Check This Out Babe!

Wednesday, 29 June 2011

FRIENDS

F.R.I.E.N.D.S. F=Fight for you R=Respect you I=Involve you ...E=Encourage you ... N=Need you D=Deserve you S=Save you! (Syah Al Hussaini). Ini yang dimaksudkan dengan FRIENDS oleh sahabat FB aku. Aku terfikir, adakah aku mempunyai kawan baik (best friend) yang betul jujur dan ikhlas berkawan dengan aku. Aku memang memilih orang untuk berkawan.Tetapi bila disakiti, aku akan berfikir berulang kali untuk terus berkawan dengannya atau tidak.Kadangkala aku berasa menyesal meninggalkannya.Tapi kadang-kadang demi kebaikan bersama aku perlu berundur diri.
Orang kata, kawan baik itu kawan susah sama susah, senang sama senang,menangis bersama dan ketawa bersama. Tapi kadangkala kita tak mahu menyusahkan kawan baik kita, maka kita lebih rela mendiamkan diri.
Pada pendapat aku, kawan yang ikhlas berkawan dapat menerima diri kita seadanya.Meaning, buruk baik kita pun dia boleh terima. Aku pernah mempunyai kawan baik since sekolah menengah.Kami duduk semeja, pergi sekolah dan balik sekolah bersama, pergi kelas komputer bersama dan masuk universiti yang sama. Kami juga pernah bergaduh besar,puncanya..dia cemburu dengan aku kerana ada kawan baru masa aku masuk hostel.Tapi aku rilex jek.Hubungan aku menjadi hambar dengannya, mungkin kerana aku berkecil hati, dia tak hargai hadiah birthday yang dipilih oleh ibuku (termasuk aku).Ingat lagi..MUSIC BOX.Dia kata macam lagu MAYAT je.Siapa tak terasa hati beb! Since dari situ, aku kawan tanpa rasa apa-apa, tapi tetap berkawan. Namun, aku tetap hargai persahabatan dengannya.Even dia kahwin, aku jadi pengapit,walau last minit diberitahu.Aku tak kisah pun, dia tunang pun aku tahu thru facebook and dia nak kawin pun hanya beberapa minggu sahaja lagi. Aku tetap cuba fikir, tak perlu berkecil hati.After got married memang tiada khabar berita.Selama aku online facebook, dia pun online, tak pernah chatting pun.Akhirnya dia menegurku, tanya khabar berita..aku bertanya ada apa-apa berita baik?AKU PREGNANT.Oh!Itulah nilai persahabatan.Semoga dia berbahagia.

Bila aku masuk universiti aku mendapat kawan baru, memang seronok dapat kawan dari serata negeri. Kami berjiran dan ke mana sahaja bersama.Suka duka memang dikongsi bersama sehingga kami dewasa.Walau dua-dua ego or keras kepala, drama puting beliung berlaku kami tetap berkawan.Mungkin kerana kami memahami,walau tak semua dapat fahami tapi masing-masing respect each other.Aku memang menghargai dia sebagai sahabat sampai bila-bila.Walau dia sakit SLE yang kadang aku tak faham keadaannya,aku tetap nak dia bahagia kerana aku sayangkan PERSAHABATAN kami.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...