat pada kita..pasti kita berfikiran positif.

7.Lari dari masalah
Lari macam mana pun masalah tetap ada dalam hidup. Ingat kalau kawin baru ke apa, masalah tak timbul ker?Mungkin kalau lari masalah itu hilang tapi sebenarnya masalah itu lagi kejar selagi tak diselesaikan.Selesaikan dengan cara baik, maklumlah kawin lari..bila ada masalah pun lari yer..oopss..

8.Bertanggungjawab kepada keluarga
Seteruk mana pun hubungan suami isteri dan memang payah nak diselamatkan, tapi fikirkan anak-anak.Kebajikan anak-anak tu penting.Ramai couples bahagia mahukan anak dan tak akan sia-siakan anak itu.Tapi pasangan yang anak berderet mudah-mudah nak lupakan tanggungjawab.Tau buat anak je..

9.Mertua
Sebagai mertua yang baik lebih elok biarkan anak-anak selesaikan masalah rumahtangganya sendiri.Kalau nak beri nasihat biarlah yang baik-baik, bukan mengeruhkan keadaan.Cubalah merestui perkahwinan mereka.Nak tak nak itu jodoh mereka, biarlah mereka tanggung ranjau berduri itu.Kalau ada masalah tarik pelan-pelan dan didik dengan baik.Berikan panduan dan ajaran yang positif.Sayangi cucu walau macamanapun dan tidak membahagikan kasih sayang antara cuc-cucu lain.Biar adil dan saksama.Doakanlah kebahagiaan anak-anak.Hati lebih tenang.Jangan sampai nak sihir-sihir or hantar hantu raya untuk musnahkan rumahtangga anak-anak (sebab ada kes ler aku bgtau).

10.Menantu
Sebagai menantu, suka atau tidak mertua cuba tangani dan kawal dengan baik.Adakalanya tak boleh nak kawal terpaksa lepas or lafazkan.Tapi biar cara berhemah dan pendekatan yang baik.Baik dengan keluarga mertua atau sebaliknya.Cuba ambil hati keluarga suami, memang perit nak telan dan hadapi, tapi berkat kesabaran pasti ada cahaya kegembiraan.

11.Ipar duai dan biras
Cuba jangan bzbodi atau jangan jaga tepi kain orang.Kadang-kadang jadi begitu kerana sayangkan ahli keluarga kita sendiri.Kadang-kadang sikap cemburu tengok orang senang pasti ada sehingga mempengaruhi perkara yang tidak baik terdapat ipar duai/biras.Hal rumahtangga mereka, biarlah mereka selesaikan.Jangan jadi batu api.Kalau mahukan rumahtangga orang lain bahagia, jaga rumahtangga sendiri.

Waduh..panjang berjela aku tulis..sebenarnya ada banyak perkara aku nak share..nantikan entri aku, sebab banyak cerita aku ingin kongsi bersama...

Islam meletakkan ibu bapa pada tempat yang tinggi dari segi kedudukannya. Seseorang itu wajib mentaati kedua ibu dan bapanya selagi ketaatan tersebut tidak bertentangan dengan Syariat Allah SWT. Bahkan, Allah SWT meletakkan keterikatan keredaannya bersama keredaan ibu bapa.

Dengan kata lain, seseorang itu tidak akan memperolehi keredaan Allah SWT, tanpa terlebih dahulu meraih keredaan kedua ibu bapanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Keredaan Allah bergantung pada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah bergantung pada kemurkaan kedua-dua ibu bapa”. (riwayat al-Hakim)

KRU masuk Raja Lawak!

Assalamualaikum
Jumaat malam yang lalu aku follow hubby and his staff pi studio Astro menonton Raja Lawak.Tak pernah pun layan Raja Lawak.Almaklumlah dapat tiket free..Minggu ke 5 ni diorang kena buat sketsa muzikal..

