Check This Out Babe!

Friday, 15 August 2014

Dizalimi Oleh Anak dan Dizalimi Oleh Ibu

Bagaimanapun, Xiaoming Tsui yang dikurung di dalam bilik tidurnya berjaya hidup dengan minuman dan bubur yang dicampakkan oleh jirannya ketika anaknya tiada di rumah.
“Tolong, beri saya makanan,” adalah perkataan pertama yang diucapkannya ketika polis berjaya memecah masuk ke rumah mangsa minggu lalu selepas kisah wanita itu disiarkan di Internet.

Anak perempuan dan lelaki Xiaoming kini menghadapi tuduhan cubaan membunuh selepas polis menuduh mereka bersikap kejam dan merancang membunuh seseorang kerana merasa susah dan tidak mahu menanggung beban,
Foto
XIAOMING dimandikan selepas hampir sebulan dikurung tanpa diberi makan oleh anaknya sendiri.
Menurut jurucakap polis, sejak wanita itu sakit dan bagi mengelak untuk menjaganya, anak-anaknya cuba membunuhnya dengan membiarkan dia kebulur di dalam bilik yang berkunci.
“Mereka tidak memberinya makan supaya dia tidak perlu ke tandas. Mereka juga tidak membenarkan sesiapa melawat mangsa,” kata polis.
Penduduk di Kampung Yangjuan yang menyedari Xiaoming tidak diberi makan berjaya menghulurkan bubur dan air melalui tingkap biliknya. 
Seorang daripada mereka memuat naikkan gambar mangsa dalam keadaan yang menyedihkan di Internet hingga membolehkan nasibnya diketahui pihak berkuasa.
“Wanita itu dikatakan berbalah dengan anaknya beberapa kali sebelum ini. Dia dianggap membebankan mereka. Kerana itu mereka mengambil keputusan untuk membiarkannya kebulur hingga mati.
“Mereka kemudian merancang untuk memberitahu polis mangsa mati kerana enggan makan.
“Ini bukan saja pertelingkahan antara keluarga tetapi pembunuhan yang dirancang. Mereka mahu wanita itu mati supaya tidak perlu bersusah payah menjaganya,” kata jurucakap polis.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada 2014/06/18Sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Dizalimianaksendiri/Article


Di Malaysia pula seorang anak OKU dibiarkan kelaparan oleh ibu..Tidak mustahil di Malaysia keadaan ini berlaku.Cuma kita tak tahu dan dimaklumkan.Apapun pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat yang perlu melaksanakan tugasnya membendung masalah ini.Sebenarnya tanpa input dan maklumat dari orang ramai atau pun permohonan bantuan dari pihak keluarga, masalah ini tak akan selesai. Yang bertanggungjawab adalah pemimpin dari peringkat down stream iaitu ketua kampung /Tok Penghulu atau pegawai daerah terlibat.
Mungkin ada benarnya, masalah kehidupan sekarang ini membuat manusia hidup tersepit dan buntu iaitu masalah kewangan dan sibuk bekerja.

p/s:saya tak sanggup buat mak macam tu..don't you think she is very weak apatah lagi anak sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...