Aku bersyukur kerana semalam adalah hari lahirku..(18 September)
Aku bersyukur kerana masih ada yang menyayangiku
Aku bersyukur dengan rezeki yang KAU limpahkan buatku
Aku bersyukur dengan kesenangan dan kebahagiaanku
Aku bersyukur kerana aku masih disayangi olehMU
Aku bersyukur kerana masih menghirup udara di dunia fana ini
Aku redha dengan segala ketentuanMU
Aku redha jika masaku akan berkunjung entah bila
Aku redha dengan perancanganMU
Aku redha jika itu sahaja rezekiku
Aku redha jika itu sahaja sumbanganku pada masyarakat
Aku redha jika itu sahaja rezeki buat keluarga
Aku redha jika itu adalah kesusahan yang menimpaku
Aku redha dengan ujianMU yang amat teruji imanku
Aku redha SEGALANYA
Namun, aku akan cuba buat yang terbaik untukMU dan orang yang kusayang..
Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment