Assalamualaikum
Syukurlah kerana aku dimaklumkan, penjawat awam status kontrak akan dapat BONUS sempena menyambut hari raya ni. See..ingat kerajaan sekejam itu ke, tidak prihatin dan memikirkan penjawat awam kontrak yang turut memberi sumbangan kepada negara.Tanpa staff kontrak, tak jalan juga kerja sebab tak semua staff kerajaan yang tetap boleh buat kerja yang berkualiti berbanding staff kontrak.
Memang ada kelebihan dan kekurangan staff kontrak.Antaranya tidak mendapat keistimewaan seperti staff tetap seperti pinjaman perumahan, kereta dan elaun-elaun tertentu.Memandangkan kamu dah sign agreement antara kerajaan, kamu patut baca dan arif tentang isi kandung agreement tersebut.Jangan pula kamu nak mengharapkan omong-omong kosong atau bunyi-bunyi bising diluar sana, selagi kamu tak pastikan kebenarannya iaitu CONFIRM DAPAT TETAP.
Apapun, semua orang cuba sedaya upaya memberikan service yang terbaik dan kebajikan kepada kakitangan awam.Orang-orang yang sudah selesa di atas, tengok-tengoklah anak buah awak di bawah.Tanpa sokongan mereka, keseluruhan organisasi tidak akan berjaya.Apa yang penting kerjasama!
No comments:
Post a Comment