Check This Out Babe!

Tuesday, 31 January 2012

Penulis Lirik Awan Nano Orang Batu Pahat

Assalamualaikum
Aku dapat tahu Buddhi Hekayat @ Hasmi Hashim berasal dari Batu Pahat, Johor.Patutlah si Faizal (Pengacara AJL 26) mentioned maksud nano..'Orang Johor Kata.....(sorry tak ingat).Sorry malam tu aku tak ingat pebenda Faizal cakap.Tapi setahu aku nano tu can be defined as matrix system or technology.
Apa yang aku tahu, lirik Awan Nano memang puitis dan boleh diterjemahkan dengan pelbagai interpretasi.

Aku dapat tahu penulis lirik Awan Nano ni merupakan Ketua Cabang PKR di Parit Sulong.Sebelum ini pernah dicalonkan sebagai Dun Semerah.Aku tak kisahler apa fahaman politik yang dia nak pun.Apa yang penting dia dah mendapat ganjaran dengan hasil seninya.Aku tetap bangga kerana dia orang Batu Pahat..:).So lepas ni buat lagu untuk Najwa Latif ler yer,kan senang sekampung.





p/s:Sekarang dengarnya orang lain yang pegang jawatan Ketua Cabang PKR.

Monday, 30 January 2012

Nano..nano..Tahniah Buat Awan Nano


Cost yang amat murah tak perlu beli dan pakai baju mahal-mahal.Berbaloi Hafiz menjadi Juara AJL kali ini.Lagu dan vokal yang mantap.Touching sungguh lagu ni..sobs

Wife Harith Iskandar Tayang Perut..Soo Sexy






Tahniah buat Harith Iskander kerana bakal menimang cahaya mata. Sekarang ni, ramai yang lewat mendapat anak..anak adalah anugerah dari Allah..Allah mahu yang terbaik untuk diri kita sebenarnya.Semoga anak-anak kita menjadi insan soleh dan solehah.

Saturday, 28 January 2012

Edisi Kongsi Ilmu:Macam mana nak ambil nota dalam kelas

Assalamualaikum


Aku teringat zaman belajar di universiti dulu, kena ambil nota dalam kelas apa yg lecturer tulis or present kat overhead projector (dulu pakai manual letak plastik) aku copy.Kadang-kadang tah apa-apa nota aku tulis.Akhirnya nota aku tah ke mana and cilok nota orang.Teruk juga aku.Inilah masalahnya tak pandai ambil nota.Isk..apa nak jadi..sampai dah ada Master pun tak reti ambil nota.Sebenarnya aku prefer belajar sendiri dan di kelas aku mendengar apa yang lecturer terangkan dan perbincangan.Aku lebih suka 2 hala..2 ways communication.Itu yang menyebabkan aku lebih faham.


Oklah, aku temui tips ni dari rakanku yang sedang belajar di UK..United Kingdom bukan Ulu Klang. Aku belajar universiti Malaysia jek..hehehe..tapi tak salah kita sharing knowledge kan.


source:http://www.offthemark.com/cartoons/study/

What to Write Down During a Class Lecture

Your professor says an awful lot of things during class. You can't possibly write it all down, nor should you. To take the best notes (and ace your exams), pay attention to your professor's cues—conscious and subconscious.
Part of a great guide on note-taking strategies by Brett and Kate McKay on The Art of Manliness, these are the tell-tale signs that you should be writing down what your professor is saying:
  • Anytime the professor says, "You need to know this," or "This will be on the test." Duh.
  • Anytime the professor repeats himself.
  • Anything the professor writes on the board or includes in a Powerpoint slide.
  • Anything the professor repeats very slowly so that it can be taken down word for word.
  • If your professor starts talking more quickly, or loudly, or with more emphasis.
  • Watch for language that shows relationships between ideas. These sorts of points are often where professors get their exam questions from:
    • first, second, third
    • especially, most significant, most important
    • however, on the other hand
    • because, so, therefore, consequently
Another great tip is to write down any examples or hypotheticals the professor offers, because you'll probably see a similar one on your final, especially if you're taking math or science classes or are in law school. Examples are also key in computer science/programming classes.
Sometimes, depending on the professor, paying attention is the hardest part. But keep your ears perked for these keywords and points and you might find yourself with more effective notes. Photo by Columbia Admissions
 Source:http://lifehacker.com/5879941/what-to-write-down-during-a-class-lecture


