Check This Out Babe!

Monday, 3 October 2011

Jangan bergaduh ye sayang

Assalamualaikum wbt

Hari ini aku sampai office awal sangat.7.05 pagi.Pecah rekod benar aku kali ni.Kenapa awal sangat aku sampai office.Sepatutnya hari isnin kereta banyak dan agak-agak jam.Sebenarnya, hari ini hari pertama aku pergi kerja dihantar oleh En Hubby selepas hantar twins ke sekolah.Twins kecik lagi sebenarnya masuk taska.Sebelum ini, aku tinggal dengan mertua aku dan twins dijaga oleh MIL+BiBiK+adik ipar(sebab dia tak kerja).Nah!!Pasti rumah itu penuh dan ramai umat.Aku rasa rumah tu pun dah macam taska.Dengan 4 biji buai dan 5 orang budak.Ramai kan?

Memandangkan sekarang ni aku hadapi masalah mendapatkan maid dan terlalu lama aku menunggu maid tak datang-datang.Aku dah bayar RM3,500 pada agen, then dia senyap jek.Kami menunggu bagai bulan jatuh ke riba.Finally, aku dah tak tahan...En Agen..tolong kembalikan duit kami.Dia senyap dan membisu saja.SMS asyik kata dalam proses memanjang.

Finally, kami tak tahan melihat keletihan MIL menjaga cucu-cucunya walau ada adik iparku, maka kami cadang hantar ke taska.Harapan kami, twins dapat dijaga dengan baik dan mengerti betapa kehidupan di dunia ini kita perlu bersosial..heheh.Sebenarnya, ini peluang untuk twins berkawan dan belajar erti hidup.

Budak muka comot tengah mamam

p/s:Tadi mama call taska kakak nangis sebab adik sepuk..isk isk

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...