Check This Out Babe!

Monday, 3 June 2013

Kenduri Arwah Temukan Kami Dengan YB Dato' Noraini

Assalamualaikum

Semalam baru balik dari kampung, Alhamdulillah kenduri arwah dan doa selamat mak anjurkan..eceh anjurkan, berjaya dilaksanakan dengan sempurna.Walaupun takdelaa ramai sangat tapi semua makan dengan kenyang dan siap tapau.

Kebetulan aku balik ke kampung, aku jemput sekali YB Dato' Noraini Ahmad(Kak Nor) Parlimen Parit Sulong. Alhamdulillah beliau sudi ke rumah kami kebetulan dia pun ada pulang ke kampung dan menghadiri jemputan yang lain.Walaupun beliau sibuk bangat, namun sempat juga hadir ke rumah.

Macamana kami kenali beliau..sebab sama-sama membesar di kampung. Arwah ibu beliau adalah bestfriend mak aku dan aku dari kecik hingga nikah semua family dia terlibat..Kecik-kecik aku mengaji dengan Arwah Nek Kamik (nenek Dato'),arwah mak beliau tiap kali masak sure hantar makanan buat kami..masak botok-botok, kek lapis..apa saja ler yang dia masak.Sebab arwah memang pandai masak.AKu nikah pun yang jadi Tok Kadi abah Dato' Noraini.makanya semua related dengan kami sekeluarga.

Bila mak dan Kak Nor bertemu macam jejak kasih..sebab muka Dato' pun macam arwah mak (Hjh. Bechik Othman).Mak cerita balik pada Dato' mak dan arwah mak ibarat adik-beradik dan takkan putus sebab mereka binti Othman..time tu sebak je mak..itu semua kenangan yang memang tak dapat dilupakan.

Apapun, aku respect dengan beliau kerana mendekatkan diri dengan masyarakat dan mendengar masalah penduduk.Anyway tahniah Kak Nor..teruskan perjuangan dan ikhlaskan diri untuk berbakti kepada rakyat Johor amnya. Pastinya Arwah Mak Bechik bangga dengan kejayaan Kak Nor dan adik-adik.Sobs..rindu dengan arwah sebab dia dah macam mak aku gak..


Kemain sayang mak dengan anak Arwah besfren dia maklumlah membesar depan mata.Kami sekeluarga di kampung memang rapat.


Ada macam anak dara tak..ibu beranak 2 dan beranak 3. Apalagi jom try Aurawhite :P

With Baby Mairah


Budak kecik ni pakai tudung tapi dah conteng semua baju dengan pen

Walaupun Dato' Noraini lewat tiba ke rumah, makanan tetap dijamu..special tu nasi beriani gam


Me and Kak Nor.Rupanya aku rendah dari dia..Arwah mak dia lagi comel

Tak sangka sahabat masa sekolah rendah menjadi sebahagian keluargaku kini.Yanti Salleh

Tq for coming sis and others


Ihsan gambar dari camera YB Dato' Noraini 


Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar


Orang kuat bekerja dibelakang Dato' Noraini bertudung merah..Kak Izan aka akak ipar aku.


Siapa Dato' Noraini Ahmad?

Berasal dari Batu Pahat Johor (ramai politician lahir dari Batu Pahat ye..)

Anak sulung dari 6 orang adik-beradik

Pernah menjadi Ketua Puteri UMNO Malaysia

Pernah menjadi Timbalan Menteri Sumber Manusia

Jawatan tekini YB Parlimen Parit Sulong

#tak boleh cerita lebih-lebih :)

Work and education


Sumber:https://www.facebook.com/noraini.ahmad.54

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...