Check This Out Babe!

Wednesday 30 November 2011

Skim Gaji Baru SBPA 2012 Untuk Penjawat Awam

Assalamualaikum


Perhatian kepada penjawat awam..sila cari pekeliling ini ya.Ini masa depan kamu juga.Persidangan di Dewan Rakyat pada 23 November 2011 tempohari bukan saja membicarakan tentang Construction Industry Payment And Adjudication Act 2011, rupanya ada juga membentangkan skim gaji baru buat penjawat awam.


Info dari sumber ini dimaklumkan gaji penjawat awak berdasarkan kepada kategori seperti berikut:


Penilaian Markah Penjawat Awam


Markah 95% ke atas - kenaikan gaji adalah 15%
Markah 85-95% - kenaikan gaji adalah 8%
Markah 75% - tiada kenaikan
Markah 70% - disyorkan tamat perkhidmatan


Dapat info seterusnya dii SINI


Aku search pekeliling tu, tapi nampaknya diorang dalam proses muat naik pekeliling.




Pemakluman Berkenaan Pekeliling SBPA

Friday, 04 November 2011 14:31 - Last Updated Friday, 04 November 2011 15:36
Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan mula dihebahkan di Portal
JPA setelah Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen.

Sumber: JPA

p/s:siapa yang tak perform tu akan dinyahkan dari jawatan ye..so jangan asyik nak main blog je..hahah

Skandal Khairul Fahmi (Apex) sudah bertunang!

Assalamualaikum

Cerita pasal Apek memang tak habis.Kesian pun ada,maklumlah nama baru nak naik. Jangan disebabkan kekecohan gambar Apex dengan shida harmi menjadi punca kekalahan Harimau Malaya Vs Bahrain. Kegagalan team Harimau Malaya mungkin kerana tak cukup stamina atau fokus (sebab yakin menang 2-0). Seharusnya mereka bermain dengan rilex dan cuba pertahankan jaringan..bukan bari free 3 gol kepada Bahrain.Pak Arab ni memang kuat berjuang hingga titisan terakhir.

Sambung balik kisah Shida ni, dikatakan telah bertunang dan akan berkahwin Disember ini.Harap-harap gossip ini semua dapat mensucikan semula nama Apex.Anda boleh dapatkan info di SINI





p/s: Dari sumber yang boleh dipercayai,pemain bola memang sangat aktif bersosial.

Minat coklat tak?

Assalamualaikum


Dengan rendah hati aku buat blogwalking blog ni http://rosellehomemadechocolate.blogspot.com/.Hehe..sebenarnya ini adalah blog aku yang terdahulu.
Coklat homemade ini sesuai untuk dijadikan hadiah,hantaran,goodies atau apa jua majlis. Ada terdapat banyak corak yang korang boleh pilih dan pralines (inti).
Silalah berkunjung di blog ini.

p/s:sorry lama tak update blog coklat.http://rosellehomemadechocolate.blogspot.com

Tuesday 29 November 2011

Beautifulnara asyik kene kondem..Zubir dihanjing

Assalamualaikum

Aku kesian betul dengan Abang Nara, tak habis-habis kena kondem dengan bloggers.Dah tentunya blog dia citer pasal artis, korang juga yang baca.Dah baca diam-diamlah..jangan nak kutuk gila.Rezeki yang dia terima dari Nufnang ke apa ke itu semua biar Allah yang tetapkan samada berkat atau tidak.
Begitu juga wartawan, tugas mereka mencaribahan untuk melariskan majalah/surat khabar/MELODI.Aku rasa kalau korang baca paper Utusan or Berita Harian sure berebut nak baca cerita/gossip artis kan.Duit papers tu korang juga bayar and jadi sumber pendapatan wartawan.

Zubir pun dipanggil 'hanjing' pasal isu artis lama yang dikatakan bercerai selepas nikah 7 hari.Kita sebagai orang luar memang tak tau citer benar.Kadang-kadang wartawan memang ada sumber sahih dan tidak tulis semberono.Kadang-kadang artis nak cover malu atau maybe otai itu dalam proses berbaik semula,bukan betul-betul cerai.Kita tak tahu cerita sebenar.

