Check This Out Babe!

Saturday 14 July 2012

Tahniah Kepada Yang Berjaya Yang Gagal Jangan Putus Asa

Assalamualaikum

Alhamdulillah kepada bakal-bakal siswa dan siswi yang akan melanjutkan pelajaran ke IPTA.Hari ini pastinya ramai pelajar menangis kegembiraan dan menangis kesedihan kerana mendapat keputusan memasuki ke IPTA.

Aku masih teringat masa waktu aku menunggu keputusan UPU.Zaman dulu mana ada internet.Tetiap hari aku call UPU semak keputusan. Rasa berasap gak telinga aku duk letak ganggang telefon.Itu zaman lewat 90an.Paling aku tak tahan, aku memang dapat Form 6 tapi aku ambil kelas perdagangan, setiap hari ada sahaja berita gembira dari kawan-kawan sekelas dapat offer masuk IPTA.Hati aku memang luluh muluh kerana sedih.Awatnya aku tak dapat-dapat.Mood nak ke sekolah pun tak ada.

Pada suatu hari,aku ponteng sekolah kot.(Mood memang tarak pi sekolah).Agak-agak dalam tengahari aku telefon lagi UPU..suddenly, permohonan anda diterima ke UTM bidang Ukur Bahan..Alhamdulillah..menjerit bagai nak gila..Aku panggil mak aku,mana dia pi..rupanya dalam rumah kecik (jamban).Mak aku kelam kabut keluar..kami menangis gembira..fuhhh..Itulah saat yang paling tidak dapat aku lupakan.

Sebenarnya,jika kita gagal ke IPTA,bukan bermakna gagal selamanya.Ramai rakanku masuk IPTA selepas Form 6.At least dapat masuk IPTA juga.Lagipun,sekarang ni banyak peluang untuk belajar.Malaysia ada banyak pilihan..seperti Politeknik,Kolej Komuniti..tak terkira banyaknya. Selain itu,jika benar kurang mampu, carilah pekerjaan dan ambil Pengajian Jarak Jauh(PJJ).Apapun pengalaman bekerja turut membantu kita menjadi insan cemerlang dalam akademik dan menjadi bonus buat diri kita setanding dengan pelajar 'FRESH FROM OVEN'

Gambar Kenangan Bersama Rakan-rakan di Persidangan Jurukur Bahan Penjawat Awam 
di Bukit Gambang 1-4 Julai 2012

Berikan perlindungan tambahan kepada gigi anda!

Memberus gigi sahaja adalah tidak mencukupi. Masih ada kuman tersekat di bahagian celah-celah antara gigi dan menyebabkan gigi berlubang. Untuk melengkapkan rutin penjagaan gigi, anda juga perlu berkumuh dengan pembersih mulut Listerine selepas menggosok gigi untuk membersihkan bahagian celah-celah gigi yang sukar dicapai dengan sekadar menggosok gigi.

Listerine Natural Green Tea yang baru, diperkaya dengan ekstrak teh hijau semula jadi dan dua kali perlindungan flourida membantu mencegah gigi berlubang. Ia membasmi 99.9% kuman dan memberi penjagaan mulut yang menyeluruh!


Dengan penjagaan mulut yang sihat, anda ada lebih sebab untuk sentiasa melemparkan senyuman ikhlas dengan penuh yakin.

Dptkan perisa teh hijau yg baru drpd #SmilewithListerine yg mengandungi formula unik utk membantu mencegah gigi berlubang!

1 comment:

  1. dtg utk Persidangan Jukurbahan di Bkt Gambang hr tu yek...sy x terlibat..kalau x blh kenal2..hehehe:-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...