Terlalu banyak mengenai cerita hantu, pocong,pontianak,hantu raya dan saka.memang tak dapat dinafikan hantu aka syaitan itu memang wujud dan tujuannya nak mengganggu umat Nabi Muhammad SAW.Bagi yang mengamalkannya adalah menjadi khurafat.Jin dan syaitan jika dipuja pasti menjadi teman setia.Menjadi khadam pada tuannya..Aku rasa cerita hantu dan misteri memang ada sejak zaman dahulu tetapi sekarang ini ada banyk versi cerita hantu.
Cerita-cerita ini sebenarnya membuat masyarakat trauma dan mendapat penyakit jiwa.Aku rasa Kementerian Penerangan harus bertindak tegas terhadap penerbitan dan penyiaran cerita hantu. Malaysia sebagai sebuah negara majoriti umat Islam menghadapi masalah sakit mental yang serius dimana 12 peratus rakyat negara ini atau 3.5 juta orang menghidap penyakit mental dengan purata 6 orang bunuh diri setiap hari dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun.
Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Rabaiah Mohd Salleh, berkata paparan cerita seumpama itu mempengaruhi fikiran masyarakat hinggakan tanda penyakit mental yang ditunjukkan seseorang dianggap gangguan makhluk halus dan mengutamakan khidmat dukun serta pengamal perubatan tradisional.
“Cerita sebegini yang sering ditayangkan di televisyen, filem dan bahan bacaan mewujudkan stigma masyarakat mengenai sakit disebabkan gangguan hantu hingga ada yang trauma dan hanya dirujuk ke hospital apabila penyakit menjadi kronik,” katanya ketika ditemui selepas Persidangan Kesihatan Mental Perak Kesembilan di sini, semalam.
Dr Rabaiah berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menafikan kewujudan dunia jin dalam kepercayaan agama lantas membenarkan rawatan tradisional serta perubatan Islam dilakukan sebagai pelengkap rawatan.
Katanya, penyakit mental boleh diubati jika dirujuk ke hospital dari peringkat awal bagi membolehkan pesakit menerima rawatan sesuai dan dapat meneruskan kehidupan normal.
Beliau berkata, orang ramai yang mendapatkan rawatan penyakit mental kini meningkat kepada maksimum 10 kes baru didaftarkan sehari berbanding antara dua hingga tiga sehari pada 2007.
Sementara itu, Dr Nordiyanah berkata, banyak kajian menunjukkan pertalian rapat antara penyakit mental dan fizikal seperti kemurungan dengan penyakit berkaitan jantung dan angin ahmar, selain berisiko menghidap diabetes.
Aku rasa masyarakat perlu mengurangkan dan dikurangkan dengan cerita hantu ini.Ini kerana memberi kesan yang mendalam kepada individu bila dibayangi dengan hantu-hantu ini.Memang hakikatnya ada pengamal atau mangsa gangguan, tetapi tidak wajar kita menakut-nakutkan generasi kini dengan hantu.Di samping itu adalah tidak wajar mendedahkan generasi baru dalam bidang BOMOH.Apapun kita sebagai umat Islam perlu sedar, memang adanya hantu dan syaitan tetapi kurang-kurangkanlah mendekati dunia mereka kerana kita ni tak kuat mana pun nak menatap wajahnya.
p/s:Lawan jin syaitan dengan Surah Ruqyah dan kuatkan semangat agar tidak diganggu hidup seharian
betul la...boleh jadi topik research ni...tp silap2 hari bulan boleh gila pulak spjg nk buat research tu...
ReplyDelete