Oleh yang demikian,sebagai manusia yang berhemah dan berbudi bahasa, kawal diri anda dari tindakan yang melampau.

p/s:suka juga baca pasal gossip,saja nak release stress

Bila kamu mula kenal erti cinta dan sayang

Assalamualaikum

Cinta itu Buta..realitinya memang betul pun.Cinta kadang-kadang buat kita jadi bodoh.Kita tak boleh nak fokus banyak perkara dek kerana angau dan lupa diri.Namun,kadang-kadang cinta menjadi dorongan dan galakkan kita berjaya dalam hidup.Misalnya..dulu time aku bercinta, kami berlumba-lumba score pointer di Universiti dan siapkan thesis.Itu dulu, tapi aku teringat cinta monkey aku..memang terasa tolol 1st time kita bercinta.memang exactly cinta monkey sebab time tu aku sekolah renda..gila malu weh..aku kenal mamat ni time sekolah agama dan tak sangka pula duk sebelah rumah arwah nenek aku. Dek kerana lose contact dan bertaut kembali bila sudah Form 3,aku decide untuk putus 'kawan' sebab mau concentrate PMR dan 'tak nak kawin dengan dia'.Jauh betul pemikiran aku bila bab kawin. Finally, kami terjumpa kerana kawan dia..semasa di UiTM.Time tu alaaa..aku dah ada 'buah hati'.Tak sangka dia datang beraya ke rumah aku bersama kawan dia (satu course) hmm..aku rasa kawan dia kot suka kat aku.Satu soklan aku tanya,camne tau rumah aku.Dia kata apa tak taunya..selalu naik beskal lalu depan rumah, kalau tak nampak orangnya nampak bumbung rumah jadilah.Wallah..weyy..aku ingat tak sampai ke situ.Memang aku suka dia..tapi time tu nak kata cinta,tak kot..suka memang suka, tapi aku memilih sangat sampai ramai yang kecundang kecewa.Jahat tak?

Aku betul-betul rasa cintakan sorang mamat ni bila aku mula belajar di Universiti..aku rasa dia lar kekasih awal dan akhir.Kami memang putus hubungan dan aku frust tonggeng sampai bawak diri ke JB, lepak rumah sahabatku.Shopping gile babai kat JB..puashati.Nasib baik time tu mak memahami sebab aku mandom and frust bercinta.Oh ya..setiap perkenalan aku dengan mana-mana lelaki memang mak aku tahu.Kan lebih berkat..Btw aku putus dengan si dia kerana long distance relationship..payah gakler.Tapi aku kembali pada dia bila dia nak kawan dengan aku.AKu fikir sebab sayang dan mahu beri peluang padanya walau tahu dia dah ada girlfriend selepas aku.Namun, kali ni aku yang 'putuskan' sebab aku rasa memang tak ada keserasian walaupun aku sayang kat dia.Time tu ye..Kini aku lebih happy dengan suami aku..tak payah ceritalah..

Apa yang aku lihat anak muda sekarang ni kalau bercinta memang serah tubuh dan jiwa raga maka lahirlah bayi yang tidak bersalah.Kita sebenarnya jangan percaya 100% pada lelaki, kita perlu utamakan diri kita sendiri.Kalau gagal bercinta sekarang tak bererti kita gagal bahagia dengan dia.Jangan terlalu berharap dengan lelaki/perempuan juga sebab bila dah kecewa..macam separuh nyawa hilang.Aku dah banyak belajar hilang cinta dan sayang.Yang penting aku tahu, keluarga aku sayangkan aku,sahabat aku yang ngerti susa senang bersama.Memang kita gagal sekarang, tapi sebenarnya Allah nak beri kejayaan dan kebahagiaan akan datang.Mungkin orang yang kita suka tak boleh nak bahagiakan kita, tapi orang yang betul-betul suka dan sayangkan kita serta hargai kita akan lebih membahagiakan kita.

p/s:kepada kaum wanita jaga maruah diri dan jangan keterlaluan jadi perigi cari timba..

