Check This Out Babe!

Monday, 7 July 2014

Ramadhan Datang Lagi

Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan dan berpuasa bagi yang berkemampuan melaksanakannya. Solat tarawikh sepanjang bulan Ramadhan adalah satu bonus buat kita untuk pertingkatkan amalan dan peluang menambah pahala. Masa sekarang ni lah kita nak gandakan pahala. Sedekah pada fakir miskin dan menjamu orang yang berpuasa makan.

Baru-baru ini kita telah kehilangan Biduanita Negara iaitu Datuk Syarifah Aini dan anak lelaki Linda Rafar yang menghidap penyakit kanser. Al-Fatihah buat mereka .Bulan Ramadhan ini juga, ramai yang tidak dapat menyambut puasa bersama kerana telah pergi mengadap Ilahi termasuk bapa saudaraku. Aku berdoa agar mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Masa kita entah bila agaknya..Moga Allah tangguhkan kematian kita supaya dapat melaksanakan ibadah sempurna. Kita tak tahu berapa banyak dosa kita dan pahala yang kita dah buat.



Sempena bulan puasa yang mulia ini, kita perlu mendidik roh kita untuk menjadi 'baik'. Dengan berpuasa nafsu amarah, benci, riak dan tindakan maksiat dapat dihindarkan.Kerana bila perut kita kosong, nafsu kita pun tidak terdorong melakukannya. Kalau kita buat pun kerana roh kita masih lemah dan sakit. Macamana nak ubati roh kita?Dengan ingat Allah.. 

Aku masih ingat ustaz cakap, roh di kubur kurang seksaannya sepanjang bulan Ramadhan. Marilah kita sedekahkan amal jariah untuk mereka dan doakan kesejahteraan mereka. Al-fatihah buat arwah bapaku Hj Abd. Ghafar dan abangku A. Hamdan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...