Check This Out Babe!

Wednesday, 23 October 2013

Busybody Atau Caring

Assalamalaikum

Aduhai..bila semua orang dah tahu kami nak makan angin yang julung-julung kali pertama ke negara omputih, selama ni negara jiran sebelah jek Indonesia, Thailand dan Singapore. semua orang duk sibuk dan ambil tahu tentang pemergian kami ke sana..Melbourne.

Tak sabar betul nak bawak Si Kembar Kembang ke Melbourne melihat panorama dan binatang yang comel iaitu beruang Koala dan Kanggaroo..isk..isk.macamlah takde kat Zoo Malaysia. Rasanya Koala memang takde pun, kanggaroo ada rasanya.'

Soalan yang sering diutarakan kepadaku:
1. Semua dah ready ke, booking hotel, transport etc?
2. Berapa duit kamu dah keluar nak ke Melbourne?
3. Untunglah bawak si kembar berjalan
4. Dah dapat ke surat kelulusan dari top management?
5. Dah apply cuti nak ke sana ke?
6. Bila nak berangkat?
7. Berapa lama kamu pergi bercuti?
8. Bila masuk opis semula?
9. Kamu cuti sampai bila?
10. Dah siap packing baju semua ke?

Adoii..letih nak menjawap soalan ni semua, inilah padahnya kalau kita apply cuti berjalan makan angin, satu jabatan hingga ke Ketua Pengarah tahu..ehheh..sebenarnya yang banyak ambil tahu makcik-makcik ler.

Bersediakan Koala untuk dicubit oleh Mairah da Munirah


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...