p/s:thanks Ijat for sharing

Wednesday, 25 January 2012

I'm Sick and Tired Of Being Your Puppet

Assalamualaikum

Sickening and irritating...arghh!!Aku sakit hati dan masalah dengan hati.Sebenarnya aku geram dengan manusia ni sebab tindakan dia, banyak perancangan aku tergendala.Penat aku rangka schedule dan aktiviti tiba-tiba ada manusia ni interframe nak buat itu ini.Aku benci dengan orang yang suka kacau rancangan aku.Lebih-lebih lagi melibatkan hal keluarga.

Aku boleh lagi bertolak ansur kalau dia nak cancel or reschedule aktiviti dia, tapi jangan susahkan perancangan orang lain.Kalau aku boleh follow kau..kenapa kau tak bole nak respect hidup aku!!
Maaf memang aku marah dengan manusia yang selfish macam ini.ooo yer ini bukan pasal hubby aku yer, tapi orang lain yang menyebabkan perancangan aku dan keluarga kacau bilau.

Bila nak kerja siap cepat, sedap-sedap minta aku selesaikan..ingat aku ni apa..puppet.Kau boleh nak adjust dan gerakkan ikut suka kau...Adoii...pening layan orang macam ni.

Kalau macam ni lah sakit jantung aku dibuatnya.Sorry my bloggers frens terpaksa membaca omongan kosong aku.
 
Source:Google,Fotosearch

Aku sangat geram....

Siapa Tengah Cari Kerja?

Assalamualaikum

My ex-external lecturer has mentioned UEM has advertised job opportunities to those who are interested search a job. Let's take a look at this website:


http://www.uem.com.my/index.php?view=job

So sesiapa yang berminat cepat-cepat apply ler..Good Luck!

Tuesday, 24 January 2012

Syioknya Jumpa Chef Amer Chocolatier Malaysia

Assalamualaikum
Semalam sambut raya cina sepatutnya bertandang ke rumah rakan-rakan beragama Buddha.Tetapi sebab ada kerja yang penting dan tidak dapat dielakkan aku sekeluarga pergi ke rumah Chef Amer.Anyway Happy Chinese New Year to my Chinese friends.

Aku ke rumah Chef Amer bukan kerana nak jumpa Chef tu..tapi dah menyelam minum air, jumpa dia sekeluarga.Aku dan hubby nak jumpa abang Chef Amer..datang khas dari Batu Pahat...sebab kami sekarang ada perancangan...hehe untuk masa depan yang gemilang.Insya Allah nantikan keluaran produk kami berasaskan organik dan pastinya selamat. Bebas dari hidrokinon dan super natural takde chemical.

Selepas kami berbincang mengenai 'masa depan', Chef Amer telah menjemput kami melawat ke kilang beliau.Wallah..lagiler feel honoured.Kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan..hm betul ke idak pepatah ni.
Korang tau tak Chef Amer ni merupakan orang penting Lembaga Koko pada suatu masa dulu..beliaulah orang Melayu pertama di Malaysia ke German mendalami ilmu koko dan coklat.Ilmu yang diperoleh itu jugalah yang mengajar ramai pembuat coklat 'homemade chocolate' termasuk diri aku mencari rezeki.Dapat banyak pahala..
Aku belajar buat coklat dari Chef lain..tak sangka the Guru sebenar adalah Chef Amer.Aku siap beli buku dia masa Pameran Koko dan coklat di Midvalley dulu.Sorry tak ingat tahun bila.


