Check This Out Babe!

Tuesday 2 August 2011

Kenangan sahur di bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Aku dapati entri macam ni dah banyak bloggers shares.Aku pun tak terkecuali untuk berkongsi kisah sahur saya .Almaklumlah, Pak Nil and The Gang tengah hangat membicarakan isu kenangan sahur pagi ini di Radio ERA. Aku teringat zaman aku kecik-kecik terpaksa bangun pagi untuk bersahur.Mak aku pasti sudah bangun awal menyiapkan juadah untuk kami bersahur, dari bilik mak aku dah jerit.Adik...Bangun!!Aduii..malasnya nak bangun, dahler mengantuk.Aku memang cukup malas nak bangun sahur. Aku terpaksa bangun dan duduk di meja, tapi mata aku masih pejam..Ngantuk weh!!

Teringat Abang Cik aku kat bilik, masih sedap ngorok..Mak jerit lagi..Zaman!!Bangun..eheh tu nama dia..berkali-kali juga lah kena panggil dia.Tapi yang cukup lawak, bila abang aku dah bangun dan duduk di meja makan, dia boleh tidur lagi.

Bila aku dah masuk universiti, kena berdikari jugalah kan.Nak bersahur taktau macam mana.Dulu masa kat Kolej Tun Fatimah (UTM), aku dan room-mate aku pergi beli nasi kosong kat cafe.Setiap hari juga kami beli nasi kosong je.Nak makan roti sure tak tahan, sebab kena berjalan kaki setiap hari ke fakulti.Room-mate aku ni kategori akak jugalah, maklumlah anak sulung, setiap kali nak puasa mak dia selalu kirim serunding daging dari Kelantan..memang sedap giler serunding tu.Sampai aku kawin ni pun selalu kirim serunding daging dia.
Bila time sahur, bilik aku jadi port bersahur, maka jiran bilik sebelah pun join sama, kami makan nasi putih dengan serunding. Sedapnya tak terkira.Itu zaman aku baru nak berdikari, bila aku dah langkah panjang, zaman aku belajar di UiTM, kami serumah pagi-pagi buta ke INTEKMA Sec 6, bersahur.Heheh..macam orang kaya je kan..walhal tengah belajar.


Bila aku dah kawin, harus bangun untuk bersahur sebab aku kan gastrik, kena makan heavy sikit.Tapi hubby aku malas nak makan sahur, dia lebih suka minum air dan beberapa biji kurma sahaja.Nak ikutkan memang tak syiok sahur makan heavy seorang, maka aku kena masak makanan kegemaran dia sebagai umpan..:).Boleh gitu...




2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...