Check This Out Babe!

Wednesday, 2 May 2012

Kenali Anak Kita

Assalamualaikum


Gejala sosial yang melanda terutama sekali pembuangan anak dan kelahiran anak luar nikah amat menyedihkan kita.Tanggungjawab dan peranan ibu bapa amat penting untuk membimbing anak-anak ke arah kehidupan lebih positif dan sihat. Apa yang aku sedari sejak DUNIA TANPA SEMPADAN ini sebenarnya banyak mempengaruhi sikap, tabiat dan peribadi remaja lebih ke arah negatif seperti video dan gambar lucah.


Cabaran sebagai ibu bapa sekarang ni amat kuat. Kalau nak diikutkan sebelum penggunaan internet secara berleluasa lagi masalah sosial dah berlaku tapi tak seteruk sekarang.Zaman aku zaman BOHSIA banyak. Sampaikan aku naik motor dengan abang aku sendiri cikgu kata aku naik motor dengan pakwe ronda Tasik Y.Sekolah aku pasang mata-mata gelap ke.Time sekolah boyfriend pun takde dan dating-dating.


Kini ada Raudhatus Sakinah dengan kerjasama Felcra Training & Consultancy sedang menganjurkan sebuah Seminar Keibubapaan dengan tajuk Kenali Anak Kita sebagai salah satu usaha merawat gejala sosial melalui pembentukan ibubapa yang hebat. Pendedahan melalui program Kenali Anak Kita ini merupakan suatu langkah awal mengesan sikap dan tingkah laku anak kita yang berdepan dengan zaman yang sangat mencabar dan membimbangkan


Mengapa perlu tahu dan hadir?



Raudhatus Sakinah telah menerima banyak kes remaja bawah umur (bawah 18 tahun) yang masih bersekolah yang telah melakukan berbagai kegiatan salah laku yang tak tergambar oleh mata kasar ini.  Akhir2 ini kami menerima kes perlakuan seks luar tabie yang makin mendapat tempat, baik disekolah mahu pun di IPT. Remaja & belia lelaki dan perempuan mengaku sendiri kepada kami setelah program ABJZ kami berakhir. Bagaimanakah harus ini semua tersekat? Bagaimanakah menghidupkan agama dalam diri anak2 kita ini?

Seminar ini bertujuan membuka mata dan menyedarkan ibubapa yang makin kehilangan anaknya tanpa sedar. Nilai menjaga maruah diri sudah tiada apatah lagi menjaga maruah keluarga dan agama. Kami juga ingin membantu setiap ahli masyarakat kembali berperanan dalam membangunkan anak2 remaja dan belia. Mereka mungkin bukan anak yang kita lahirkan namun mereka tetap adalah anak2 kita yang dilahirkan sebagai orang Islam. Merekalah yang bakal memimpin keluarga, masyarakat dan negara ini setelah pemergian kita nanti.

Satu perkongsian benar terkini daripada RS, seorang anak remaja perempuan dibawa lari oleh seorang lelaki. Keluarga buat laporan polis dan kemudiannya tertangkap lelaki tersebut. Kesnya dilapor dirogol. Remaja ini sedang mengandung sekarang di RS. Minggu lepas kami menjumpai memory card yang disorok oleh remaja ini....penuh dengan gambar2 lucah dia dan sahabat2nya. Remaja ini bukan berasal dari bandar. Keluarga ini tinggal di pendalaman kampung yang harus menggunakan jalan balak dan bot. Dan...banyak lagi kes seperti ini berlaku di luar sana. Apakah yang membolehkan ini semua terjadi? 

Ayuh! Mendaftarlah sekarang ke:

SEMINAR KENALI ANAK KITA

Pada
13 Mei 2012 (Ahad)

Di  Auditorium Wisma Felcra
                                                                                                                       (Lot  4780 Jalan Rejang, Setapak Jaya, KL)

Bersama Panelis
1.     Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj
(Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi PPUKM)
2.     Dr Alizi Alias (Ketua Jabatan Psikologi UIAM)
 Dan Moderator Jemputan
Ahmad Fedtri Yahya (Pengacara TV3)

Yuran Penyertaan - RM100.00 SEORANG

--
ROSMAWATI ZAINAL
Pengarah Urusan Raudhatus Sakinah
Pengurus Sumber Manusia & Master Trainer  
Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy
No Tel Bimbit: +6019-2386333

Alamat Pejabat:
Lot 300.2, Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati
53100 Kuala Lumpur
Tel:+603 4107 3379
Fax:+603 4107 1754

p/s:Semenjak jadi ibu aku amat peka tentang pembesaran anak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...