Check This Out Babe!

Wednesday, 9 November 2011

Raya Haji 2011

Assalamualaikum

Baru-baru ini hati aku terasa sayu, abangku yang ketiga tahun ini mengerjakan haji,tahun lepas abang long yang pergi tunaikan haji.Hati aku sayu apabila mendengar takbir dan lebih-lebih aku berada di kampung kelahiranku.Insya Allah kalau ada rezeki aku nak tumbangkan lembu juga di kampungku nanti.
Tapi hati aku sayu kerana teringat semasa tahun 1993, aku pernah sampai ke Mekah bersama ibuku.Masa itu, aku baru form 2.Alhamdulillah aku berjaya melaksanakan ibadahku di Mekah bersama ibuku.Masa itu aku rasa bagai mimpi,aku tak terfikir akan sampai ke sana.Niatnya kerana tidak mahu berpisah dari ibuku.Masa itu aku belum akil baligh lagi, dari segi hukum seperti yang dimaklumkan aku perlu laksanakan haji apabila aku dewasa dan akil baligh.Insya Allah, semoga Allah perkenankan niatku untuk sampai ke sana.Aku memang mahu dan rindukan saat itu Ya Allah. ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...