Check This Out Babe!

Wednesday 28 November 2012

Teringat Drama 'Julia'



Lirik Lagu Sudah Cukup Sudah – Nirwana Band

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
p/s:Seksanya batin menahan rasa..cukuplah 

Monday 26 November 2012

Tentang Kehebatan Wanita



Sharing is caring :)

Prof Dr Muhaya Mohamad:
Jika menantu derhaka pada kita cuba lihat diri kita. begitu juga anak kita, lelaki baik utk wanita baik. jika menantu kita tak baik apakah status anak kita hingga memilih menantu macam itu,. anak kita baik atau tak baik bergantung pada didikan kita. so akhirnya kita bertanggung jawab atas segala yang berlaku pada kita




Saya selalu sahaja salute pada Ibu-Ibu yang anak-anaknya atau dirinya sendiri demam. Sebagai orang Islam kita tak ada hak mempertikaikan usaha mereka. Ia hanya mampu di nilai oleh Allah SWT. Seharusnya KITA yang perlu menjaga tutur kata kita (takut berbalik pula tempiasnya pada kita) Sebutlah

Jika anak lelaki :
Syafakallah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman

Jika anak perempuan :
Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman

Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: "Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi".

(Hadith Riwayat Muslim)

Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.

Demam Penebus Dosa.

Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.

Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat

Amat rugi pada siapa yang belum menjadi seorang ibu dan tidak diuji dan diperi peluang 1 malam disamakan dengan 12 tahun pahala ibadat - cari mana2 pun tak dapat doh! Sudah tentu iman mereka lebih tinggi dari kita (malunye)


Ihsan dari sahabat facebook

Thursday 22 November 2012

Mertua Punca Perceraian Kini

Assalamualaikum

Stok Jamu Susuk Dara still available!Demi kerukunan rumahtangga sebagai isteri mesti berusaha sedaya upaya untuk memenuhi dan memuaskan suami dari mencari lain.Adakah seks perkara utama yang dimahukan oleh suami.

Aku bukanlah seorang yang sempurna dan banyak kekurangan juga.Semua isteri dan wanita ada cacat celanya namun semua isteri dan wanita mahukan yang terbaik dan memberikan sesuatu yang terbaik buat keluarga.

Aku amat terkejut apabila rakanku sudah setahun berpisah dengan suaminya akibat campur tangan keluarga mertua.Bila aku amati ramai kawan-kawanku bercerai kerana ibu mertua.nasib baik takde anak, tapi ada juga rakanku yang lain memiliki anak. Hingga ada mertua sanggup bermain sihir kepada anak dan menantu sehingga bercerai.Ya Allah apa nak jadi dengan dunia ni.Hakikatnya begitulah ramai mertua yang tidak redha, restu atau puashati dengan menantu perempuan hingga bercerai.Puncanya yang aku amati tidak puashati kerana kehidupan anak mereka agak senang dan bahagia.Wahai emrtua, tidakkah kau bahagia bila melihat anak-anakmu bahagia.Walaupun mertua seorang professional sekalipun, namun masih ada juga berfikiran sempit dan cetek kerana tidak dapat mengawal kehidupan anak-anak. Aku dapati rata-rata kes perceraian yang dihadapi oleh generasi sekarang kerana campur tangan mertua terutamanya berkaitan dengan duit dan hormat. Menantu perempuan pastinya apabila berkahwin terima keluarga suami seadanya dan mengganggap mertua adalah ibunya.Kerana ibu itu yang membuat anak berjaya dalam hidup dan bahagia. Tetapi rata-rata masalah yang dihadapi ibu mertua masih tidak terima dan melepaskan anak lelaki menjadi suami yang baik dan bertanggungjawab kepada keluarga serta menjadi imam dalam keluarga.

Banyak drama-drama tentang mertua yang kejam hingga menjadikan hubungan anak menantu panas kerana ketidakpuasan hati.Hati itu adalah bisikan syaitan dan jin.Punca bertegang urat daripada mulut dan keluarnya mulut adalah daripada hati.

Apapun sebagai lelaki dan suami, jadilah seorang lelaki yang bertanggungjawab dan imam kepada keluarga.Bimbinglah isteri ke jalan yang diredhai bukan penghinaan dan kebencian kepada isteri. Aku amat sedih kerana ramai isteri-isteri teraniaya dan tidak terbela kerana sikap suami yang kurang bertanggungjawab.

Ramai yang berkahwin kerana paras rupa dan harta bukan niat untuk mencari keredhaan Allah dan menjadi umat Nabi Muhammad SAW.

Wahai wanita diluar sana, walaupun anda ditindas oleh kaum lelaki atau unsur-unsur lain diluar kawalan.Bangun dan kuatkan semangat, hidup perlu diteruskan.Carilah suami yang betul-betul ikhlas menjaga dirimu dan membimbingmu ke jalan yang diredhai.Carilah keluarga yang betul-betul ikhlas menerimamu.Tapi kini banyak manusia bertopengkan syaitan, kadang-kadang muka yang baik tapi hatinya hitam.

Apapun segala yang kamu hadapi dan terima ada hikmahnya dan Allah sayangkan wanita kerana itu Dia uji dan beri kelebihan buat kita.


KULIM: “Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik,” kata Mohd Fahmi Alias, 19, yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu.
Mohd Fahmi berkata, dia dan isterinya akan berdikari selain menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga untuk melalui kehidupan sebagai suami isteri.

Menurutnya, atas persetujuan kedua-dua ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah lebih baik mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya itu masih muda remaja.
“Saya mengambil keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Nor Fazira serta keluarganya dan keluarga saya sendiri.

