Check This Out Babe!

Tuesday, 29 November 2011

Bila kamu mula kenal erti cinta dan sayang

Assalamualaikum

Cinta itu Buta..realitinya memang betul pun.Cinta kadang-kadang buat kita jadi bodoh.Kita tak boleh nak fokus banyak perkara dek kerana angau dan lupa diri.Namun,kadang-kadang cinta menjadi dorongan dan galakkan kita berjaya dalam hidup.Misalnya..dulu time aku bercinta, kami berlumba-lumba score pointer di Universiti dan siapkan thesis.Itu dulu, tapi aku teringat cinta monkey aku..memang terasa tolol 1st time kita bercinta.memang exactly cinta monkey sebab time tu aku sekolah renda..gila malu weh..aku kenal mamat ni time sekolah agama dan tak sangka pula duk sebelah rumah arwah nenek aku. Dek kerana lose contact dan bertaut kembali bila sudah Form 3,aku decide untuk putus 'kawan' sebab mau concentrate PMR dan 'tak nak kawin dengan dia'.Jauh betul pemikiran aku bila bab kawin. Finally, kami terjumpa kerana kawan dia..semasa di UiTM.Time tu alaaa..aku dah ada 'buah hati'.Tak sangka dia datang beraya ke rumah aku bersama kawan dia (satu course) hmm..aku rasa kawan dia kot suka kat aku.Satu soklan aku tanya,camne tau rumah aku.Dia kata apa tak taunya..selalu naik beskal lalu depan rumah, kalau tak nampak orangnya nampak bumbung rumah jadilah.Wallah..weyy..aku ingat tak sampai ke situ.Memang aku suka dia..tapi time tu nak kata cinta,tak kot..suka memang suka, tapi aku memilih sangat sampai ramai yang kecundang kecewa.Jahat tak?

Aku betul-betul rasa cintakan sorang mamat ni bila aku mula belajar di Universiti..aku rasa dia lar kekasih awal dan akhir.Kami memang putus hubungan dan aku frust tonggeng sampai bawak diri ke JB, lepak rumah sahabatku.Shopping gile babai kat JB..puashati.Nasib baik time tu mak memahami sebab aku mandom and frust bercinta.Oh ya..setiap perkenalan aku dengan mana-mana lelaki memang mak aku tahu.Kan lebih berkat..Btw aku putus dengan si dia kerana long distance relationship..payah gakler.Tapi aku kembali pada dia bila dia nak kawan dengan aku.AKu fikir sebab sayang dan mahu beri peluang padanya walau tahu dia dah ada girlfriend selepas aku.Namun, kali ni aku yang 'putuskan' sebab aku rasa memang tak ada keserasian walaupun aku sayang kat dia.Time tu ye..Kini aku lebih happy dengan suami aku..tak payah ceritalah..

Apa yang aku lihat anak muda sekarang ni kalau bercinta memang serah tubuh dan jiwa raga maka lahirlah bayi yang tidak bersalah.Kita sebenarnya jangan percaya 100% pada lelaki, kita perlu utamakan diri kita sendiri.Kalau gagal bercinta sekarang tak bererti kita gagal bahagia dengan dia.Jangan terlalu berharap dengan lelaki/perempuan juga sebab bila dah kecewa..macam separuh nyawa hilang.Aku dah banyak belajar hilang cinta dan sayang.Yang penting aku tahu, keluarga aku sayangkan aku,sahabat aku yang ngerti susa senang bersama.Memang kita gagal sekarang, tapi sebenarnya Allah nak beri kejayaan dan kebahagiaan akan datang.Mungkin orang yang kita suka tak boleh nak bahagiakan kita, tapi orang yang betul-betul suka dan sayangkan kita serta hargai kita akan lebih membahagiakan kita.

p/s:kepada kaum wanita jaga maruah diri dan jangan keterlaluan jadi perigi cari timba..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...