Assalamualaikum
Seronok tak menjadi seorang pendendam? Kalau memendam perasaan kerana cinta, sakit juga perasaan dan dada sebab terlalu menyimpan.Nasib kurang baik yang dikejar tak dapat,maka menangislah diri kerana menyesal.
Aku nak share satu kisah benar tentang seorang jejaka yang amat meminati diri A semasa zaman belajar.Si A memang dah tau jejaka ni meminati dirinya.Namun Si A berlagak malas nak layan, maybe sebab tak handsome kot.Kalau handsome of course tak bertepuk sebelah tangan. Si A layan biasa je sebab dah rakan sekelas, takkan nak menyombong pulak.Apakan daya dengar cerita jejaka ni berhenti belajar dan hilang khabar berita.Si A memang tak heran pun.
Beberapa tahun kemudian, Si A berkahwin dan jejaka ni pun dah berkahwin. Masing-masing dah ada keluarga anak bini segala.Tiba-tiba Si A mendapat panggilan telefon dari Si jejaka.Terkejut kerana tak pernah contact each other, rupanya Si jejaka dapat nombor telefon dari kawan sekelas juga. Si A tak sangka, jejaka sanggup mencari lagi.
Jejaka telah meluahkan perasaan yang dia sangat suka,sayang dan cinta pada Si A.Si A terkejut jugalah..senang cerita kenapa dari dulu tak cakap.Kalau cakap pun tak guna kerana masing-masing ada life sendiri.Si jejaka ni seperti menyesal tak sudah, kenapalah saya tidak meluahkan perasaan saya yang saya suka dan cintakan awak.Dah lama saya pendamkan.Kalau tidak dah tentu saya kawin dengan awak dan kita hidup bahagia bersama anak-anak yang comel.Si A hanya mampu berkata, ini semua takdir dan kuasa Allah. Kita tak bole menolak kehendaknya dan awak harus bersyukur kerana isteri dan anak-anak awak menyayangi awak...treettttttttttt....
Moral of the story, lelaki yang gentleman perlu luahkan juga dari memendam rasa.Tak kisahlah perempuan tu nak terima atau tidak.Sekurang-kurangnya perempuan tahu awak sukakan dia.
Ok kita lihat memendam rasa kerana marah,benci dan ketidakpuasan hati.
Satu kisah benar tentang seorang wanita yang memendam perasaan kerana keluarga mertua masuk campur hal rumahtangga.Kerana sayangkan suami, wanita ini simpan perasaan.Apa saja yang dibuat serba tak kena dan selalu dikondem serta disalahertikan.Maklumlah mana ada manusia perfect.Hormat salah tak hormat salah.Mungkin mahu dijadikan lembu dicucuk hidung.Pernah suatu ketika wanita ini terus memberontak menunjuk kehebatan diri yang dia perlu pertahankan diri. Kerana terlalu memendam rasa hingga tak terkata apa. Si suami yang dulu terlalu mengikut kata keluarga akhirnya mengakui punca keretakan rumahtangga dari mana.Namun, air yang dicincang tak akan putus, masing-masing harus redha......inilah dugaan alam berumahtangga.
Moralnya, ada baiknya kita banyak bersabar..sabar..dan sabar. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.Perjalanan hidup ini memang banyak cabaran dan dugaan.Allah uji kita kerana Dia sayangkan kita.Dia suruh kita ingati Dia..kitakan mudah lupa..Melayu pun mudah lupa..hehe..peace
No comments:
Post a Comment