Chef Amer

Mak dah makan semua biskut dan coklat Chef Amer siap tapau
Biskut Chef Amer memang sedap,yang sedap butterscotch

Dah lama aku beli buku dia,tapi baru sekarang amik sign auto

Chef Amer sempoi orangnya

Hubby with his brother (Abg Sham)and sister in law (Kak Fauziah) mendengar tips percuma

Masa ni Chef tengah siapkan tempahan cupcakes

Chef bagi kitorang cake choc moist, memang sedap

Biskut Chef Amer lebih sedap dari famous amos

Sempat lagi aku shoot banner kat pintu tepi kilang dia

Sesiapa nak join kelas Chef Amer sila layari http://www.chefamer.com
Untuk melihat coklat homemade aku silalah ke http://www.rosellehomemadechocolate.blogspot.com

Friday, 20 January 2012

Petua Mendapat Anak

Assalamualaikum

Ini adalah petua untuk mendapatkan anak.Insya Allah,boleh usaha dengan cara ini.


sumber:Rakan Facebook

Thursday, 19 January 2012

Bibik Kena Ngorat Dengan Student Kita

Assalamualaikum

Baru-baru ini aku pergi shopping ke Tesco Shah Alam,makanya aku bawak twins sekali dengan mak aku.pastinya peranan bibik penting untuk menjaga si twins sementara mama dan papanya shopping barang rumah.

Aku bawak twins ke tempat playground berbayar.RM4.00 sekepala untuk 2 jam, boleh tahan juga mahal tapi bukannya sejuk,agak suam-suam kuku ler panasnya.Aku kesian gak dengan twins, tapi sebab nak bagi diorang tak boring dan buat hal masa aku shopping, aku letak diorang kat situ.

Balik dari Tesco, tiba-tiba aku dapat cerita bibik budak yang jaga playground tu mintak nombor telefon bibik.Aduiii..awatnya dia ni bagi.Bibik aku kata sebab mamat tu handsome.Peduli apa aku handsome ke apa.Kalau dah bibik dan budak muda memang 'getik' ler nak melayan.

Mak aku maklumkan, mamat tu telefon bibik aku.Kategori mengorat jugalah.Aduii..mulalah nak create masalah.

Aku duk korek juga dari bibik, then aku warning dia..jangan buat hal,rumah ni ada CCTV.Kena ingat apa tujuan kamu kerja di Malaysia.Terpaksalah mintak tolong jiran ler jenguk-jenguk rumah aku nanti.
Nasib baik mak aku ada kat rumah dan aku sebenarnya tak adalah strict sangat sebab ni melibatkan perasaan manusia sebab tu hak dia untuk bercinta.Tapi apa yang penting kerja kena buat dan fokus.Apa-apa terjadi dengan twins siap kamu!Nasib baik dia mengakui dan meyakinkan yang dia bukan serious dengan mamat tu tapi sikit-sikit jadi cinta jugak nanti.

Aku pelik awatlah mamat ni, kata student tapi nak ngorat bibik aku.Bukan ke ramai gadis Melayu Malaysia yang lagi cun melecun.Siap ko kalau bibik aku buat hal,aku cari ko sampai ke tempat ko kerja part time tu.Ko tu student jugak kan.Hmm..aku dapat tau dari mak aku,mamat ni student.Mak aku kan macam polis suka tanya macam-macam kat mamat tu.

p/s:Rasa menyesal jugak tinggalkan twins kat situ,nak cari bibik tua nanti aku kene jaga dia pulak,cari bibik muda lain plak cerita.Itulah risiko ada maid.

Friday, 13 January 2012

Today is FRIDAY THE 13th!

