Check This Out Babe!

Thursday, 18 July 2013

Ashraf Bernikah:Tabahlah Noor Dayana

Assalamualaikum

Pagi ni nak bergossip pula tentang artis berpoligami secara tidak official. Asraf Muslim didapati telah bernikah dengan isteri barunya Sakinah di Thailand.Selamat pengantin baru semoga anda berdua bahagia dengan jalan dipilih itu.

Aku amat bersimpati dengan Dayana, sabar ye anggap ini adalah dugaan dari Allah.Allah menduga kamu kerana Dia sayangkan kamu, mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu.Namun kita ada hak untuk memilih kehidupan kita dan hak untuk pertahankan.Namun, kita wanita lemah yang seharusnya dijaga,dibimbing dan dibelai perlukan dorongan dan sokongan kuat. Ini adalah dugaan yang amat besar.Ada hikmahnya Dayana tiada zuriat dengan Ashraf, kalau tidak masalah lebih berat, hebat dan payah nak pikul.

Kebanyakkannya kerana wanita juga menyakiti wanita lain.Tapi, kalau tidak bertepuk sebelah tangan tak berbunyi.Senang cerita dua-dua ada salah silap.Sebagai suami seharusnya selesaikan masalah utama iaitu hubungan dengan isteri.Mungkin..kasih sayang semakin pudar dan lemah kerana itu dia perlukan yang lebih baik.Perlu ingat, tiada orang yang sempurna dalam dunia ini.Setiap pasangan itu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.Mengapa perlu tunding jari salah menyalahkan sesama sendiri.Tak perlu jadi Bangau oh Bangau..

Aku simpati dengan Dayana kerana ibarat teraniaya..perasaan dan hati.You must stay strong, mungkin itu bukan yang terbaik untuk dirimu dan fikirlah pasti ada cahaya yang lebih terang dan bahagia diluar sana.Semua itu bergantung pada diri Dayana samada take it or leave it.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...