Assalamualaikum
Wahai hati tenanglah..dalam hidup ini hati perlu kuat dan semangat perlu ada. Biar apapun tomahan, makian dan cacian yang diberi hati perlu kuat. Walau air mata jatuh bergenang, hati perlu kuat juga. Adalah lebih baik berdiam diri dan tidak perlu bertindak apapun demi menjaga suasana harmoni. Biarkanlah mereka dengan labu labi. Biarkan mereka dilambung dan dihanyut ombak.Kerana..hati dan diri tak mampu lagi berbuat apa kerana sudah cukup puas usaha.
Kisah sedih di bulan Ramadhan tahun ini banyak yang boleh dikongsikan bersama.Yup..ini semua pengalaman masing-masing.Ada yang berpuasa tanpa insan tersayang samada hidup atau yang telah pergi meninggalkan dunia.
Baru-baru ini sahabatku telah mengadu masalah yang pasangannya tidak kisah dan sayangkan dia lagi. Mereka memutuskan hubungan halal iaitu dengan BERCERAI. Walau bagaimanapun sahabatku cuba usaha untuk perbaiki diri dan hubungan dengan isterinya. Walhal dia seorang lelaki yang baik dan melaksanakan tanggungjawabnya.Itu dirinya, yang kadang tak kenal diri sempurna. Cubalah untuk selamatkan rumahtangga demi anak-anak. Kini sahabatku (lelaki) yang rasa kehilangan arah hampir sebulan tidak bekerja kerana bingung dan tertekan. Tabah dan sabarlah sahabat, pasti ada hikmahnya.
Kisah sahabatku lagi yang mengalami kekangan kewangan yang melampau. Semangat nak sambut raya memang tak ada. Lebih-lebih lagi suaminya baru memulakan kerja baru dan pendapatan belum cukup kukuh. Susu anak-anak pun cukup-cukup makan. 'Kadang-kadang aku rasa diri aku merempat dan miskin' sambut kata sahabatku. Kuatkan hati dan semangat wahai sahabat, di luar sana ada orang lebih susah dari kita. Aku tak mampu bantu dan hanya berdoa agar sahabat-sahabatku bahagia dan tenang. Semoga Allah melindungi mereka dan memberi cahaya kebahagiaan hidup. Allah sayangkan kita kerana itu Dia uji kita.
Kita manusia yang tidak sempurna dia mata manusia lain dan tiada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad SAW.Yang pasti tak semua benda kita dapat puaskan hati orang lain.
No comments:
Post a Comment