Assalamualaikum

People said today is a bad day because today is Friday the 13th.Nah!Itu kepercayaan karut sebelum zaman 19th century lagi.Mat Salleh ni memang suka fikir mengarut.Friday is Unlucky day..lagiler no 13.Oo hasil kajian oleh Mat Salleh dalam Biblenya tentang Adam masa tu turun dari syurga sebab makan buah yang kononnya 'Jesus' haramkan.

Sebagai orang Islam, korang mesti tau sejarah Adam dan Hawa bertemu di dunia dan oleh kerana hasutan syaitan yang berjanji akan mengganggu manusia sampai bila-bila.Korang boleh baca je, percaya tu tak usahler.Nanti terpesong dari akidah.Klik sini

p/s:Jumaat penghulu segala hari,Jumaat himpunkan umat Islam solat Jumaat

p/s:Malam tadi si kakak demam menggigil sebab berjangkit dari mamanya..cian..penyakit datang kerana menghapuskan dosa2 kecil.

Thursday, 12 January 2012

Ramai nak jadi macam Yuna/Najwa Latiff

Assalamualaikum





Akak-akak kat office bercerita tentang anak-anak mereka.

Akak 1: 'Anak saya mintak belikan gitar, tapi saya lebih suka anak saya belajar saja'

Akak 2: 'Anak saya siap suruh saya try main gitar, sakit jari bila mencuba'

Ini anak-anak zaman moden, artis dah jadi idola.

p/s:Nak jadi artis kena juga ada qualification, sekurang-kurangnya bila dah kurang glamour boleh cari sumber pendapatan lain.Tak semua artis hidup senang.Kais pagi makan pagi...

p/s 2:dengar cerita Najwa Latiff ni student sekolah menengah aku di Batu Pahat, lahir tahun 1995 (time tu aku baru form 4==>tua rupanya aku,wajar dipanggil auntie dah)

Tuesday, 10 January 2012

Edisi Blogwalking:Sekampung Dengan Aku Rupanya


Assalamualaikum

Gelarannya MizzKechique..kelihatan agak comel lote orangnya.Tak kusangka dia dari kampungku iaitu orang Batu Pahat. Batu Pahat tu agak luas dik, jadi memang akak tak kenal kamu.Sekolah mana ye?




Nama panggilannya Tina, maafler dik..akak teringat nama kucing akak..TINA juga.

Dengar cerita dia nak stop menulis blog..tapi tak pasti sampai bila.teruskan saja dik..dari buat kerja tidak berfaedah.Ramai orang menggunakan medium internet untuk berkongsi rasa dan pengalaman.Memang apa yang kita mahu dan impikan sukar dikecapi.Tapi kita perlu berusaha.Keep up the good work and be a good person in life and the end.

p/s:Raya kat Batu Pahat bolehlah jumpa kat BP Mall..:)) (patut datang raya ke rumah)

Tanggungjawab Sebenar Pelajar

Assalamualaikum

Apa yang aku fikirkan pelajar yang bernama Adam Adli tidak fikirkah harapan ibu bapanya untuk dia berjaya menjadi manusia berguna di masa hadapan.
Kita sebenarnya tidak pasti dan jelas latar belakang keluarga Adam Adli ni, adakah bapa dia pun turut sama berjuang dan menyokong perbuatannya.

Simpati kerana telah digantung belajar selama 3 semester, tapi dia rasa berbaloi tepuk dada tanya dada. Info menarik di sini.

p/s:semangat orang muda memang meluap-luap jika ada mentor dan duit.Mungkinkah?

p/s 2:belajar  pandai-pandai  dulu, baru best nak berjuang untuk anak bangsa dan negara.

Monday, 9 January 2012

Edisi Terkujat:Zarul Umbrella Follow Blog Aku!

Assalamualaikum

Kekenyangan sungguh hari ini selepas makan steak dengan cheese cakes kat Secret Recipe Sogo.Hari ini sepatutnya office aku buat farewell untuk senior staff tapi jadi celebrate welcoming pula.We got new staffs.Happy sebab senior aku ditempatkan semula di bahagian aku dan mendapat seorang pakar or Doctor to be (subject matter expert) in adjudication.Maklumlah tempat aku ni 'HOT'.

