Check This Out Babe!

Friday, 12 August 2011

Jangan Terlalu Gembira

Assalamualaikum

Sudah menjadi kebiasaan apabila kita terlalu gembira mendapat sesuatu atau rezeki dari Allah, pasti ada kedukaan dariNya.Ingatlah Allah sayangkan kita kerana itu Dia uji kita dengan pelbagai dugaan dan cabaran mengharungi hidup.Pagi-pagi Jumaat ni, aku bagi tazkirah pula.

Sepanjang hidup kita, ada yang hidup dia 'LUCKY', sentiasa senang dan tak pernah rasa susah.Itu kelebihan dan rezeki dia dari Allah.Tapi, kadang-kadang disebabkan kesenangan itu, dia alpa dan lupa orang yang merasai kesusahan dan kesedihan.Langsung tidak menghargai orang lain dan menghormati perasaan orang lain.

Ada orang, sepanjang hidup dia banyak liku-liku berduri dan sepanjang masa airmata sering mengalir, namun yang pasti Allah sayangkan dia kerana mahu berikan yang terbaik (tersirat-pahala) kerana berkat kesabaran.Allah bukan bencikan dia, Allah mahu berikan yang terbaik..cuma cepat atau lambat sahaja..perlu bersabar dan bersabar.

Teringat kisah kawan aku, anak bongsunya telah meninggal dunia sebab sakit.Teringat juga kawan aku, anaknya meninggal dunia dalam perut hanya beberapa waktu sahaja untuk melahirkan.Pasti berat dan perit untuk terima qada dan qadar dariNya..Itu ujian iman dariNYA.Usaha macam mana pun kita untuk atasi dugaan itu, jika Allah nak uji kita..sekelip mata tetap berlaku.Apa yang pasti hidup kita di dunia ini hanya pinjaman semata-mata dan kita perlu berusaha menjadi hamba yang terbaik untukNYA..




p/s:aku redha dan cuba redha jika itu takdir aku..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...