Nur Amalina didakwa masih jadi pelajar cemerlang di universiti
JOHOR BAHRU: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).
Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.
Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan.
“Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap.
Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir.
Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina.
“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.
“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.
Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.
Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.
“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.
sumber:Berita Harian
Berita sebegini pasti 'mengaibkan' si ibu..namun ibu tetap bangga dengan kejayaan dan kecemerlangan anaknya.Sememangnya berjaya di dunia, namun di akhirat juga perlu dititikberatkan.Sebagai guru sekalipun kadangkala kita mahu anak orang pandai dan berjaya menjadi manusia berguna, namun akidahnya perlu dijaga.
Apa yang aku ingin katakan di sini, mungkin Nur Amalina ni jauh dari keluarga dan menghadapi kejutan budaya.Teringat kata-kata seorang ibu, walau jauh anak belajar,tapi doa agar anak terpelihara imannya amat penting.Aku teringat anak-anakku..semoga terpelihara dari perkara yang memudaratkan diri dan keluarga serta agama.
p/s:ramai juga kawan belajar di luar negara, tak semua sebegitu rupa, namun ada juga bila dah jauh dari kawalan keluarga..memang jauh terpesong.Bukan salah ibu bapa..salah sendiri jawapnya
p/s:sebagai ibu perlu pantau tentang anak-anak..anggaplah teguran bolggers adalah untuk kebaikan,bukan kerana cemburu tetapi kerana sayangkan anak-anak cemerlang dari hanyut.
kita doakan lah yg terbaik.insyallah :)
ReplyDelete