Berbalik kepada entri ini, aku terkejut kerana ada seseorang 'special' follow blog aku...tooott....Zarul Umbrella. Macam tak percaya jek..kalau betul ni Zarul Umbrella..memang aku amat menghargainya kerana sudi follow blog aku yang tak seberapa ni.Almaklumlah..banyak cerita-cerita mengarut.


You can click his blog here:

p/s:Teringat zaman muda remaja mendengar lagu Ramalanku Benar Belaka..Bro Zarul..dulu u kurus sekarang dah tembam..:P.Terima kasih kerana sudi follow me.

Datuk Seri Anwar Ibrahim Bebas!

Assalamualaikum,

Pasti penyokong 'Reformasi'  DS Anwar berpuashati dan rasa tidak rugi memohon cuti kerja hari ini kerana keputusan DS Anwar telah bebas dari kes meliwat pembantu peribadi beliau Saiful Bukhari.
Mengapa boleh bebas?
Pastinya keterangan tidak mencukupi.
Dengarnya geng penyokong solat syukur di masjid berdekatan.

p/s:Tak sia-sia 'sahabat' kita ambil cuti untuk hadir berhimpun Reformasi hari ini.

p/s 2: Lebih baik kerja dan bagi anak bini makan untuk upah kerja hari ini.Belajar pandai-pandai masuk universiti, tapi apa sumbangan kamu untuk negara?


Edisi Blogwalking:Bapa tirinya disantau

Assalamualaikum

Dia seorang lepasan SPM dan berasal dari Jitra Kedah.Walaupun  muda dan baru setahun jagung, tapi dari segi pemikiran dan penulisannya agak matang.Di sebalik kegembiraannya ada juga kesedihan dan kedukaan hidup.Perpisahan kedua orang tuanya mematangkan lagi diri Kimi untuk menjadi manusia sempurna.

Baru-baru ini, dugaan yang dihadapinya apabila bapa tirinya telah disantau.Walau bagaimanapun, dia tetap tabah dan cekal hadapi hidupnya bersama adik-adik tirinya dan belajar menjadi seorang anak yang bertanggungjawab.

Sila lawat blog Kimy

p/s:He's so cute when he smile..

Semakin tua semakin menjadi perangainya

Assalamualaikum

Lama juga aku tak tulis entri.

Pertama =>aku takde mood

Kedua=>banyak sangat nak tulis tapi otak serabut taktau yang mana

Ketiga=>aku risau

Aku sebenarnya marah dan geram dengan seorang hamba Allah yang maksud namanya pun 'Kekasih Allah'
Aku tengok perangainya makin melampau bila umurnya semakin bertambah.kategori nak pencen jugalah.Selama ini aku sabar saja perangainya dan aku memang tak pernah 'kurang ajar' dengan hamba begini.Aku marah sebab perangai dia melampau yang amat Nauzubillah..
Aku harap 'makcik' ni berubah dan mendapat hidayat dari Allah.Aku tak kisah dengan diri kau lepas ni.Lantakler..pepandai kau jaga diri, jangan nak ungkit-ungkit hal lalu.Sebenarnya kau takut dengan bayang-bayang kau sendiri.Kau tahu diri kau yang banyak buat silap,tapi kau nak menafikan dan memburuk-burukkan diri orang lain termasuk semua keluarga.Mentang-mentang kau berharta tapi kena ingat,harta kau tu duniawi jek,walaupun kau dah pergi haji tapi perangai cam hampas..tak guna..sebab perangai tak berubah juga.
Aku harap aku bukan tergolong seperti kau..aku sebenarnya menjaga maruah dan kebenaran.Kau kena ingat..kau senang pun kerana Allah..Dia beri rezeki pada kau.Allah boleh tarik nikmat kau bila-bila saja.
Aku tak kisah kau nak interpret aku ni apa..tapi kau kena sedar kau berada di mana.Aku tak kisah pun pasal kau dan tak pelik dengan diri kau, sebab ramai pun tak suka dengan perangai jelek kau.

p/s:Lepas ni aku tak ingin nak ambil tahu pasal kau..aku hormatkan kau sekarang cuma kerana ada 'Dia' yang hidupkan aku sampai sekarang.

