Check This Out Babe!

Wednesday 23 October 2013

Busybody Atau Caring

Assalamalaikum

Aduhai..bila semua orang dah tahu kami nak makan angin yang julung-julung kali pertama ke negara omputih, selama ni negara jiran sebelah jek Indonesia, Thailand dan Singapore. semua orang duk sibuk dan ambil tahu tentang pemergian kami ke sana..Melbourne.

Tak sabar betul nak bawak Si Kembar Kembang ke Melbourne melihat panorama dan binatang yang comel iaitu beruang Koala dan Kanggaroo..isk..isk.macamlah takde kat Zoo Malaysia. Rasanya Koala memang takde pun, kanggaroo ada rasanya.'

Soalan yang sering diutarakan kepadaku:
1. Semua dah ready ke, booking hotel, transport etc?
2. Berapa duit kamu dah keluar nak ke Melbourne?
3. Untunglah bawak si kembar berjalan
4. Dah dapat ke surat kelulusan dari top management?
5. Dah apply cuti nak ke sana ke?
6. Bila nak berangkat?
7. Berapa lama kamu pergi bercuti?
8. Bila masuk opis semula?
9. Kamu cuti sampai bila?
10. Dah siap packing baju semua ke?

Adoii..letih nak menjawap soalan ni semua, inilah padahnya kalau kita apply cuti berjalan makan angin, satu jabatan hingga ke Ketua Pengarah tahu..ehheh..sebenarnya yang banyak ambil tahu makcik-makcik ler.

Bersediakan Koala untuk dicubit oleh Mairah da Munirah


Monday 21 October 2013

Berdebar-debar Nak Jalan Jauh

Assalamualaikum

Hanya tinggal beberapa hari sahaja aku sekeluarga nak berjalan ke Melbourne.Actually berdebar-debar sebab kami berempat beranak sahaja ke Melbourne.Planning banyak tempat nak pergi tapi takut tak sempat nak cover semua sebab sekejap jek dalam 5 hari..Macamana nak handle twins tanpa bibik ni..ayoooyoo..
Insha Allah boleh kot, kalau aku nak bawak bibik ikut ke Melbourne dia kenalah kuar duit tambang sendiri.Heheh..

Terbayang twins duduk dalam pocket kanggaroo

Tak sabar nak pergi Great Ocean Road singgah melawat Twelve Apostles

Bathing boxes ni dekat Mornington Peninsular kot..

Paling tak sabar nak pergi ke Philips Island sebab boleh tengok Penguin Parade.Mesti twins seronok menyaksikan kecomelan penguin dan kemontelan beruang Koala




Thursday 3 October 2013

Produk Tempatan Setaraf Antarabangsa: Le Juice dan PhytoCellTec™ STEM CELL

Assalamualaikum

Korang ada tak sakit lutut, pinggang dan badan berbisa?Maklumlah semakin bertambah usia semakin maca-macam penyakit ada. Baru-baru ni aku pergi swimming dan selalunya balik dari swimming badan aku memang sakit-sakit.
Since aku mengamalkan Le Jus sakit badan yang berbisa-bisa dah hilang.Aku juga alami masalah buang air dan berlaku masalah semasa pergerakan najis..(malu nak cakap sebenarnya).Rasa usus tu macam luka dan kadang bila sakit perut nak buang air macam senggugut.Since aku jumpa Dr Ashaari dan dia telah kenalkan Le Jus, sakit tu dah hilang..amat-amat bersyukur.Bayangkan almost 5 years aku alami sakit tu since aku operate endometriosis.

Produk ni juga setaraf dengan produk antarabangsa iaitu Monavie.Cuma Le Jus disesuaikan dengan climate dan badan orang Asia.Ada macam-macam kandungannya iaitu kayu manis,habatussauda,kurma,madu,sayur-sayuran,buah-buahan dsb.

Jika ada yang berminat boleh inform aku.Sekurang-kurangnya bila ada masalah kesihatan, cuba yang organik dan elak dari dibedah.Kos hidup dan perubatan sekarang tinggi, mak kita perlu cari ikhtiar lain yang lebih menjimatkan.Badan sihat baru mampu kerja untuk sara hidup keluarga.