Tuesday 22 November 2011

Tak sangka anak saudara aku yang cute ni pandai buat blog

Assalamualaikum

Memalam buta ni baru aku rajin and ada mood nak blog walking,dalam banyak-banyak blog, blog budak kecik ni aku masuk. Budak kecik ni namanya Athirah anak kepada Abang Cik aku.Anyway anak sedara lagi pandai dari makciknya,pandai cari income buat blog.Sesiapa berminat bolehleh tempah blog dengan dia.

http://www.aquwhtira97.co.cc/2011/11/freebies-welcome-note-part-1.html

Monday 21 November 2011

Tahniah Harimau Malaya!

Assalamualaikum


Tahniah Harimau Malaya!

Satu malam kami berteriak menjerit sampai sakit tekak aku dibuatnya.Bibik aku pun duduk sama menonton perlawanan tersebut.Memang macam nak gugur jantung aku sampai naik jelak bila mahu stop perlawanan tersebut.Kawan-kawan aku kata baik main sampai esok pagi..Finally..Malaysia Menang!!
Tahniah buat semua pemain.Bagi yang kurang perform tu belajar lagi ye..to Fakri perbaiki skill kamu.Apex memang best!

Friday 18 November 2011

Hati yang hancur

Assalamualaikum

Pada malam Jumaat yang mulia ni dan pastinya Allah mendengar selain kamu membaca blog aku ini.Hati aku sangat hancur dengan perbuatan hamba Allah yang tidak kusangka.It's ok, biar Allah balas dan moga dia mendapat hidayah atau pengajaran yang baik.Mengapa dia menjadi tidak amanah dan jujur?Apa tujuan dia untuk meyakiti hatiku?Sanggup mereka menikam diriku bahkan diri orang lain?

Bukankah doa orang teraniaya diterima oleh Allah?

Wednesday 16 November 2011

Wordless Wednesday;Siapa nak beli twins stroller?




Stroller ni Brand Mamalove, aku dekat RM400.Aku nak let go sebab aku sekarang pakai stroller yang single je.Harga boleh dirunding.Condition memang elok sangat, guna pun memang jarang. Beli tak sampai setahun pun adalah dalam 5 kali je guna.RM200-150. Siapa nak cepat bagitau ye..

Hari ini mood tak best

Assalamualaikum

Kenapa hari ini mood aku tak baik?

1) Aku dapat tahu 2nd bos aku kena tranfer pergi bahagian lain,aku dah takde geng dan bos yang baik macam dia

2)Super bos aku tak dapat yakinkan super super bos aku untuk stay di bahagian aku, maka memang takde makna lagi nak pertahankan dia di bahagian aku

3) Lepas ni sure aku macam superman, buat kerja gila babai.Nak cover satu Malaysia tu.

4)Aku selsema dan selsema.Rasa badan macam nak demam.Aku makan pil selsema tadi.

5)Office surrounding aku sunyi sepi sebab ramai pergi kursus.Termasukler semua technician aku kat sini.

6)Aku dengan kawan aku asyik menaip report..report bagai nak muntah.

7)Petang ni super bos aku nak jumpa ramai-ramai..janganler cerita sedih..adeh badan aku terasa sakit dah ni.

8) Sebenarnya dari Jumaat lepas aku dah tak ada mood.Sebab berita tak best, 2nd bos aku kene transfer.kalau dengan cara yang baik tak apa.

9)Aku kecewa dengan pihak atasan yang so selfish.Tak tau hargai kerja yang kita buat hempas pulas cam nak mati.

10)Aku dan kawan-kawan buat kerja kerana Allah, cuci kerja orang, cuci taik kerja orang.Bila dah siap..apa yang kami dapat.Pahala...tak apa.Tapi pihak atasan tau nak arah nak bagi gah.Tengokler limitation dan kemampuan staff dari segi masa etc.

11)Aku rasa tak semua top management ni ada sifat leadership.Lain kali buat test Kepimpinan dan Attitude pada manusia-manusia ni.Dapat gaji ribu riban..tapi besarkan punggung kat kerusi je.

Aku dah tahap gaban tak ada mood nak buat kerja.Perkara utama adalah kerana hidung aku tersumbat dan badan aku nak demam...rasa nak balik tidur...ZZZZZZZZ

Tuesday 15 November 2011

Ramai sangat artis Malaysia melampau

Assalamualaikum

Baru-baru ini banyak cerita hangat, artis separuh bogel, artis tonggang arak, artis tinggal sebumbung artis itu ini.Aku pun sebenarnya dah lama tak mengikuti cerita artis masa kini yang tumbuh bagai cendawan.Aku fikir setakat mana mereka ni boleh bertahan sebagai artis melainkan mereka ini ada pendidikan atau berniaga.Kalau bijak berniaga Alhamdulillah..jadilah usahawan yang berjaya.

