Check This Out Babe!

Tuesday, 15 November 2011

Ramai sangat artis Malaysia melampau

Assalamualaikum

Baru-baru ini banyak cerita hangat, artis separuh bogel, artis tonggang arak, artis tinggal sebumbung artis itu ini.Aku pun sebenarnya dah lama tak mengikuti cerita artis masa kini yang tumbuh bagai cendawan.Aku fikir setakat mana mereka ni boleh bertahan sebagai artis melainkan mereka ini ada pendidikan atau berniaga.Kalau bijak berniaga Alhamdulillah..jadilah usahawan yang berjaya.

Baru-baru ini juga ramai bebenor artis Islam yang terlalu BEBAS.Bebas untuk menonjolkan aurat dan separuh bogel.Kalau begini jawapnya, memang nak kiamat.Nak salahkan ibu bapa mereka, mungkin dah tegur tapi anak degil atau 2x5 or sporting gila tak kisah pun anak-anak nak tunggang terbalik.

Tapi aku respect dengan Amy Search menegur anaknya Nabila supaya berkelakuan sopan begitu juga Chef Wan supaya jujur dengan diri.Masyarakat sebenarnya memandang public figures ni,seharusnya menjadi contoh tauladan yang baik.

Aku berpendapat pihak berkuasa perlu kawal kebebasan artis untuk berkarya dan bersosial. Memangler tak terkawal, tetapi pihak berwajib perlu menetapkan cara berpakaian.Actually pihak penganjur sendiri perlu menetapkan etika berpakaian atau fashion designer Malaysia yang beragama Islam perlu peka dan sensitif Malaysia merupakan negara Islam dan perlu dihormati.Tidak salah untuk berkarya dan kreatif tetapi perlu tahu batasan-batasannya.Tapi apa boleh buat..orang kita memang suka kepada BARAT

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...