Check This Out Babe!

Wednesday, 8 February 2012

Baby 18 bulan kepala dilenyek kereta bapa

Assalamualaikum


Terkedu sekejap bila aku membaca berita di Kosmo Online hari ini.Bapa telah lenyek kepala anak yang berusia 18 bulan.Aku tak dapat bayangkan macam mana situasi itu.Kalau aku dah meraung bagai nak gila dah...tapi itulah manusia yang alpa dan kurang berhati-hati.As parents, kita perlu pastikan keadaan di luar selamat terutama anak-anak.Namun kita harus redha ini ketentuan Allah.


Kanak-kanak 18 bulan maut digilis kereta bapa

08/02/2012 1:21am

KUANTAN — Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan maut digilis kereta yang sedang diundur bapanya di rumah mereka di Kampung Dusun, Kuala Lipis petang kelmarin.
Nurfazliyana Jais maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dalam kejadian kira-kira 6.05 petang itu.
Ketua Polis Daerah Lipis, Supt. Abdul Razak Hassan berkata, mangsa sebelum itu dikatakan sedang menikmati bubur bersama adik-beradiknya yang lain, manakala bapanya yang berumur 45 tahun berada di luar rumah untuk menghidupkan enjin kereta sebelum ke kebun.
"Apabila kereta sedang diundurkan, tiba-tiba kanak-kanak itu meluru keluar dari rumah dan pergi ke belakang kereta tanpa disedari bapanya.
"Mangsa dipercayai dilanggar dengan kepalanya terlenyek,” kata Abdul Razak ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, kejadian itu disedari ibu mangsa yang berusia 39 tahun yang terdengar bunyi kuat seakan-akan ada benda terhantuk.
Jenazah dihantar ke Hospital Lipis sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan. — BERNAMA
p/s: Pastikan anak duduk dalam rumah dan pintu berkunci bila nak undur kereta

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...