Assalamualaikum
Just back from Hospital Putrajaya.Mak aku sekarang semakin kurang sihat, pada awalnya sakit kelenjar tiroid dan membengkak.So doktor cadangkan untuk operate.Namun begitu, disebabkan mak ada penyakit darah tinggi, dia perlu menjalani pelbagai test.Akhirnya bila dapat result yang jantung mak bermasalah iaitu bengkak, kolesterol tinggi,kencing berkuman serta darah manis sikit.
Al-maklumlah umur mak aku dah 76 tahun,mungkin penyakit ini semakin banyak kerana faktor usianya.Alhamdulillah mak mempunyai semangat yang kuat, walau kaki sakit dan bertongkat tetap digagahi juga untuk berjalan.Tapi aku rasa sejak mak tinggal denganku berat badan dia naik.Aku banyak bagi dia makan yang sedap sangat.So sekarang ni aku kena kurangkan makanan berminyak dan semua berasaskan ikan serta banyak sayur-sayuran.
Doktor telah menyarankan aku bawa mak ke Institut Jantung Negara.Bila sebut je IJN aku dah risau..tapi masih cover lagi perasaaan aku.Janganlah mak diapa-apakan..huhu.Sangat risau tentang kesihatan dirinya.Aku tahu dia semakin tua dan uzur, tapi aku nak dia hidup lebih lama lagi..
Alhamdulillah aku bekerja dengan KERAJAAN MALAYSIA jadi aku dapat gunakan surat jaminan untuk mak buat rawatan di mana-mana hospital kerajaan pun.Semoga mak sihat..
moga mak awak cepat sembuh ye..
ReplyDeletedatang2 IJN, carilah saya...boleh kenal2 lebih mesra...wah gitew.....
ReplyDeletetq for doa, norrie kalau saya pi sana nanti saya call awak k.huhu..risau sebenarnya bila dah ke sana
ReplyDelete