Wednesday, 4 January 2012

Diet Nabi Junjungan Kita:Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum


Apabila kawan-kawan telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain-lainnya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari-hari. apa kata kita ikut diet ini kawan-kawan. tak payahlah susah-susah makan pil untuk kurus? InsyaAllah kalau kawan-kawan ikut diet Rasullullah ini?. Gerenti kawan-kawan takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CONTOH : KOKTEL

1. JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
2. TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
3. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan-kawan cubalah..
Ianya tidaklah dalam jangka masa terdekat ini.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s: Sampaikan walau sepatah...

Sarjana Islam juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan seperti:

Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh
saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wassalam...

Sama-samalah kita mengamalkannya.

Wallahua'lam

Sabda Nabi: "Ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya".
sumber:Rakan FB

Cintai Bahasa Melayu

Assalamualaikum

Setiap kali buat laporan lapuran aku mesti kena semak ejaan atau ayat supaya tidak terpesong dari maksud. baik laporan dari bos atau pun staff sokongan. Aku nak kongsikan laman web dari Dewan Bahasa tentang panduan ejaan yang betul.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k

“CINTAILAH BAHASA KITA”

Bloggers bukan membenci atau dengki : Ibu Nur Amalina sangkal tohmahan blog

Nur Amalina didakwa masih jadi pelajar cemerlang di universiti 

JOHOR BAHRU: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).
Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.
Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan. 

“Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam. 

Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap. 

Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir. 
Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina. 

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009. 

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. 
Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya. 

Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog. 

“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya. 


sumber:Berita Harian


Berita sebegini pasti 'mengaibkan' si ibu..namun ibu tetap bangga dengan kejayaan dan kecemerlangan anaknya.Sememangnya berjaya di dunia, namun di akhirat juga perlu dititikberatkan.Sebagai guru sekalipun kadangkala kita mahu anak orang pandai dan berjaya menjadi manusia berguna, namun akidahnya perlu dijaga.
Apa yang aku ingin katakan di sini, mungkin Nur Amalina ni jauh dari keluarga dan menghadapi kejutan budaya.Teringat kata-kata seorang ibu, walau jauh anak belajar,tapi doa agar anak terpelihara imannya amat penting.Aku teringat anak-anakku..semoga terpelihara dari perkara yang memudaratkan diri dan keluarga serta agama.


p/s:ramai juga kawan belajar di luar negara, tak semua sebegitu rupa, namun ada juga bila dah jauh dari kawalan keluarga..memang jauh terpesong.Bukan salah ibu bapa..salah sendiri jawapnya


p/s:sebagai ibu perlu pantau tentang anak-anak..anggaplah teguran bolggers adalah untuk kebaikan,bukan kerana cemburu tetapi kerana sayangkan anak-anak cemerlang dari hanyut.

Selamat Tahun Baru 2012

Selamat Tahun Baru aku ucapkan buat bloggers semua.

Tiba-tiba air mata aku mengalir..bahawa Allah menyayangiku dan mendengar keluhan hatiku..

Ya Allah..aku bermohon padaMu agar kau tidak sisihkan aku bila aku dalam kesusahan dan kesedihan.

Ya Allah..berilah kekuatan kepadaku untuk mengharungi hidup di dunia ini dan permudahkan segala urusanku

Ya Allah..ampunkan dosaku kerana kejahilanku dan ketololanku..

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang dulu...Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...