Assalamualaikum
Stok Jamu Susuk Dara still available!Demi kerukunan rumahtangga sebagai isteri mesti berusaha sedaya upaya untuk memenuhi dan memuaskan suami dari mencari lain.Adakah seks perkara utama yang dimahukan oleh suami.
Aku bukanlah seorang yang sempurna dan banyak kekurangan juga.Semua isteri dan wanita ada cacat celanya namun semua isteri dan wanita mahukan yang terbaik dan memberikan sesuatu yang terbaik buat keluarga.
Aku amat terkejut apabila rakanku sudah setahun berpisah dengan suaminya akibat campur tangan keluarga mertua.Bila aku amati ramai kawan-kawanku bercerai kerana ibu mertua.nasib baik takde anak, tapi ada juga rakanku yang lain memiliki anak. Hingga ada mertua sanggup bermain sihir kepada anak dan menantu sehingga bercerai.Ya Allah apa nak jadi dengan dunia ni.Hakikatnya begitulah ramai mertua yang tidak redha, restu atau puashati dengan menantu perempuan hingga bercerai.Puncanya yang aku amati tidak puashati kerana kehidupan anak mereka agak senang dan bahagia.Wahai emrtua, tidakkah kau bahagia bila melihat anak-anakmu bahagia.Walaupun mertua seorang professional sekalipun, namun masih ada juga berfikiran sempit dan cetek kerana tidak dapat mengawal kehidupan anak-anak. Aku dapati rata-rata kes perceraian yang dihadapi oleh generasi sekarang kerana campur tangan mertua terutamanya berkaitan dengan duit dan hormat. Menantu perempuan pastinya apabila berkahwin terima keluarga suami seadanya dan mengganggap mertua adalah ibunya.Kerana ibu itu yang membuat anak berjaya dalam hidup dan bahagia. Tetapi rata-rata masalah yang dihadapi ibu mertua masih tidak terima dan melepaskan anak lelaki menjadi suami yang baik dan bertanggungjawab kepada keluarga serta menjadi imam dalam keluarga.
Banyak drama-drama tentang mertua yang kejam hingga menjadikan hubungan anak menantu panas kerana ketidakpuasan hati.Hati itu adalah bisikan syaitan dan jin.Punca bertegang urat daripada mulut dan keluarnya mulut adalah daripada hati.
Apapun sebagai lelaki dan suami, jadilah seorang lelaki yang bertanggungjawab dan imam kepada keluarga.Bimbinglah isteri ke jalan yang diredhai bukan penghinaan dan kebencian kepada isteri. Aku amat sedih kerana ramai isteri-isteri teraniaya dan tidak terbela kerana sikap suami yang kurang bertanggungjawab.
Ramai yang berkahwin kerana paras rupa dan harta bukan niat untuk mencari keredhaan Allah dan menjadi umat Nabi Muhammad SAW.
Wahai wanita diluar sana, walaupun anda ditindas oleh kaum lelaki atau unsur-unsur lain diluar kawalan.Bangun dan kuatkan semangat, hidup perlu diteruskan.Carilah suami yang betul-betul ikhlas menjaga dirimu dan membimbingmu ke jalan yang diredhai.Carilah keluarga yang betul-betul ikhlas menerimamu.Tapi kini banyak manusia bertopengkan syaitan, kadang-kadang muka yang baik tapi hatinya hitam.
Apapun segala yang kamu hadapi dan terima ada hikmahnya dan Allah sayangkan wanita kerana itu Dia uji dan beri kelebihan buat kita.
KULIM: “Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik,” kata Mohd Fahmi Alias, 19, yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu.
Mohd Fahmi berkata, dia dan isterinya akan berdikari selain menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga untuk melalui kehidupan sebagai suami isteri.
Menurutnya, atas persetujuan kedua-dua ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah lebih baik mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya itu masih muda remaja.
“Saya mengambil keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Nor Fazira serta keluarganya dan keluarga saya sendiri.
“Kedua-dua ibu bapa kami bersetuju untuk mengahwinkan kami, malah Nor Fazira sendiri sanggup mengalas tanggungjawab dan sudah bersedia menjadi seorang isteri.
“Daripada bergelumang maksiat dan melakukan perkara yang dilarang, jalan terbaik ialah kami berkahwin, walaupun pada pandangan masyarakat ia agak janggal pada zaman sekarang ini kerana berkahwin pada usia terlalu muda.
“Malah saya tidak menghalang sekiranya isteri ingin melanjutkan pelajaran, semua bergantung kepada kepada kemahuannya,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Naga Lilit, di sini, semalam.
Katanya, mereka akan mengadakan majlis kenduri di sebelah lelaki pada Sabtu ini di rumah keluarganya.
Mohd Fahmi yang juga anak sulung daripada empat beradik berkata, dia sudah bersedia bergelar suami dan tidak kisah pandangan rakan-rakan seusia.
Isterinya, Nor Fazira tidak mengganggap usia mudanya menjadi penghalang untuk menjadi isteri isteri dan sudah bersedia menjalankan tanggungjawabnya itu.
“Yang penting kami mendapat restu kedua-dua ibu bapa kami dan saya banyak menerima tunjuk ajar daripada keluarga mentua.
“Saya tidak kisah apa orang lain kata, penting perbuatan kami tidak salah, malah adalah lebih baik daripada kami terbabit gejala sosial,” katanya yang tidak bersekolah sejak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun lalu.
Sementara itu, bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.
Katanya, dia membenarkan anak gadisnya itu berkahwin kerana Nor Fariza enggan pulang ke rumah dan mahu tinggal di rumah teman lelakinya. “Siapa tak sayangkan anak dan sanggup untuk mengahwinkan mereka dalam usia terlalu muda, namun saya terpaksa juga mengahwinkan anak saya walaupun usianya baru 13 tahun bulan depan.
“Hanya Allah tahu perasaan saya... walaupun pahit demi untuk menjaga nama baik keluarga saya dan keluarga besan lebih baik saya mengahwinkan anak dengan lelaki pilihannya.
“Anak saya bernikah pada 17 November lalu selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November lalu,” katanya.
Dia berkata, majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500.
“Saya berharap menantu serta keluarganya membimbing anak saya menjadi anak dan isteri yang baik,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kulim, Sheikh Radzi Abdul Mutalib, berkata, bagi perempuan berusia 16 tahun ke bawah dan lelaki berusia 18 tahun ke bawah, mereka perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk kebenaran bernikah di bawah umur dari Mahkamah Rendah Syariah Kulim.
“Ia mengikut seksyen 18 (1)(a) Enakmen Undang Undang keluarga Islam Kedah 2008,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/22
P/S:Bila usia remaja memang hati dan nafsu bergelodak untuk berkahwin dan menghindar maksiat, sememangnya jodoh Allah yang tentukan, namun iman dan kesabaran perlu ditanam dalam hati untuk menjadi kekuatan masjid yang dibina.