Check This Out Babe!

Wednesday 18 April 2012

Foto Pra-Perkahwinan Adalah Haram

Assalamualaikum

Sebenarnya yang baik kita jadikan tauladan.

Aku bukan nak kata aku jeles sebab tak ambil gambar pre-wedding. Zaman kami benda tu semua takde.Gambar yang amat bermakna ialah gambar masa nikah dan resepsi (nak juga guna perkataan moden).
Sekarang ni dah jadi satu kebiasaan gambar pre-wedding.Ada yang buat untuk letak gambar di kad jemputan dan simpanan untuk kenangan.
Bila majlis kawin nanti korang landing ler memana korang nak.Posing tunggang terbalik dan peluk erat-erat korang mahu.
Pada pendapat aku, ambil gambar biar pose yang sesuai.

p/s:Anak-anak zaman sekarang pantang ditegur.Letak gambar difacebook kena terima teguran dan kritikan.Bila dah kahwin tahulah langit tinggi rendah.Hidup ada pasang surutnya.Yang penting iman dan kesabaran.

Credit: Hasrul Hassan (Borak kosong)


Foto Pra-Perkahwinan Haram

JAKARTA 28 Nov. - Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam.

Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.

Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah.

"Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram," tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari ini.

Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa pengambilan foto pra-perkahwinan tanpa aksi-aksi intim tidak menjadi masalah.

"Yang menjadi isu ialah sentuhan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah haram kerana pasangan itu bukan muhrim kerana mereka belum sah dinikahkah," jelasnya. - Utusan

Dan berikut dipetik dari laman web Ustaz Zahiruddin:

Upah Jurugambar

Upah jurugambar juga berkait dengan gambar-gambar perkahwinan. Berdasarkan petikan di atas tadi, jelas bahawa upah jurugambar itu - ia menjadi HARAM jika gambar intim lagi mesra pasangan dalam keadaan pre-wedding.

Boleh pula menjadi halal lagi dibenarkan jika jurugambar adalah mahram pengantin perempuan khususnya.

Juga upahnya menjadi haram jika pengantin tidak menutup aurat, dan dibantu untuk memetik gambar mereka dan dihias menggunakan teknik fotografi yang canggih bagi mencantikan hasilan foto. Semua itu dikira bersubahat dalam perkara dosa dan maksiat yang ditegah oleh Allah SWT. Pendapatan sedemikian adalah TIDAK BERSIH lagi haram.

Boleh menjadi HARUS walau jurugambar bukan mahram tapi gambar diambil selepas pernikahan dan menutup aurat dengan sempurna serta tiada aksi yang boleh kebiasaan boleh merangsang nafsu biasa lelaki.

- Ustaz Zahiruddin


Sumber Asal: Foto Pra-Perkahwinan Adalah Haram | HASRULHASSAN.COM™
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

2 comments:

  1. betul tu zaman kita xde pun pre wedding foto tu.. dan rasanya pre wedding foto ni adalah amalan2 org2 kristian dan kita org Islam ni mudah terpengaruh.. Alhamdulillah jurugambar saya adalah mahram saya dan ia tiada upah :)

    p/s: saya nak beli VCO yg sesuai utk ibu mengandung... :)

    ReplyDelete
  2. betul tu, rasanya pre-wedding ni mula diamalkan oleh org2 kaya, then sekarang dah jadi amalan tanpa mengira darjat.photoshoot sekarang pun bukannya murah.btw if queen nk oder boleh lawat gak di
    http://twinniesshoppe.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...