Assalamualaikum
Pastinya kamu pernah merasai kepedihan atau sakit hati seperti ditusuk sembilu.Maaflah, aku tak pernah ditusuk sembilu.Tercucuk jarum pernahlah.Memang sakit dan bila nampak darah lagilah aku nangis, sebab aku ni jarang luka dan berdarah.hati berdarah aku tak tau.
Apa yang pasti, bila hati kita tersentuh kerana sedih, pasti rasa perit sangat nak hadapinya.Aku pernah merasainya dan bagaikan kepedihan itu hingga ke jantung.Aku rasa kalau aku tiada kesabaran pasti aku dah sakit jantung dan pendek umur.
Ada tak sakit hati kerana gembira sangat?Aku rasa tu kategori sakit juga sebab happy gila.Kalau sakit hati kerana dianiaya lagi hebat.
Baru-baru ini, hati aku sakit sebab dari kata-kata seorang lelaki.Ada juga sakit hati kerana perbuatannya.Memang menyakitkan dan sampai bila-bila aku kenang.Aku sakit hati juga kerana termakan dengan kata-kataku sendiri.Lain kali cakap siang pandang-pandang..
Walaupun hati aku disakiti, aku tetap ada sahabat yang menenangkan aku.Ya..susah senang kami bersama, sharing our tears together.Sahabatku kini sedang berduka,tapi aku yakin dia tetap strong dan tabah.Aku dan dia pernah merasai sakit hati.Hati ini hanya bersandarkan kepada sabar,tapi kerana kesabaran itu juga memang perit untuk ditelan.
Apa yang aku mahu katakan,hidup ini penuh warna warni dan roda impian (bukan dapat kereta RM1 juta atau pakej percutian).Kita perlu banyak bersabar, setiap nafas yang kita sedut hembus kempis kempus itu, adalah kuasa Allah.Dia yang menguji kita.Berkat kesabaran kita juga, terurai segala masalah dan muslihat.
p/s:Aku sakit hati kerana aku masih rindukan dan sayangkan dia..mencinya...
Free Friendster Comments Code
lor.. awatnya ni? jgn sedih2 bykkan bersabar k..
ReplyDelete