“Kedua-dua ibu bapa kami bersetuju untuk mengahwinkan kami, malah Nor Fazira sendiri sanggup mengalas tanggungjawab dan sudah bersedia menjadi seorang isteri.

“Daripada bergelumang maksiat dan melakukan perkara yang dilarang, jalan terbaik ialah kami berkahwin, walaupun pada pandangan masyarakat ia agak janggal pada zaman sekarang ini kerana berkahwin pada usia terlalu muda.
“Malah saya tidak menghalang sekiranya isteri ingin melanjutkan pelajaran, semua bergantung kepada kepada kemahuannya,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Naga Lilit, di sini, semalam.

Katanya, mereka akan mengadakan majlis kenduri di sebelah lelaki pada Sabtu ini di rumah keluarganya.
Mohd Fahmi yang juga anak sulung daripada empat beradik berkata, dia sudah bersedia bergelar suami dan tidak kisah pandangan rakan-rakan seusia.

Isterinya, Nor Fazira tidak mengganggap usia mudanya menjadi penghalang untuk menjadi isteri isteri dan sudah bersedia menjalankan tanggungjawabnya itu.

“Yang penting kami mendapat restu kedua-dua ibu bapa kami dan saya banyak menerima tunjuk ajar daripada keluarga mentua.

“Saya tidak kisah apa orang lain kata, penting perbuatan kami tidak salah, malah adalah lebih baik daripada kami terbabit gejala sosial,” katanya yang tidak bersekolah sejak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun lalu.

Sementara itu, bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.

Katanya, dia membenarkan anak gadisnya itu berkahwin kerana Nor Fariza enggan pulang ke rumah dan mahu tinggal di rumah teman lelakinya. “Siapa tak sayangkan anak dan sanggup untuk mengahwinkan mereka dalam usia terlalu muda, namun saya terpaksa juga mengahwinkan anak saya walaupun usianya baru 13 tahun bulan depan.

“Hanya Allah tahu perasaan saya... walaupun pahit demi untuk menjaga nama baik keluarga saya dan keluarga besan lebih baik saya mengahwinkan anak dengan lelaki pilihannya.

“Anak saya bernikah pada 17 November lalu selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November lalu,” katanya.

Dia berkata, majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500.

“Saya berharap menantu serta keluarganya membimbing anak saya menjadi anak dan isteri yang baik,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kulim, Sheikh Radzi Abdul Mutalib, berkata, bagi perempuan berusia 16 tahun ke bawah dan lelaki berusia 18 tahun ke bawah, mereka perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk kebenaran bernikah di bawah umur dari Mahkamah Rendah Syariah Kulim.

“Ia mengikut seksyen 18 (1)(a) Enakmen Undang Undang keluarga Islam Kedah 2008,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/22



P/S:Bila usia remaja memang hati dan nafsu bergelodak untuk berkahwin dan menghindar maksiat, sememangnya jodoh Allah yang tentukan, namun iman dan kesabaran perlu ditanam dalam hati untuk menjadi kekuatan masjid yang dibina.

Thursday 1 November 2012

Sambut Hari Raya Haji di Ismah Beach Resort

Assalamualaikum

Pasti banyak lembu dan kambing bahkan unta padang pasir dikorbankan.Bila musim haji tiba pasti aku teringat zaman aku ke Mekah bersama emak.Kenangan pada tahun 1994 yang tidak dapat dilupakan iaitu terlihatnya Kaabah.

Kali ini kami sekeluarga menyambut Hari Raya Haji bersama seluruh keluarga arwah Haji Othman dan Hajah Juriah (ni datuk dan nenek aku).Kirakan kami buat family day jugakler.Masa inilah kami berjumpa sanak saudara dari Singapura hingga Perlis.Memang meriah sangat.Kali ini juga kami adakan di Ismah Beach Resort aka resort adik mak aku iaitu Hj Ismail (Cik Mail).Kalau korang nak buat aktiviti keluarga bolehler ke sana..cakap jek kawan aku..ehheh.Macam aku dapat komisen.


Si kembar yang bergaya

Malam pertama di Ismah Beach Resort

Celebrate birthday pada bulan Oktober


Birthday papa pada 26 Oktober (Hari Raya Haji)

 Sesi perkenalan keluarga, tak cukup korum sebab ada family yang tak sampai. Keluarga Abang Long dan Chik jek tak sampai lagi


 Family sulong dari Singapore. Kalau mak duduk Singapore dulu sure aku tjadi warga Singapore gak..

 Mak dan adiknya


Aktiviti senaman pagi


Baby Munirah dan nenek


Before aktiviti pantai bermula lepak dulu...with all nephews n nieces


Cepat!!!!


My beloved family


Owner Ismah Beach Resort Cik Normah adi penjaga air hehehe sambil smsing


Aksi aku nak menendang


AJK Persatuan Keluarga HOJ


Aktiviti swimming pool, aku tak boleh mandi sure air lagi melimpah

Dinner malam terakhir, kemain bergaya akak ipar aku ni



Sekejap jek hubby pakai jubah, bila takde orang lain pakai baju pelik dia terus tukar.


Kumpulan kami adalah JUARA!!!!!

Oklah..seronok sangat dapat bertemu dengan sanak keluarga.Ada yang berpuluh tahun tak pernah jumpa dari aku kecik cinonet sampai dah dewasa/tua.Ada yang kata..eh dulu muka panjang jek..so..sekarang dah tembam dan bulat..Argh!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...