Assalamualaikum
Pengalaman dan drama naik komuter setiap hari kadang-kadang membuka minda dan akal kita apa yang don'ts dan do's.Setiap pagi aku akan menyaksikan pelbagai ragam dan gaya manusia di dalam komuter.Aku respect pada lelaki yang sanggup bangun dari kerusi dan memberi duduk kepada orang tua dan wanita mengandung.Lagi respect and gentleman bila bagi aweks duduk tak kira usia.
Tetapi moral masyarakat kini semakin menipis kerana amsing-masing jaga 'bontot' sendiri.Dapat je tempat duduk terus melekat dan zzzzzzzzz....Suami aku kata kita kena selfish dan buat taktau bila dapat tempat duduk, kalau tidak dapat duduk apa yang kita dapat?Penat badan dan stress / sakit hatiler jawap aku.So nak tak nak you kena selfishler..sebab semua orang berfikiran macam tu.Semua orang nak rest dan duduk/tido.Kalau berebut dan berjaya dapat benefit.Itu fikiran dia, tapi kalau aku memang tak larat memang aku jadi selfish.Tapi itu adalah hakikat,unless bila mana ada perempuan mengandung atau orang tua sangat aku bagi duduk.Masalahnya, lelaki-lelaki 'tampan' langsung tak peduli itu semua.Susah betul nak jumpa lelaki budiman sekarang. Kadang-kadang jadi sifat perkauman juga,asyik bagi kaum dia saja,tapi pada aku semua balance.Wanita India juga yang tolong copkan tempat duduk aku,sebab muka dah familiar,wanita Cina juga yang suruh oranglain bangun (dia berdiri) bagi ibu mengandung Melayu duduk.Yup..kita ni memang 1 Malaysia!Tapi tak semua ada sikap begitu.
Pagi tadi, sepasang suami isteri (muda baru kahwin kot) berdiri kemudian ada 3 kerusi kosong, maka terus aku duduk di tengah memandangkan sebelah tempatku kosong, then terus suruh kakak agak berusia duduk, jadi aku berganjak ke kanan.Si isteri tadi tetiba berlaga dengan aku rupanya nak bagi suaminya duduk.Aku cakap ada orang nak duduk sebelah.So suami dia berdirilah, utamakan wanita sepatutnya.
Then masa aku tengah membaca dan akak sebelah pun membaca buku Mukjizat Mekah, terasa pula irihati..eh bukan jealous tapi geli.Pasangan muda tu bermesra tanpa peduli orang sekeliling.Pegang-pegang tangan,hayun-hayun tangan,cium-cium tangan 'geram' (ni isteri yang buat), macam susah nak lepaskan suami dan sayang sangat.Adoii..orang lain pun kahwin juga, tapi takdelah nak bermesra macam tu kat dalam train.Memang seperti mabuk asmara.Al-maklumlah mungkin masa bercinta tak boleh nak daring2 (sebab ala2 muslimah/muslimin) bila dah halal tak fikir sekeliling.Kadang-kadang terasa malu sebab budak-budak muda duk tengok dan pakcik makcik pun menjeling.Jealous kot..Hehhe
Sebenarnya aku tak kisah korang nak tunggang tebalik atau cium molot sekalipun, tapi buat kat rumah je lar..Peluk dan gulingler puas-puas.Bila dah dapat anak sure korang tak ada masa dan peluang lagi nak begitu bukan?
p/s:Orang Malaysia berbeza dengan orang Putih
No comments:
Post a Comment