Group ni jadi KRU 


 
Mamat ni jadi Yusry

Jozan memang best

With Sheila Rusly

Ahmad Idham memang sporting dan ikhlas bila bergambar bersama peminat

Alamak tak boleh cover ketembaman diri

p/s:Aku taktau nak comment apa sebab ni kali pertama layan Raja Lawak, so far diorang ni memang kreatif and talented

Thursday 9 February 2012

Telinga Aku Berdarah!!

Assalamualaikum

Pagi tadi aku nak bersiap pergi kerja, time aku nak gosok gigi aku tengok jari tangan aku, kenapa ada darah dah kering.Aku tengok tangan..Subhanallah..telinga aku berdarah.Terasa lagi cecair panas dalam telinga aku.Aku terus cuci..cuci dan korek..mak oiii..darah lagi..Aku kejut hubby aku, 'Bibi..telinga i berdarah..nape tah'. Then hubby aku tengok..'U korek telinga ke sampai berdarah?'.Aku bilang..'Malam tadi memang ada korek tapi takde keluar darah pun..'.Then aku pi mandi..hubby aku kata jap lagi pi DEMC.Aku masih bertowel lagi..(18 SX) pi mandi and siapkan diri. Twins bangun dari tido sebab kecoh-kecoh telinga mama dia darah..Aku fikir takde pape kot.Tapi risau telinga aku infection nanti. Mak aku kata agaknya panas dalam kot.Mana mungkin panas dalam..aku takde demam, dulu time kecik memang selalu hidung berdarah.(Sakit lagi telinga ni..aduss..)

Pagi tadi kami ke DEMC, then pi klinik kat bawah tu cam biasa..check point 1 amik tekanan darah, cehck point 2 baru jumpa Doktor.Alamak jumpa doktor ni lagi, baru hari tu jumpa dia sebab bawak twins batuk selsema. Then Doktor tu soa lsiasat aku, bila tengok telinga aku dah macam kolam ikan penuh darah terus dia suruh jumpa pakar ENT. Selalunya bukan mudah jumpa pakar ni,sebab kena buat appointment.DEMC ni dah macam 2nd house aku, maklumler panel hubby kat situ, gunakan sebaik mungkin.Aku tetap suka ke DEMC rather than KPJ Shah Alam..

Sebaik saja jumpa Dr. Loga, dia terus teropong telinga aku, nasib baik gegendang ok..cuma ada luka or scratches. Rupanyanya tu punca telinga aku berdarah non stop.Doktor kata u korek dengan kapas kuat sangat kot sebab tu luka atau pun u guna besi yang jual kat pasal malam tu.Aku sengih je...aku cakap pakai kapasler doktor. Doktor kata hidung or telinga ni kulitnya sangat tipis dan ada banyak saraf.So tak boleh kasar-kasar, bila dah terluka mudah berdarah.

Dia pun cuci telinga aku...sakit gak woo..Letih betul tadah telinga kat orang ni.Telinga aku siap diservice dengan baik..Doktor bilang, telinga u bukan kotor sangat pun (abistu aku dah korek..)

Tung..tang..tung..tang..

Dab..dab..bilnyer sendiri mau ingat


RM503.90==>nasib baik panel hubby bayor!!



 Dr. Loga yang rawat telinga aku tadi 9/2/2012


 Dr. Razak yang rawat tonsil dan hidung aku..selamat tinggal tonsil (Last year aku operate)

p/s:aku tetap suka service DEMC dan doktornya semua baik2.Nak ikutkan semua Doktor Pakar kat situ kami dah pernah buat treatment...:))

Wednesday 8 February 2012

HARI INI SAHAJA!!Hot Coupon Dari Pizza Hut



Assalamualaikum

Cepat print coupon dari Pizza Hut! Hari ini sahaja tau..8 Februari 2012.Lunch time nanti bolehler melantak pizza sampai buncit. Bila perut dah kenyang mengular ler nanti, tido bawah meja ke..surau ke...(macam tak biasa..wuuhuuu..)



p/s:Kalau sudi jemputlah aku makan sekali..:P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...