 Le Juice rasanya memang sedap..mau taknye korang telan sehari dah habis,tapi packaging yg sedehana ini manfaatnya sangat tinggi.Amalkan jam 7 pg dan 7 malam kerana waktu itu darah kita aktif bergerak ke organ badan dan mendapat khasiat secukupnya.Bagi wanita dan lelaki keintiman anda terserlah..hewhew


PhytoCellTec™ STEM CELL amat sesuai yang mahu awet muda dan ganteng.Kulit pasti tegang dan anjal..bagi wanita kulit cerah dan breast mekar sejambak..erkk

Jika berminat boleh wassap/sms saya ok..0192562460

Produk adalah halal dan ada kelulusan dari KKM..no worries


Bila Lagi Nak Buat Pahala

Assalamualaikum

Lately ni aku suka hati nak share perkara yang baik untuk kita beramal.
By the way di Malaysia kan ramai orang kaya, bak kata ada menteri tu pakai kereta MErcedes, rumah banglo sebijik dan kewangan RM1-2 juta tu kategori golongan pertengahan.Ok..stopp...bukan nak isukan hal politik tapi memang kat Malaysia ramai orang kaya..sampai birthday kucing pun buat kat hotel.
Let me share this beautiful pahala..aku dapat maklumat dari sahabat baik mengenai lawatan beliau di Tawau..kos untuk membina sekolah almost RM1mill.Segala design dan site location semua dah ada..ongkosnya saja diperlukan.
Bagi orang kaya di Malaysia dan syarikat-syarikat Bumiputera yang mahu mengurangkan cukai..atau membuat pahal..jemputlah menderma.Orang macam kita golongan taktau nak cakap camne..miskin ke..huhu takpe janji kaya budi bahasa..boleh juga menderma.


Jamalullail Bin Sulaiman

As salam gambar 2 yg telah saya ambil adalah anak anak yatim dan keluarga miskin di tawau...mohon bantuan kepada rakan2 panjangkan atau mohon2 rakan memberi derma bagi memenuhi impian pemegang amanah yakni Bapak Agus (Mohd Salim bin Maaruf) yg mana ingin membina sekolah tahfiz dan rumah anak2 yatim di atas tanah yg di beli oleh beliau di tawau ....kos membina asrama dan sekolah di anggarkan 1 juta ringgit...keluasan tanah adalah satu ekar...berhampiran pantai...boleh memuatkan pelajar2 tahfiz yang yatim piatu dan miskin seramai 120 org...sebarang sumbangan boleh di salurkan melalui akaun tabung haji di atas nama beliau Mohd Salim bin Maaruf akaun no:630501020680828 ...sebarang pertanyaan boleh hubungi bapak agus 0198038904 dan cikgu solleh 01112664923



















Wednesday 2 October 2013

Blogger Terlibat Dalam Laporan Audit Negara 2012


Banyak juga kerajaan bantu bloggers.
No comment..tapi yang pasti saya belum terlibat lagi..hewhewhew
Tapi apa yang pasti K-Pop tu...perlu ke dijemput.Banyak artis Malaysia boleh cari makan dengan peruntukan itu..
Sila belanja berhemah..wahai rakyat Malaysia.

sumber:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=690858124257594&set=a.185979418078803.47757.185351574808254&type=1&theater

Ayam Masak Merah Menjadi Racun

Assalamualaikum

Takziah buat keluarga mangsa yang meninggal akibat keracunan makanan.Kalau di India banyak meninggal kerana minum arak yang keracunan.

Walau macamanapun tuan rumah kenduri harus redha dengan ketentuan dari Allah.
Bakteria Salmonella  menjadi punca kematian.Pada pandangan aku, sebelum memasak kita perlu pastikan ayam dicuci betul-betul bersih dan jangan dibiarkan di luar terlalu lama.Lepas cuci letak garam dan kunyit, so dapat mengurangkan dan mengelakkan ayam tu berbau atau rosak.Ilmu memasak tu memang penting, kita pun tak boleh nak menunding jari kerana perkara ini tidak boleh dijangka berlaku.Al maklumlah nak kenduri.

