Check This Out Babe!

Monday, 21 May 2012

KPJ Selangor vs Hospital Serdang-Poor Baby Munirah

Assalamualaikum

Aku sungguh kalut hari ini bila Munirah luka di dahi dan berdarah yang amat banyak kerana terlanggar bucu meja.Masa tu, dia sedang bermain dengan Mairah.Kejadian tu berlaku di hadapanku.Aku panik bila maid aku bagitau dahi Munirah berdarah dan dahinya koyak panjang lebih kurang 3cm.Berderau hati aku terus aku jerit hubby aku dari bawah untuk bawak ke hospital.

Lawak tak hubby aku sempat berfikir nak bawa baby ke mana.Aku fikir ke Hospital Serdang sebab dah biasa dengan rawatan baby di sana dan pantas.Tapi hubby aku fikir untuk bawa ke KPJ Selangor.Tak kisah mana2 pun.Janji dahi dia diubati dan berjahit kerana aku lihat lukanya kategori jahit.So far dia takde muntah dan batuk or pengsan selepas jatuh.Nangis bila lukanya dicuci dan ditekap.Maklumlah darah memang banyak mengalir.Lutut dan jantung aku macam nak luruh.Nak nangis pun ada.Yang lawak jugak hubby aku membebel..habislah dahi anak dia,berparut nanti bila dah besar macam mana?Aku cakap beli Bio Oil..saja nak kasi hati rilex.

Sampai KPJ terus ke emergency room, nurse terus cuci luka baby.Doktor yang datang nak rawat Munirah muka tak berseri langsung.Letih agaknya (pujuk hatiku).Tiba-tiba dia blah camtuh lepas tengok luka Munirah.Dia datang balik, dia kata anak puan kene tahan dulu sebab kita tak berani nak jahit or buat apa-apa sebab tunggu pakar.WTF dalam hati aku.Aku pun kerja dan tahu procedure doktor gak.Tahap kritikal luka camner,masa bila perlu tahan atau tidak.Dia tanya baby ada muntah tak.Aku kata takde, sebab tu dia nak tahan baby.Aku kisah sebab ko nak tahan sebab nak buat duit ke apa?Reason dia nak tunggu pakar buat tindakan dan bagi keputusan apa.Hospital ni memang fikir buat duit.Takkan doktor kat general patient pun tak boleh decide buat rawatan.Bila aku teringat cucu pakcik depan rumah aku meninggal dunia di KPJ Selangor aku dah fikir macam-macam.Terus aku bilang, takpelah doktor kalau macam tu baik saya guna GL saya ke hospital kerajaan.

Zoom...........hubby aku drive dengan lajunya ke Hospital Serdang.Sampai sahaja di Emergency Area,Terus aku register dan informed Medical Assistant pasal dahi Munirah injured.Nah! budak MA kata..dahi baby ni kita boleh jahit or tampak je kak.Kira ok lagi tak dalam..hmmm...aku tenang.Tapi yang penting jumpa doktor dulu baru puashati.

Then meet MA to check blood pressure dan temperature.Alhamdulillah ok.Hubby aku dah call adik dia datang bawak susu dan baju sebab takut kene awarded.Then jumpa doktor, lega sikit.Kak nanti saya tanya senior doctor samada jahit or kita tampal sebab tak dalam sangat lukanya.So far takde muntah lagi kan.Aku kata so far takde, tapi takut dia pening-pening.Munirah senyap jek but still active macam biasa.

Tak perlu masuk wad kak, kita terus buat treatment tu.Kita cuci dan tampal then everyday dressing kat klinik mana-mana or KK.KK tu tau tak..heheh..Klinik Kesihatan..Lega dah..tapi hati risau parut.doktor boleh tak letak ubat gamat.Baik jangan!Nanti luka kering tapi lagi besar scar dia.Ic..memang aku fikir yang sama.

Aku bilang, boleh saya buat sendiri cuci luka baby dan tampak sticker tu?Akak berani ke?Boleh aja..tengok doktor buat senang je..confident je aku.Boleh kak,pi famasi beli sterile strip, cotton and sterile water.Adess..sonang jo..Esok mama pi beli dan jadi doktor.

Balik terserempak dengan pakcik depan rumah.Dia terkejut tengok dahi baby, aku bilang tadi pi KPJ..Jangan!!!KPJ Selangor banyak baby mati!!Aduii..

Cucu saya meninggal sebab tindakan mereka yang teruk.Ambil darah pun tak reti.Aku bayar RM8k bawak balik mayat..Aku terkedu, kerana teringat cucu dia memang sebaya dengan twins.ada pakar kanak-kanak pun malas buat kerja.Takde emergency untuk baby pun.Aku akui...takkan tunggu budak nazak kot.kpj Selangor please perbaiki mutu perkhidmatan.

Aku puji hospital kerajaan kerana kesihatan kanak-kanak memang bagus servicenya.Bukan seteruk yang disangka..Terima kasih kepada staff di Bahagian Kecemasan dan doktor-doktornya.Layanan anda semua memang terbaik,prihatin dan ramah.



4 comments:

  1. Kesiannya anak kau, tapi luka2 pun tetap aktif kan..hospital kerajaan sekarang dah makin ok la..

    ReplyDelete
  2. i klu bab anak2 memang terus tuju emergancy gomen hospital jer...memang service tuk kanak2 didahulukan...dorang akan ecxplain sampai kita faham itu dan ini....

    ReplyDelete
  3. huda:lebih baik aktif dari mandom..lagi risau kalau dia tak aktif,something is not right

    norrie:memang pun, biasalah private hospital kan macam hotel, semalam just cuci luka n jumpa doktor je dah rm70.bukan ada wat pape pun..aihh

    ReplyDelete
  4. nak tanye, ni kpj selangor seksyen 20 shah alam tu ker?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...