Check This Out Babe!

Monday, 25 July 2011

Balik Kampung jadi 'DARA'

Assalamualaikum,

Hari sabtu yang lepas aku balik ke kampung tercinta di Batu Pahat.Dah lama bangat aku tidak pulang ke kampung dan kali ni paling seronok kerana musim buah. Aku dah target nak makan durian pokok kegemaranku tapi apakan daya rezeki tak ada.Pokok tu dah nak mati then durian dari pokok yang lain agak kureng sebab banyak ditebuk tupai dan rosak.Durian tu semua takde dara dah..sebab 'Ditebuk tupai'.Heheh..

Aku dapat makan manggis,memang heaven melantak manggis terutama sekali Bibik aku."Buk seronoknya duduk kampung ni ada banyak buah".Apalagi aku suruh dia pi jolok and kutip buah manggis banyak-banyak.Senang sikit aku nak makan.

Petang itu, kakak iparku pulang dari kursus..entah dia kata kursus buat sabun.Sabun mandi kot.Kebetulan orang kuat kampung aku hantar dia pulang beserta suaminya.Aku sibuk melayan si kembar yang merengek kepanasan.Itulah ajar anak duduk dalam air-cond lagi,kan dah tak tahan.Anak-anak aku kuat berpeluh, macam kena sauna je.Then Abang Sham bawa sebotol 'Minyak Kelapa Dara' bagi aku test 'POWER'.Isk..taknaklah bang..bau busuk and tengik, bau kelapa kering, kataku.Dia kata cubalah..tak berbau pun.AKu sensitif sikit dengan kelapa ni.Lebih-lebih lagi kelapa kering yang dijemur.Untuk pengetahuan u all, aku membesr dengan kelapa dan koko.Kelapa is major sumber pendapatan keluarga aku. Arwah bapak aku kaya sebab kelapa...hehehe.Tapi anak perempuan dia allergik dengan kelapa. Dulu kecik-kecik aku suka pergi tempat 'SALAI KELAPA', dah hidu bau kelapa kering tu jadi mual kot.

Oklaa sambung balik tentang minyak kelapa dara.Aku pelik kenapa nama dia minyak kelapa dara.Macamana proses mendarakan kelapa ni.Abang Sham cerita proses melalui bioteknologi tanpa proses pemanasan atau using chemical untuk hasilkan minyak masak, maka khasiat 'kedaraan' atau 'keperawanan' minyak kelapa dara ini dipertahankan.Sebab itu ia dipanggil 'VIRGIN OIL'.Hello..orang tak virgin lagi digalakkan minum ye.

Aku rasa minyak kelapa dara  ni, Ya Allah..memang takde bau busuk dan sedap.Sebelum ni aku pernah beli minyak kelapa dara secara online, tapi bau tengik..sapu kepala busuk amat, rasa eyakss.Aku beli sebab Doktor Paediatrik suruh bagi baby setitik dalam susu untuk kuatkan antibodi baby. Oh Ya!!this is first product in Malaysia yang ada perasa coklat.Yang penting tiada BAU TENGIK'.

Kelebihan minyak kelapa dara ni, Abang Sham kata ada 'keji beling' herba ini berkhasiat untuk kanser.Selain itu untuk kencing manis, darah tinggi, resdung,jerawat,sembelit,jeragat, tumit pecah Hepatitis,sakit sendi, badan,lutut dan pinggang, demam, batuk, selsema, rambut gugur (ni aku nak), kurangkan berat badan, osteoporosis, melicinkan kulit, kurangkan kolesterol, kelenjar tirioid etc. Memang banyak sungguh khasiat 'DARA' ni.

Yang menarik tu, ia sebagai antibodi badan sebab ada Asid Lauric (sejenis asid semulajadi yang terdapat dalam susu ibu untuk menguatkan sistem ketahanan tubuh) .Ibu mengandung sangat sesuai untuk minyak selusush, baby pun cantik.

Kalau u all nak mencari minyak kelapa dara ni, memang aku rekomen 5 bintang untuk produk ni.Nanti aku upload gambar.Harga kategori berpatutan kerana ia kategori kelapa dara organik, tidak menggunakan sebarang racun. Pokok kelapa memang tanam sendiri.Harga pengenalan RM48, harga sebenar aku tanya TOWKEH,sebab produk ni memang berkualiti.HOMEMADE ;).Sesiapa nak mencuba rasa boleh hubungi aku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...