Dulu semasa kami buat majlis kawin, memang tukang masak tak tido malam.Masing-masing masak bergilir-gilir dan tunggu makanan supaya tidak basi,tidak didengki dan bersih.Seingat aku, masa kenduri kahwin di kampung..tengah malam sampai ke pagi, ayam-ayam tu digoreng dan betul-betul garing.So takdelaa basi atau busuk.


Salmonella is a type of bacteria. It's usually found in poultry, eggs, unprocessed milk and in meat and water.
It may also be carried by pets like turtles, rodents and birds.






Beginilah rupa bakteria Salmonella pada ayam yang tercemar. Sebenarnya bukan pada ayam, sahaja malah tenusu yang tidak diproses, telur, daging dan air yang tidak bersih pun boleh dicemari oleh bakteria Salmonella



SUNGAI PETANI, 1 Okt (Bernama) -- Hidangan ayam masak merah yang dihidangkan dalam kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini Sabtu lepas dicemari bakteria Salmonella, menyebabkan empat kematian dan ratusan lagi keracunan makanan setakat ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata bakteria itu ditemui di dalam spesimen hasil bedah siasat ke atas mangsa dan sampel yang diperoleh dari tempat kejadian.
Siasatan awal mendapati ayam yang diguna untuk majlis perkahwinan itu tidak disimpan dengan baik dan dibiar pada suhu bilik selama semalaman, sebelum dimasak pada hari kenduri, katanya dalam sidang media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini petang tadi.
Katanya berdasarkan keterangan tuan rumah, kira-kira 130 ekor ayam dibeli pada Jumaat dan digoreng sebelum disimpan di dalam sebuah bilik pada suhu biasa.
"Ini menyebabkan ayam tersebut dicemari dan dijangkiti bakteria Salmonella. Ayam itu berbau bila hendak dimasak keesokan harinya, tetapi tuan rumah mahu memasak kerana bimbang makanan untuk tetamu tidak mencukupi," katanya.
Beliau berkata mangsa yang makan makanan tercemar itu tidak mengalami simptom keracunan pada kadar segera sebaliknya bakteria Salmonella hanya meragam selepas lebih 12 jam sebelum menjadi keracunan, menyebabkan mangsa mengalami cirit-birit, loya, muntah, perut memulas dan kehilangan air dalam badan secara teruk.
Katanya setakat ini 200 mangsa telah mendapatkan rawatan di hospital berdekatan sekitar daerah ini dan daripada jumlah itu 127 pesakit mendapatkan rawatan di HSAH dengan 38 dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata 127 lagi pesakit mendapatkan rawatan di Hospital Yan dengan 62 orang ditahan untuk rawatan lanjut dan selebihnya dibenar pulang selepas mendapat rawatan.
Dr Ismail berkata seorang pesakit lelaki berusia 58 tahun kini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSAH.
"18 kes pesakit dirujuk ke Hospital Sik dan Baling ekoran keadaan Hospital Yan tidak mampu menampung jumlah pesakit yang ramai. Saya nasihatkan mangsa yang mempunyai simptom keracunan makanan selepas makan kenduri di rumah tersebut agar tampil mendapatkan rawatan segera.
"Saya berharap pengendali makanan untuk kenduri menyimpan makanan atau bahan mentah secara betul dan menitik berat aspek keselamatan makanan agar perkara sama tidak berulang," katanya.
Semalam, tiga mangsa keracunan makanan meninggal dunia selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin itu manakala hari ini seorang lagi meninggal dunia.
Mereka ialah pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Nurshazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Bedong, yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam dan Mohammad Nor Rahmad Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan meninggal dunia kira-kira 1 petang.
Seorang lagi mangsa Ibrahim Mohamad, 62, berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di HSAH kira-kira pukul 6.30 petang semalam.
Hari ini, Wan Razali Yaakob, 56, dari Kampung Banggol Belau, Merbok disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke ICU HSAH pagi semalam.
-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...