Baru-baru ini juga ramai bebenor artis Islam yang terlalu BEBAS.Bebas untuk menonjolkan aurat dan separuh bogel.Kalau begini jawapnya, memang nak kiamat.Nak salahkan ibu bapa mereka, mungkin dah tegur tapi anak degil atau 2x5 or sporting gila tak kisah pun anak-anak nak tunggang terbalik.

Tapi aku respect dengan Amy Search menegur anaknya Nabila supaya berkelakuan sopan begitu juga Chef Wan supaya jujur dengan diri.Masyarakat sebenarnya memandang public figures ni,seharusnya menjadi contoh tauladan yang baik.

Aku berpendapat pihak berkuasa perlu kawal kebebasan artis untuk berkarya dan bersosial. Memangler tak terkawal, tetapi pihak berwajib perlu menetapkan cara berpakaian.Actually pihak penganjur sendiri perlu menetapkan etika berpakaian atau fashion designer Malaysia yang beragama Islam perlu peka dan sensitif Malaysia merupakan negara Islam dan perlu dihormati.Tidak salah untuk berkarya dan kreatif tetapi perlu tahu batasan-batasannya.Tapi apa boleh buat..orang kita memang suka kepada BARAT

Friday 11 November 2011

Free One 6" sandwich SUBWAY




Assalamualaikum,

Mentang-mentang hari ini 11.11.11, dalam paper The Sun di frontpage ada iklan..SUBWAY..my favourite sandwich. Alhamdulillah, rezeki di pagi Jumaat.Aku setiap hari sampai office takdelah lambat sangat.Kali ni agak awal dan aku kutipler paper the Sun kat lobi office aku.Itu kira nasib baik ada tinggal 3.

Subway offers free one 6" sandwich bila kita beli mana-mana 6" sandwich and a regular drink.Apa lagi, pi cepat-cepat cari paper the Sun dan dapatkan keratannya.Tak sabar nak beli 'Steak & Cheese' sandwich...nyum..nyum.



Ni dalam paper the Sun,korang boleh nampak frontpage sandwich Subway sebesar alam..memang mengiurkan

p/s:Siapa mau share dengan aku sila angkat tangan..pay one get 2 Subway sandwich..:)



 

Jumaat 11.11.11

Assalamualaikum

Hari ini 11 November 2011, yang pastinya ia hari JUMAAT.Semoga bayi yang lahir pada hari ini menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.Bagi yang menyambut hari lahir pada hari ini, HAPPY BIRTHDAY!Semoga Allah merahmati kamu,panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Yang pasti, jangan menyalahgunakan no 111111 ni sebagai no ekor pula..Bagi lelaki yang beragama Islam, jangan lupa solat Jumaat ye.

Wednesday 9 November 2011

Raya Haji 2011

Assalamualaikum

Baru-baru ini hati aku terasa sayu, abangku yang ketiga tahun ini mengerjakan haji,tahun lepas abang long yang pergi tunaikan haji.Hati aku sayu apabila mendengar takbir dan lebih-lebih aku berada di kampung kelahiranku.Insya Allah kalau ada rezeki aku nak tumbangkan lembu juga di kampungku nanti.
Tapi hati aku sayu kerana teringat semasa tahun 1993, aku pernah sampai ke Mekah bersama ibuku.Masa itu, aku baru form 2.Alhamdulillah aku berjaya melaksanakan ibadahku di Mekah bersama ibuku.Masa itu aku rasa bagai mimpi,aku tak terfikir akan sampai ke sana.Niatnya kerana tidak mahu berpisah dari ibuku.Masa itu aku belum akil baligh lagi, dari segi hukum seperti yang dimaklumkan aku perlu laksanakan haji apabila aku dewasa dan akil baligh.Insya Allah, semoga Allah perkenankan niatku untuk sampai ke sana.Aku memang mahu dan rindukan saat itu Ya Allah. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...